Bulan Ramadhan hampir tiba. Untuk bulan puasa 2023 kalini, tarikh umat Islam mula berpuasa jatuh pada hari Khamis, 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444 Hijrah.
Mesti ada yang dah lupa cara lafaz niat puasa Ramadhan? Teruskan membaca kerana kami akan kongsikan dengan anda cara niat lafaz puasa harian mahupun sebulan.
Kami juga ada sediakan jadual waktu berbuka dan juga cara solat witir bedasarkan sumber dari JAKIM.
Niat Puasa
Tidak diwajibkan dan tidak juga sunat kalau baca niat puasa dalam bahasa Arab. Boleh juga baca niat puasa dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami.
Waktu berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar (waktu Subuh).
Oleh itu tiada masalah jika niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Lafaz Niat Puasa
1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
Jika niat puasa harian, kena lakukan niat setiap malam sepanjang Ramadhan.
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
Niat puasa sebulan ini pula dilakukan sekali sahaja iaitu pada malam pertama Ramadan.
Rukun Puasa
Rukun Puasa ada tiga iaitu
1. Puasa
2. Niat
3. Tinggalkan Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa
Adab dan Sunat Puasa
Antara adab-adab dan perkara sunat ketika menunaikan ibadat puasa ialah
Terlupa Niat Puasa
Bagaimana jika terlupa untuk berniat puasa?
Sekiranya seseorang itu terlupa untuk berniat ataupun langsung tidak berniat untuk berpuasa pada malam harinya, maka berdasarkan pendapat mazhab-mazhab selain mazhab Imam Malik, maka puasanya adalah tidak sah pada keesokan harinya.
Menurut ulama-ulama mazhab Syafi’e, mereka menganjurkan juga berniat puasa dengan bertaqlid kepada mazhab Maliki.
Anda boleh rujuk dengan lebih lanjut di sini : Sumber
Selamat menunaikan ibadah berpuasa pada Bulan Ramadhan. Semoga amalan-amalan anda diterima oleh Allah S.W.T.