Mandi wajib ni wajib bagi lelaki muslim mahupun perempuan muslimah. Selepas berjimak, keluar haid, lepas bersalin, orang kafir masuk Islam dan kematian seseorang muslim muslimah semua wajib mandi wajib.
Mandi Wajib
Jika belum mandi wajib akibat hadas besar, maka adalah haram solat seseorang yang masih hidup itu jika tidak mandi wajib selepas melakukan solat terlebih dahulu.
Artikel kalini akan menerangkan tentang cara mandi wajib keluar air mani, cara mandi wajib haid, cara mandi wajib nifas selepas bersalin, dan sebagainya yang diwajibkan untuk mandi wajib. Teruskan membaca.
Rukun Mandi Wajib
Rukun mandi wajib tidak kiralah mandi wajib haid, atau mandi wajib bersetubuh atau apa jua yang menyebabkan hadas besar ada 3 perkara, iaitu:
- Niat
Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
- Menghilangkan najis pada badan
Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
- Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir
Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)
Contoh Hadas besar
Sebab kena mandi wajib adalah keluarnya hadas besar. Antara sebab hadas besar ialah
- Haid
Keluar darah kotor setiap bulan bagi perempuan. Bagi perempuan yang sudah habis haid wajib mandi wajib haid untuk menyucikan diri.
- Jimak
Melakukan persetubuhan antara suami dan isteri walau tidak keluar air mani. Wajib mandi wajib.
- Mani
Keluar air mani samada bersetubuh, sengaja atau tidak sengaja. Setiap lelaki yang keluar air mani wajib mandi wajib.
- Nifas
Darah yang keluar selepas bersalin walau setitik. Perempuan yang lepas bersalin bila sudah habis pantang wajib mandi wajib nifas.
- Wiladah
Tidak keluar darah nifas selepas melahirkan bayi.
Cara Mandi Wajib
Cara mandi wajib yang betul dan sempurna
- Bersihkan badan dari segala kotoran
- Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air dari ampai ke anggota badan
- Sunat berwuduk
- Baca niat
- Jiruskan air ke kepala beserta niat
- Jiruskan air ke anggota sebelah kanan 3 kali
- Jiruskan air ke anggota sebelah kiri 3 kali
Mandi Wajib adalah mandi yang dilakukan oleh umat Islam dalam beberapa situasi tertentu untuk memastikan kebersihan dan kesucian diri, baik secara fizikal maupun spiritual. Hukum mandi wajib dalam Islam diatur oleh syariat Islam dan ditegaskan dalam Al-Quran dan Hadis.
Cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.
Baca juga: 3 Barang Dalam Bilik Air Yang Anda Kena Ada
Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan cara mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Samada mandi wajib ketika selepas haid ataupun bersetubuh.
Cara Mandi Wajib Haid
Niat mandi wajib haid ialah:
“Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”
Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib selepas haid bagi perempuan yang selepas habis keluar darah haidnya:
- 1. Niat bila air sampai ke badan
- 2. Membaca “Bismillah”
- 3. Basuh tangan tiga kali
- 4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- 5. Bersihkan tangan kiri dengan sabun
- 6. Ambil wuduk seperti yang biasa dilakukan sebelum solat, atau boleh tangguhkan membasuh kaki selepas selesai mandi
- 7. Basuh kepala dengan mengusap rambut secara rata dan siram kepala 3 kali dengan air. Bagi perempuan yang mandi haid atau mandi junub, hendaklah ditanggalkan ikatan rambut
- 8. Mulakan dengan bahagian kanan badan
- 9. Sapukan air ke seluruh badan
- 10. Berwuduk jika ingin menunaikan solat fardhu
Disunnahkan menghadap kiblat dan memulai dari sisi kanan.
Cara Mandi Nifas
Wanita muslimah selepas bersalin juga mesti mandi wajib atau sebagai mandi nifas sebelum melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa. Cara mandi wajib ketika nifas ialah
Niat Mandi Nifas Selepas Bersalin
- Membaca bismillah
- Membasuh tangan
- Membasuh kemaluan
- Menyiram kepala 3 kali dimulai dengan bahagian kanan
- Menyiram air ke seluruh badan dan air kena pada setiap bahagian badan
- Membasuh kaki
- Mengambil wuduk
Selepas selesai mandi wajib, maka para ibu yang baru lepas bersalin pun sudah boleh melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa seperti biasa.
Niat Mandi Wajib
Di bawah adalah niat-niat untuk mandi wajib hadas besar (umum) dan niat mandi wajib haid.
Niat Mandi Wajib Hadas Besar
Ini adalah niat cara mandi wajib hadas besar
Niat dalam Rumi :
“Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.”
Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
Niat Mandi Wajib Haid
Ini adalah niat cara mandi wajib bagi perempuan yang keluar haid
Niat dalam Rumi :
“Nawaitu ghusla ‘anil haidhi lillahi ta’ala.”
Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”
Soalan Lazim & FAQ
Apakah hukum mandi wajib selepas bersetubuh?
Wajib untuk anda melakukan mandi wajib jika keluar air mani.
Perlu ke baca doa selepas mandi hadas wajib?
Selepas mandi wajib boleh sahaja terus keluar. Disunatkan berdoa selepas keluar bilik air.
Adakah sah mandi wajib dalam keadaan telanjang?
Hukum mandi telanjang adalah makruh. Maka sah mandi dalam keadaan tanpa seurat benang namun hendaklah tidak di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain.
Apakah hukum mandi selepas subuh ketika bulan puasa?
Sah puasa dan tidak batal puasa kerana dalam keadaan junub mahupun mandi wajib selepas subuh. Berdasarkan hadith daripada Saidatina Aisyah RA : Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa. — Hadis Muttafaqun ‘alaih
Saya sudah membuat mandi wajib haid, tapi ada darah masih keluar?
Semak samada darah tu kotor atau tidak. Seeloknya mandi wajib haid sekali lagi untuk lebih yakin.
Jemput masuk telegram kami ye: Contoh.My