Contoh Pantun Cinta 4 Kerat Yang Bikin Si Dia Cair

Pantun cinta 4 kerat adalah salah satu jenis pantun dalam kesusasteraan Melayu yang biasanya digunakan untuk mengungkapkan perasaan cinta atau kasih sayang. Berikut adalah penjelasan mengenai pantun cinta 4 kerat:

Struktur:

  • Terdiri daripada 4 baris atau kerat
  • Baris 1 dan 2 adalah pembayang
  • Baris 3 dan 4 adalah maksud atau isi

Rima:

  • Mengikuti pola a-b-a-b
  • Suku kata akhir baris 1 dan 3 sama bunyi
  • Suku kata akhir baris 2 dan 4 sama bunyi

Contoh Pantun Cinta 4 Kerat

Kalini meh nak share beberapa jenis pantun cinta 4 kerat yang kompem sampai mencuri hati si dia. Lagi-lagi kalau bagi pantun ni pada hari jadi si dia sambil berikan si dia hadiah untuk perempuan. Jom

Pantun Cinta 4 Kerat

Duduk beralih hadap ke hulu,
Angin ribut makn menderu;
Namamu tak boleh ku ucap selalu,
Makin diucap makin ku rindu.

Di atas kota pokok jati,
Sayang jati tiada berbunga;
Awak seorang mahkota hati,
Hidup mati kita bersama.

Orang Acheh pulang ke Acheh,
Sampan berlabuh di waktu pagi;
Hati yang kasih bertambah kasih,
Kasih yang tidak berbelah bagi.

Bawa peti dari Melaka,
Peti berisi pakaian Raja;
Kalau hati sudah suka,
Serba-serbi indah sahaja.

Anak kecil bermain dedak,
Habis melekat di celah kuku;
Berdua tidak, tiga pun tidak,
Kaulah satu-satunya kasih hatiku.

Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.

Kusangka nanas di tengah padang,
Rupanya pandan yang berduri;
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari.

Orang pantai tanam selasih,
Duduk menanam di waktu fajar;
Saya tak pandai bermain kasih,
Bolehkah awak menunjuk ajar.

Pohon sagu jatuh ditebang,
Pohon duku dibuat sarang;
Jangan ragu jangan bimbang,
Cinta ku hanya untuk kau seorang.

Limau purut jatuh ke batu,
Jatuh digegas di angin lalu;
Jangan diturut hati nan rindu,
Badan yang segar menjadi layu.

Limau purut lebat di pangkal,
Batang selasih condong uratnya;
Hujan ribut dapat ditangkal,
Terpaut kasih apa ubatnya?

Kembang cempaka ke peraduan,
Tempat bertandang bidadari;
Kasih sayang dalam pangkuan,
Penghibur hati payah dicari.

Terbang balam si dua-dua,
Hinggap di atas pokok sentul;
Abang pandang, adik tertawa,
Hati dalam sudah tersimpul.

Kembang sayap si burung merak,
Merak betina mulut terlopong;
Di sana berkenan di sini pun hendak,
Cari penyakit kepala bingung.

Ke laut menabur bijan,
Ke darat menabur padi;
Hajat hati mengambil intan,
Intan di dalam peti besi.

Tiga petak tiga penjuru,
Dua ekor kambing di dalam;
Sama sesak sama rindu,
Sama tak tidur siang dan malam.

Tengah malam masuk beradu,
Labuh tirai tertutup kelambu;
Cintamu laksana air madu,
Manisnya sampai jantung kalbu.

Ikan siakap ikan haruan,
Ikan tenggiri ikan gelama;
Hendak ku harap kasihmu tuan,
Masih tersangkut di takuk lama.

Contoh Pantun Cinta 4 Kerat

Encik puan orang di kota,
Sayang todak dalam perahu;
Sebab tuan hatiku cinta,
Makan tak hendak tidur tak mahu.

Di atas kota pokok jati,
Sayang jati tiada berbunga;
Awak seorang mahkota hati,
Hidup mati kita bersama.

Jika mahu menanam tebu,
Tanamlah dekat dengan pohon ru,
Jika kamu cinta padaku,
Katakanlah sahaja I Love U

Bawa peti dari Melaka,
Peti berisi pakaian Raja;
Kalau hati sudah suka,
Serba-serbi indah sahaja.

Anak kecil bermain dedak,
Habis melekat di celah kuku;
Berdua tidak, tiga pun tidak,
Kaulah satu-satunya kasih hatiku.

Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.

Orang Acheh pulang ke Acheh,
Sampan berlabuh di waktu pagi;
Hati yang kasih bertambah kasih,
Kasih yang tidak berbelah bagi.

Limau purut lebat di pangkal,
Batang selasih condong uratnya;
Hujan ribut dapat ditangkal,
Terpaut kasih apa ubatnya?

Kembang cempaka ke peraduan,
Tempat bertandang bidadari;
Kasih sayang dalam pangkuan,
Penghibur hati payah dicari.

Pening nak bagi hadiah apa? Beri je

Terbang balam si dua-dua,
Hinggap di atas pokok sentul;
Abang pandang, adik tertawa,
Hati dalam sudah tersimpul.

Ke laut menabur bijan,
Ke darat menabur padi;
Hajat hati mengambil intan,
Intan di dalam peti besi.

Tiga petak tiga penjuru,
Dua ekor kambing di dalam;
Sama sesak sama rindu,
Sama tak tidur siang dan malam.

Orang pantai tanam selasih,
Duduk menanam di waktu fajar;
Saya tak pandai bermain kasih,
Bolehkah awak menunjuk ajar.

Pohon sagu jatuh ditebang,
Pohon duku dibuat sarang;
Jangan ragu jangan bimbang,
Cinta ku hanya untuk kau seorang.

Limau purut jatuh ke batu,
Jatuh digegas di angin lalu;
Jangan diturut hati nan rindu,
Badan yang segar menjadi layu.

Duduk beralih hadap ke hulu,
Angin ribut makn menderu;
Namamu tak boleh ku ucap selalu,
Makin diucap makin ku rindu.

Kembang sayap si burung merak,
Merak betina mulut terlopong;
Di sana berkenan di sini pun hendak,
Cari penyakit kepala bingung.

Tengah malam masuk beradu,
Labuh tirai tertutup kelambu;
Cintamu laksana air madu,
Manisnya sampai jantung kalbu.

Ikan siakap ikan haruan,
Ikan tenggiri ikan gelama;
Hendak ku harap kasihmu tuan,
Masih tersangkut di takuk lama.

Leave a Comment