Maybank Secure2U: Cara Mudah Daftar Secure2u Maybank Dalam 5 Minit

Apa Itu Secure2u Maybank

Bermula dari tarikh 26 September 2022, secure2u telah beralih sepenuhnya ke MAE. MAYBANK mengumumkan bahawa tiada lagi SMS TAC bakal dihantar ke telefon pengguna untuk sebarang transaksi Maybank2u.

Jadi sekiranya anda belum ada MAE lagi sila download dan daftar MAE terlebih dahulu.

Maybank Secure2u adalah cara yang lebih selamat dan mudah untuk approve atau reject transaksi Maybank2u web dan aplikasi MAE.

Ciri baru ini boleh didapati di aplikasi Secure2u Maybank MAE dan bukan lagi aplikasi Secure2u maybank2u, yang boleh dimuat turun dari Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Pelanggan dikehendaki mendaftar untuk Maybank Secure2u sebelum menikmati kaedah pengesahan transaksi ini. Secure2u Maybank hanya membenarkan 1 device dan 1 akaun maybank2u sahaja. Jadi kalau anda nak approve atau reject transaksi, pastikan anda menggunakan akaun maybank yang sama dengan device anda.

Cara Daftar Secure2u Maybank di Phone anda

secure2u daftar

Langkah 1: Buka MAE apps dan tekan ‘More’

setting daftar secure2u

Langkah 2: Pergi ke bahagian menu ‘Setting’ di bahagian atas aplikasi MAE tersebut

maybank2u secure2u

Langkah 3: Tekan ‘Maybank2u’ dan log in

enable secure2u

Langkah 4: Anda akan nampak ‘Secure2u’. Sila tekan toggle untuk enablekan

Langkah 5: Sila sahkan no telefon bimbit anda dan masukkan One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS
Langkah 6: Sila masukkan No IC kalau akaun personal, no SSM kalau akaun bisnes serta nama device tersebut.

Jika berjaya, Anda akan melihat maklumat (You have successfully registered for secure2u), klik Done

Jika anda nak buka myBSN secara online pula boleh baca artikel kami di: Cara Daftar myBSN Online Banking

Maybank Secure2u

Jika anda betukar telefon selepas tarikh itu, maka Maybank secure2u dari apps maybank2u tidak dapat digunakan lagi di handphone baru anda. Anda kena daftar balik semula di device baru anda.

1 device hanya benarkan 1 akaun maybank sahaja. Dan sekiranya anda mempunyai 2 akaun maybank, iaitu 1 personal dan 1 bisnes. Atau 1 personal 1 current, ketahuilah bahawa 1 MAE hanya benarkan 1 akaun sahaja untuk berdaftar setakat ini di 1 device.

Kalau ada 2 akaun maybank, maka anda kena register secure2u kedua-dua akaun tersebut di device yang berbeza. Nampak leceh bagi yang ada 2 akaun. Tak macam sebelum ni dimana apps maybank2u boleh approve secure2u kedua-dua akaun tersebut dalam 1 device.

Untuk mengukuhkan lagi keselamatan perbankan dalam talian anda, mulai Oktober 2022, ciri Secure2u Maybank pada aplikasi MAE akan dipertingkatkan dengan tempoh pengaktifan 12 jam apabila anda menggunakan Secure2u pada peranti lain.

Sekiranya anda mempunyai akaun maybank yang lain, sila daftar secure2u akaun tersebut di telefon yang berbeza ya.

Sahkan Transaksi Dengan Secure2u Maybank

Setelah anda mengaktifkan Secure Verification, anda akan menerima makluman push notification alert pada telefon pintar anda. Pastikan telefon anda adalah sama dengan akaun yang anda nak lakukan transaksi.

Klik pada push notification alert untuk melihat Pengesahan Selamat anda, kemudian “Approve” atau ‘Reject’ transaksi dalam masa 50 saat.

Pastikan anda telah enable fungsi push notification alert untuk aplikasi Maybank2u MAE pada telefon pintar anda.

Perkhidmatan Secure2u Maybank

Berikut adalah antara perkhidmatan Secure2u Maybank:

  • Maklumat baki akaun

Boleh semak baki akaun

  • Pembayaran bil (elektrik, kad kredit, dll.)

Boleh bayar bill elektrik, unifi dan sebagainya

  • Beli kredit & top up

Boleh topup handphone

  • Buka akaun serta-merta pada secure2u

Boleh buka akaun di MAE secure2u tanpa perlu pergi bank

  • Hantar dan meminta wang, kapan dan di mana sahaja

Boleh hantar dan menerima wang bila-bila sahaja asalkan ada internet.

  • Bayar bil dengan rakan dan keluarga

Boleh bayar bill mak ayah atau sesiapa sahaja

  • Tempah penerbangan dan tiket movie

Boleh menempah tiket penerbangan, ERL atau tiket wayang

  • Tempah Makanan

Boleh beli makanan dari aplikasi secure2u

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Secure2u pada aplikasi MAE, klik di pautan laman web rasmi Maybank berikut: https://www.maybank2u.com.my

Soalan Lazim & FAQ

Saya ada 2 akaun Maybank. Bolehkah pakai 2 akaun maybank dalam 1 Secure2u dalam 1 device?

Tak boleh. 1 device hanya untuk 1 akaun maybank secure2u. Kalau ada 2 akaun maybank kena pakai 2 device.

Macam mana nak daftar secure2u Maybank?

Berapa lama saya boleh guna secure2u Maybank lepas daftar?

Anda boleh guna secure2u Maybank dalam masa 12jam lepas daftar

Device saya hilang, adakah saya kena register balik Maybank secure2u?

Ya. Anda kena daftar balik Maybank secure2u di device baru tersebut

Kalau masukkan nombor SSM pun still takleh buat secure2u Maybank untuk akaun company?

Sila pastikan anda menggunakan Nombor ID yang betul tanpa sebarang jarak atau aksara khas seperti sempang ( – ):-
Untuk akaun syarikat/perniagaan: Sila gunakan Nombor Pendaftaran Perniagaan yang betul yang mengandungi kedua-dua nombor & huruf, tanpa simbol ‘ – ‘.

Leave a Comment