Asal Usul Nasi Kandar
Korang tahu tak kenapa Nasi Kandar dipanggil Nasi “Kandar”? Adakah pengasas dia bernama Iskandar? Atau makan sambil bersandar?
Sebenarnya kedai Nasi Kandar pertama dimulakan di Penang pada tahun 1907 iaitu Restoran Hameediyah. Pengasasnya seorang pedagang rempah yang berasal dari India bernama M. Mohamed Thamby Rawther.
Pada mulanya, kedai Hameediyah ini cuma menjual rempah ratus. Tetapi oleh kerana ramai yang tidak tahu bagaimana menggunakan rempah ratus di dalam masakan, Mohamed Thamby mula cuba menjual nasi dan masakan menggunakan rempah kepada orang ramai.
Pada waktu itu Kerajaan British tidak membenarkan sebarang kedai menjual apa-apa masakan, jadi peniaga-peniaga awal Nasi Kandar terpaksa menjual dengan kaedah “mengandar” di sekeliling bandar Penang.
“Mengandar” adalah kaedah membawa barang di atas bahu menggunakan sebatang kayu. “Kandar” datang dari perkataan Bahasa Urdu yang bermaksud “bahu”. Jadi inilah asalnya nama Nasi “Kandar”! 🥰
Nasi Kandar Sedap Di Penang
Lokasi Nasi Kandar Sedap di Penang
Kali ini admin akan berkongsikan tentang senarai nasi kandar sedap yang paling surrr di penang ye. Serius puas hati kalau korang ke Pulau Pinang dan ingin menikmati keenakan nasi kandar.
Nasi Kandar Hameediyah
Nama Kedai: Nasi Kandar Hameediyah
Lokasi: 164 Lebuh Campbell, Georgetown, Penang 10100 George Town, Penang, Malaysia
Nasi Kandar Bawah Pokok
Nama Kedai: Nasi Kandar Bawah Pokok
Lokasi: Jalan Bagan Luar 12000 Butterworth, Pulau Pinang
Nasi Kandar Beratur 786
Nama Kedai: Nasi Kandar Beratur 786
Lokasi: 1-1-11, Summerskye Residence, Jalan Sungai Tiram 8, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
NO 49 Ground Floor, Jalan Todak 2, Pusat Bandar Sunway, 13700 Seberang Jaya Pulau Pinang Butterworth, Penang, Malaysia
Nasi Kandar Deen Maju
Nama Kedai: Nasi Kandar Deen Maju
Lokasi Kedai: 170,JALAN GURDWARA (BRICK KILN ROAD) George Town, Penang, Malaysia
[WPSM_COLORBOX id=3165]
Nasi Kandar Jamal Mohamed
Nama Kedai: Nasi Kandar Jamal Mohamed
Lokasi Kedai: 4846, Jalan Kampung Benggali, Kampung Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
Nasi Kandar Kapitan
Nama Kedai: Nasi Kandar Kapitan
Lokasi: 92, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Nasi Kandar Kayu Original Pulau Pinang
Nama Kedai: Nasi Kandar Kayu Original Pulau Pinang
Lokasi: 15, Lebuh Nipah 6, Bukit Jambul, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Nasi Kandar Mohamed Raffee
Nama Kedai: Nasi Kandar Mohamed Raffee
Lokasi: 295-A, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Penang
Nasi Kandar Permatang Batu
Nama Kedai: Nasi Kandar Permatang Batu
Lokasi: Jalan Permatang Batu, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Nasi Kandar Sulaiman
Nama Kedai: Nasi Kandar Sulaiman
Lokasi: 739, Jalan Air Itam, George Town, 10460 George Town, Pulau Pinang
Restoran DEEN | Nasi Kandar
Nama Kedai: Restoran DEEN
Lokasi: 598-D & 598-E, Jalan Jelutong, 11600 George Town
Google map: Klik SIni
Kalau ada tambahan kedai nasi kandar yang sedap mohon komen di bawah. Nanti admin tambahkan dalam artikel. Kalau korang singgah di Ipoh, jangan lupa baca: Tempat Menarik di Ipoh