Lagu Negeri Kedah Beserta Lirik, Audio dan Video

Lagu negeri Kedah kebiasaannya dinyanyikan ketika sesi perhimpunan mahupun sambutan yang berkaitan dengan sekolah ataupun Negeri Kedah.

Lagu ini tidak asing lagi bagi mereka yang pernah bersekolah atau bekerja kerajaan di dalam Negeri Kedah.

Jadi bagi para pelajar yang pernah bersekolah di Kedah semestinya sudah biasa dan lancar dalam menghafal lagu Kedah ini.

Sejarah Lagu Negeri Kedah

Kedah merupakan negeri melayu awal tapi yang terakhir memiliki lagu negeri sendiri. Lagu negeri Kedah Liriknya ditulis oleh Tun Abdullah Syed Hussain Shahabuddin manakala lagunya disusun oleh Pengarah Orkestra Kelab Selangor (Selangor Club), J.A Reutenberg dengan bayaran $1000 ringgit.

Lagu rasmi negeri Kedah Darul Aman mula dimainkan secara rasmi pada tarikh 22 Mac 1937.

Lagu ‘ Allah Selamatkan Sultan Mahkota’ yang digubah oleh Reutenberg ini kemudiannya telah digubah semula oleh Tunku Yakob dengan senikata oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu, Tuan Haji Mohammad Sheriff dan iramanya pula ciptaan J.F Agustin pada tahun 1949.

Tajuk Lagu

“Allah Selamatkan Sultan Mahkota” adalah tajuk lagu Negeri Kedah yang mula digunakan sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Kedah yang baharu setelah digubah semula oleh Tunku Yakob dengan senikata oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu, Tuan Haji Mohammad Sheriff dan iramanya pula ciptaan J.F Agustin pada tahun 1949.

Lirik Lagu Negeri Kedah

Berikut merupakan lirik lagu negeri Kedah yang digubah semula oleh Tunku Yakob dengan senikata oleh, Tuan Haji Mohammad Sheriff dan iramanya pula ciptaan J.F Agustin pada tahun 1949.

Lirik Lagu Negeri KEDAH

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara ugama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata

dan dijadikan sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Kedah yang baharu.

Lagu Negeri Kedah

Berikut merupakan video lagu Kedah dengan audio dan lirik

Audio Minus One

Anda juga boleh memuat turun audio minus one rasmi lagu ini melalui pautan di bawah

Leave a Comment