Sekiranya anda menghadapi masalah dengan talian internet Unifi, sila hubungi Nombor Customer Service UniFI. Anda boleh membuat aduan kerosakan internet ataupun masalah yang berkaitan dengan unifi.
Unifi merupakan salah satu dari internet yang ada di Malaysia selain maxis fibre, celcom fibre, times dan sebagainya. Jadi kami akan berkongsikan anda nombor hotline unifi untuk anda hubungi sekrianya menghadapi masalah.
Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai cara hubungi customer service unifi kita fahami dahulu kebiasaan masalah yang dihadapi oleh pengguna unifi di Malaysia.
Dapatkan Android Box Disini: Androix Box
Masalah Dengan Unifi
Berikut merupakan masalah yang biasa terjadi oleh pengguna unifi dan memerlukan bantuan customer service unifi untuk bantuan.
- Internet tidak boleh digunakan
- Tiang tumbang
- Modem terbakar
- Connection internet putus-putus
- Lampu internet di modem warna merah
- Internet slow
- Bil unifi terlebih bayar
- dan lain-lain
Sekiranya anda ada menghadapi salah satu masalah di atas maka anda dikehendaki untuk menghubungi customer service unifi untuk menerima bantuan yang diperlukan secepat mungkin.
Nombor Customer Service Unifi Hotline Number
Ada 2 cara untuk anda hubungi nombor customer service unifi. Jika anda menggunakan talian tetap ataupun telefon rumah anda boleh dail 100 dan bercakap dengan customer service.
Sekiranya anda berada di luar negara anda boleh hubungi +603 2106 3001. Kesimpulannya berikut adalah merupakan talian Hotline bagi Unifi iaitu
Daripada talian tetap tempatan dan nombor mudah alih | DAIL: 100 |
Dari talian antarabangsa | DIAL: +603 2241 1290 |
Waktu Operasi Unifi Hotline Number
Pihak customer servis unifi beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari bagi masalah teknikal. Jika ada masalah berkaitan bill, nak bertanyakan pasal produk atau berkenaan status pemasangan sila hubungi antara jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari.
Cara Hubungi Customer Service Unifi
Berikut merupakan cara jika anda nak hubungi customer servis dan ingin membuat aduan kerosakan melalui talian telefon
- Dail 100 melalui talian handphone anda
- Masukkan kod kawasan unifi yang boleh di dapati melalui bil unifi anda. Cari bahagian voice residential dan masukkan no tersebut sebagai kod kawasan
- Kemudian panggilan anda akan disambungkan kepada customer service yang terlatih
- Customer service akan melayan panggilan anda
- Berikan segala masalah dan aduan anda kepada customer service tersebut dan masalah anda akan diselesaikan oleh mereka
- Sekiranya masalah tidak diselesaikan minta buka report dan bahagian teknikal mereka akan datang ke rumah anda untuk membuat semakan
- Pastikan minta rebate sekiranya ada laporan dibuka untuk masalah unifi
Akhir Kata
Jangan lupa dapatkan nasihat kewangan dengan AKPK Customer Service sekiranya anda memerlukan bantuan.
Yang memerlukan bantuan customer service Bank Islam pun boleh terus hubungi hotline mereka.
Ada masalah dengan Astro di rumah anda? Terus sahaja hubungi customer service Astro.