Lagu Negeri Johor Dengan Lirik, Audio dan Video

Lagu negeri Johor yang juga dikenali sebagai Lagu Bangsa Johor merupakan lagu rasmi bagi negeri Johor.

Bagi mereka yang selalu menonton perlawanan bola sepak, bekerja di sektor perkhidmatan awam ataupun belajar di sekolah di Johor, sudah pasti biasa dengan lagu ini.

Kebiasaannya lagu johor akan dinyanyikan ketika perhimpunan pagi oleh para pelajar ataupun ketika perlawanan bolasepak antara pasukan negeri.

Sejarah Lagu Negeri Johor

Lagu Bangsa Johor ini digubah oleh konduktor muzik yang berasal dari Armenia iaitu Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) manakala liriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman.

Pada permulaannya ia dipadankan dengan lagu dondang sayang oleh Sultan Ibrahim pada tahun 1897. Ketika itu, lagu negeri Johor tidak mempunyai lirik sehinggalah tahun 1914.

Ketika itu Hubert Allen Courtney yang merupakan seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru mengarangkan liriknya dalam bahasa Inggeris.

Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman ketika itu menterjemahkan lirik tersebut dalam bahasa Melayu.

Tajuk Lagu

Kami masih mencari-cari apakah tajuk lagu bagi negeri Johor ini. Namun masih tidak berjumpa. Jika sesiapa yang tahu tajuk lagu negeri Johor yang menjadi lagu rasmi bagi Johor bolehlah komen di ruangan komen ye.

Lirik Lagu Negeri Johor

Berikut merupakan lirik lagu Bangsa Johor dalam tulisan rumi

Lirik Lagu Negeri Johor

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
Menaungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Manakala ini pula dalam tulisan jawi

الله ڤليهاراكن سلطان
ءنوڬيرهكن دي
سڬالا كهورمتن
صيحت دان ريا
ككال دان معمور
لواسكن كواس
نأوڠكن كامي
رعيت دڤيمڤيني
برزمان لاڬي
دڠن مرديك برساتو هاتي
الله بركتي جوهر
الله سلامتكن سلطان

Lagu Negeri Johor

Berikut merupakan video lagu negeri Johor dengan audio dan lirik

Audio Minus One

Anda juga boleh memuat turun audio minus one rasmi lagu ini melalui pautan di bawah

Leave a Comment