Cara Mudah Live Chat Unifi Untuk Masalah Internet

Cara Mudah Live Chat Unifi Untuk Masalah Internet unifi senang sahaja dari call 100.

Tengah sedap-sedap surfing tetibe tak boleh. Tengok modem lampu berkelip-kelip. Ini tanda internet Unifi anda ada masalah. Jom baca cara mudah untuk anda berhubung dengan pihak Unifi sekiranya menghadapi masalah.

Unifi ada masalah

Ramai customer wasap sebab menghadapi masalah dengan Unifi. Antara masalah yang kerap dihadapi ialah

  • Lampu internet Unifi merah
  • Lampu modem Unifi tak menyala
  • Wifi Unifi tak detect
  • Internet Unifi down dan lain-lain

Kalau anda menghadapi masalah ini ada 3 cara yang anda boleh buat iaitu

3 Cara Selesaikan Masalah Internet Unifi

1. Pergi terus ke Tmpoint
Tetapi mungkin ramai tiada masa nak ke Tmpoint. Ataupun mungkin Tmpoint jauh dari rumah. Kalau yang di Selangor nak ke TMPOINT boleh refer TM Point Unifi Selangor

2. Call 100
Pihak 100 akan meminta no kod kawasan. Untuk detail kod kawasan anda boleh refer Kod Kawasan Unifi

3. LIVE CHAT dengan pihak Unifi
Ni cara paling mudah. Tapi pastikan anda ada line internet la di handphone anda. Kalau tiada maka anda pilih cara di atas.

Cara LIVE CHAT Unifi

live chat unifi

Kami akan tunjukkan cara bagaimana untuk anda LIVE CHAT dengan pihak Unifi

Anda masukkan url Unifi Live Chat berikut

https://livechat.tm.com.my/unifilivechat/livechat.aspx atau klik je Live Chat Unifi

pilih kategori live chat unifi

Anda masukkan nama anda. Service no dan Mobile no tiada masalah kalau tidak masukkan. Selepas masukkan nama tick I agree with the Privacy Notice dan klik CHAT NOW

tunggu customer service livechat unifi


Kemudian pilih Category mengikut masalah yang anda hadapi. Ini untuk memudahkan pihak Unifi selesaikan masalah anda mengikut saluran yang betul.

Cara Daftar Unifi

Ini hanya untuk yang NAK DAFTAR UNIFI sahaja. Pindah/Upgrade Plan/Isu Teknikal dan tiada kaitan dengan pendaftaran baru sila refer TM customer service.

Nak register Unifi baru? Daftar Unifi ni percuma aje. Tak kena bayar 1 sen pun. Cara Daftar Unifi rumah atau pejabat cukup mudah. Anda klik je icon whatsapp di bawah:

register pakej Unifi

Lepastu bagi alamat penuh untuk semak coverage Unifi samada port masih ada atau sudah penuh.

Kalau available, bagi detail siap-siap sebab port Unifi ni limited. Lepas siap bagi detail, team Unifi akan datang pasang dalam masa 2 hari. Cukup Pantas

Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Tentang Unifi

Unifi saya ada masalah, dengan siapa saya boleh hubungi?
Untuk ini anda kena call 100 atau LIVE CHAT dengan pihakl Unifi di: LIVE CHAT Dengan Pihak Unifi. Kami hanya uruskan pendaftaran baru sahaja.

Saya nak pindah rumah, boleh bantu?
Maaf. Saya hanya uruskan pendaftaran Unifi sahaja. Untuk proses pindah rumah sila ke tmpoint terdekat.

Saya nak bayar bill Unifi, boleh bantu?
Sila refer Cara Bayar Bill Unifi Online

Bila saya call 100, dia minta kod kawasan la. Macam mana ye?
Refer Contoh Kod Kawasan Unifi

Leave a Comment