Menu Rahmah RM5 Adalah Makanan Seimbang Mengandungi Set Nasi + Ayam / Ikan + Sayur
Maksud Rahmah
RAHMAH bermaksud Kasih Sayang.
Semoga dengan adanya inisiatif RAHMAH, kita sebagai rakyat Malaysia terus berkasih-sayang dan saling bantu-membantu insyaAllah.
Menu Rahmah
Menu Rahmah telah dilancarkan pada 31 January 2023 yang lepas oleh KPDN dimana ia melibatkan lebih 15,000 premis makanan di seluruh negara.
KPDN juga akan menampal pelekat Menu Rahmah di kedai yang terlibat untuk memudahkan mereka yang ingin membelinya.
Apakah Menu Rahmah?
Menu Rahmah adalah makanan seimbang yang mengandungi nasi, protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.
Bukan itu sahaja, menu makanan yang ditawarkan adalah satu hidangan yang lengkap dan sihat.
Set makanan Menu Rahmah ini juga dijual dengan harga RM5 dan ke bawah sahaja.
Wakil Restoran Menu Rahmah
Lebih kurang 15,000 restoran di seluruh negara terlibat dalam inisiatif Menu Rahmah ini. Antara lokasi terkini wakil restoran dan senarai kedai yang terlibat dalam Menu Rahmah ini ialah
Inisiatif Rahmah
Selain inisiatif Menu Rahmah, terdapat juga program-program yang akan menyusul seperti :
Diberi kepada golongan keluarga miskin tegar setiap bulan.
Meliputi 12 barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga ditetapkan.
Dibuat di universiti tempatan bermula di Kuala Lumpur merangkumi sarapan pagi dan makan tengah hari percuma sementara makanan malam akan ditawarkan dengan diskaun hingga 50 peratus.
Semua pelaksanaan inisiatif ‘Rahmah’ seperti Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada akhir Mac ini.
Menu Rahmah di MYDIN
Untuk pengetahuan anda, MYDIN juga terlibat dengan inisiatif ini dan Menu Rahmah boleh didapati di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih samada Mydin di Penang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor, Kedah, Selangor, Pahang, Perak, Melaka dan sebagainya.
Dengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa dengan Menu Rahmah di Mydin. Yang paling penting, dapat berjimat.
Set makanan menu rahmah yang ditawarkan Mydin adalah berbeza setiap hari dan terdiri dari nasi ayam atau ikan, sayur, dan sebotol air minuman 500 ml.
Senarai Menu Rahmah
Antara senarai Menu Rahmah yang ada di Mydin ialah
Menu Rahmah Isnin
Menu Rahmah Selasa
Menu Rahmah Rabu
Menu Rahmah Khamis
Menu Rahmah Jumaat
Menu Rahmah Sabtu
Menu Rahmah Ahad
Selain itu Mydin juga menawarkan set sarapan di dalam Menu Rahmahnya. Dengan harga RM2.50, korang dapat enjoy makanan seperti Kuetiau Goreng, Mi Goreng, Mihun Goreng, Nasi Goreng atau Nasi Lemak.
Berbaloi kan? Jom dapatkannya di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih setiap hari.
Jom support Mydin di Shopee Mydin di Shopee
Netizen amat berpuas hati dengan inisiatif Menu Rahmah dari kerajaan ini. Antara komen netizen berkenaan inisiatif menu rahmah ini ialah
“Sedapnya. Makanan sebenar dan ringkas berpatutan macam inilah kami nak. Zaman sekarang ni banyak sangat makanan pelik-pelik (semua benda kena cheese + leleh), dah lah tak sihat, kalori mencanak, mahal pula,” komen Irtihaly Awwal
“Slalu singgah mydin tgk kat bhagian lauk. Tp time pagi la lauk2 baru siap masak.sedap dan murah compare kedai luar. Ni dtg pulak set harga marhaen ni. Yg berduit jgn gelak2 ejek2 menu mydin ni. Cuba g kedai luar minta mcm set ni siap air. Tgk brapa diorg nk charge. Kdg2 ada org berkira2 nk blnja utk mkn.ada rm5 ngam dpt mkn kyg.,” komen Qaleesya Nisrina Zamrina
“semua menu sedap…
mmg itulah menu rumah… menu yang mak masak masa kecik2 dulu..
alhamdulillah.. membesar elok kita semua…
menu sihat dah tu…murah… jimat…
pastu… boleh jugak kita tiru menu2 tu utk masak di rumah,” komen pula Haryati Hj Sahat