Contoh Lirik Lagu Negeri di Malaysia Dengan Audio dan Video

Setiap negeri di Malaysia mempunya lagu negerinya sendiri. Lagu negeri sering dinyanyikan sewaktu perhimpunan di sekolah-sekolah mahupun majlis tertentu di dalam sesebuah negeri di Malaysia

Himpunan 14 Lagu Negeri dan Wilayah Persekutuan Di Malaysia

Berikut merupakan lirik lagu negeri di Malaysia dengan video serta audio. Jom sama-sama kita hayati lirik tersebut demi memupuk semangat patriotik kepada negeri kelahiran kita.

Lirik Lagu Negeri Perak

Lirik Lagu Negeri Perak

Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan

Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan

Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.

Pencipta Lagu Negeri Perak: Pierre Jean de Beranger

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Pahang

Lirik Lagu Negeri Pahang

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami

Pencipta Lagu Negeri Pahang: Miss Dorothy Lilian Sworder

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Perlis

Lirik Lagu Negeri Perlis

Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Kekalkan daulat serta adil
Bagi perintah Jamalullail

Pencipta Lagu Negeri Perlis: Tuanku Syed Hamzah ibni al-Marhum Syed Safi Jamalullail 

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Pulau Pinang

Lirik Lagu Negeri Pulau Pinang

Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeriku yang mulia
Kutaat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah jayalah
Negeriku yang kucinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita

Pencipta Lagu Negeri Pulau Pinang: James W. Boyle

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Kedah

Lirik Lagu Negeri Kedah

Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Ugama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata

Pencipta Lagu Negeri Kedah: Tun Abdullah Syed Hussain Shahabuddin

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Kelantan

Lirik Lagu Negeri Kelantan

Lanjutkan Usia Al-Sultan Kami
Sultan Kelantan Raja Ikrami
Aman Sentosa Tuhan Sirami
Kekal Memerintah Kami
Kasih Dan Taat Setia Disembahkan
Keriangan Diucapkan
Segala Kebesaran Allah Cucurkan
Bertambah Kemuliaan

Pencipta Lagu Negeri Kelantan: Haji Mohamed bin Mohamed Saaid

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Terengganu

Lirik Lagu Negeri Terengganu

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera suami isteri
Allah peliharakan Raja kami
Sentosa rakyat negeri

Pencipta Lagu Negeri Terengganu: Mohamad Hashim bin Abu Bakar

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Sembilan

Lirik Lagu Negeri Sembilan

Berkatlah Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai Sihat Dan Makmur
Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur
Akan Berkati Sekalian Yang Setia
Musuhnya Habis Binasa
Berkatlah Yang di-pertuan Besar Di Negeri Sembilan

Pencipta Lagu Negeri Sembilan: Andrew Caldecott

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Selangor

Lirik Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku

Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Pencipta Lagu Negeri Selangor: Allahyarham Saiful Bahri Elyas

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Johor

Lirik Lagu Negeri Johor

Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Pencipta Lagu Negeri Johor: Mackertich Galistan

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Melaka

Lirik Lagu Negeri Melaka

Melaka Negeri Bersejarah 
Tempat tumpah darah kita 
Dijunjung dengan sepenuh jiwa 
Untuk maju dan jaya 
Rakyat Melaka sudah bersatu padu 
Berikrar taat setia 
Jujur berkhidmat setiap masa 
Melaka maju jaya 

Pencipta Lagu Negeri Melaka: Allahyarham Saiful Bahri Elyas

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Sabah

Lirik Lagu Negeri Sabah

Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda-pemudi semua marilah
Bangunlah bersatu semua

Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka

Pencipta Lagu Negeri Sabah: HB Hermann

Video & Audio

Lirik Lagu Negeri Sarawak

Lirik Lagu Negeri Sarawak

Sarawak Tanah Airku
Negeriku Tanah Airku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusakaku
Tanah Tumpah Darahku
Ibu Pertiwiku
Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Kucintai
Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat

Pencipta Lagu Negeri Sarawak: Ismail Hassan

Video & Audio

Lirik Lagu Wilayah Persekutuan

Lirik Lagu Wilayah Persekutuan

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa

Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra

Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah

Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga

Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

Pencipta Lagu Wilayah Persekutuan: Syed Indera Syed Omar dan Suhaimi Mohd Zain

Video & Audio

Agak-agak lagu rasmi negeri mana yang paling best? Bagi kami sudah semestinya lagu negeri Pahang. Korang pula bagaimana? Komen di bawah lagu negeri mana paling best.

Baca juga:

Leave a Comment