Lagu Negeri Sembilan Beserta Lirik, Audio dan Video

Lagu negeri Sembilan tidak asing lagi bagi mereka yang pernah bersekolah di dalam Negeri Sembilan.

Mungkin ada diantara kita yang dah lama tak dengar Lagu Rasmi Negeri Sembilan sungguhpun berasal atau tinggal di negeri ini.

Bagi mereka yang selalu menonton perlawanan bola sepak atau bekerja di sektor perkhidmatan awam, sudah pasti biasa dengan lagu ini. Kalau lupa meh kami ingatkan balik.

Sejarah Lagu Negeri Sembilan

Apabila Negeri Sembilan menerima Residen Inggeris dan menjadi salah satu anggota Negeri-Negeri Bersekutu pada penghujung abad ke-19, Kerajaan Inggeris merasakan perlunya Negeri Sembilan mempunyai lagu kebesaran sendiri.

Sir Andrew Cadelcott yang ketika itu bertugas sebagai Pentadbir Tanah Jelebu telah diarahkan oleh Kerajaan Inggeris untuk menggubah sebuah lagu kebesaran bagi Negeri Sembilan manakala liriknya pula telah ditulis oleh Tunku Zakaria Mambang.

Lagu yang diberi nama “Berkatlah Yang Di Pertuan Besar di Negeri Sembilan” mendapat perkenan Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah pada 1911.

Pada tahun 2009 Yang Mulia Tunku Zain dengan di bantu oleh Dato’ Johari Salleh telah menyusun kembali dan menyeragamkan Lagu Negeri tersebut.

D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz ibni Al Marhum Tuanku Munawir telah merasmikan lagu kebesaran Negeri Sembilan yang baru pada 27 Oktober 2010 di Hotel Royal Bintang di Seremban, Negeri Sembilan.

Tajuk Lagu

“Berkatlah Yang Di Pertuan Besar di Negeri Sembilan” merupakan tajuk lagu Negeri Sembilan yang dengan rasminya terpakai untuk semua majlis serta upacara rasmi di Negeri Sembilan.

Lirik Lagu Negeri Sembilan

Lirik Lagu Negeri Sembilan

Berikut merupakan lirik lagu Negeri Sembilan yang rasmi dan ianya terpakai untuk semua majlis serta upacara rasmi di Negeri Sembilan.

Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang sedia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Lagu Negeri Sembilan

Berikut merupakan video lagu negeri Sembilan dengan audio dan lirik

Audio Minus One

Anda juga boleh memuat turun audio minus one rasmi lagu ini melalui pautan di bawah

Leave a Comment