Pantun Cinta adalah pantun yang berisikan ungkapan berkenaan dengan perasaan cinta seperti rindu, kasih sayang, kecewa, bahagia.
Pantun cinta biasanya untuk anak muda kerana pantun ini biasanya menceritakan pengalaman mahupun perasaan anak muda yang sedang dilamun cinta.
Biasanya pantun cinta ni akan ditulis pada kad oleh si lelaki sewaktu kirim hadiah untuk si perempuan tersebut.
Payah dah nak jumpa si suami bagi pantun cinta dekat isteri, isteri berpantun-pantun dekat suami. Kalau malu nak bagi tahu depan-depan, dekat wasap pun ok kan.
Kalini meh nak share beberapa jenis pantun cinta yang kompem tangkap leleh. Lagi-lagi kalau bagi pantun ni pada hari jadi si dia.
Contoh Pantun Cinta 6 Kerat
Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.
Sarat bermuat ikan cecaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kali tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.
Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda menjadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Contoh Pantun Cinta 4 Kerat
Duduk beralih hadap ke hulu,
Angin ribut makn menderu;
Namamu tak boleh ku ucap selalu,
Makin diucap makin ku rindu.
Di atas kota pokok jati,
Sayang jati tiada berbunga;
Awak seorang mahkota hati,
Hidup mati kita bersama.
Orang Acheh pulang ke Acheh,
Sampan berlabuh di waktu pagi;
Hati yang kasih bertambah kasih,
Kasih yang tidak berbelah bagi.
Bawa peti dari Melaka,
Peti berisi pakaian Raja;
Kalau hati sudah suka,
Serba-serbi indah sahaja.
Anak kecil bermain dedak,
Habis melekat di celah kuku;
Berdua tidak, tiga pun tidak,
Kaulah satu-satunya kasih hatiku.
Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.
Kusangka nanas di tengah padang,
Rupanya pandan yang berduri;
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari.
Orang pantai tanam selasih,
Duduk menanam di waktu fajar;
Saya tak pandai bermain kasih,
Bolehkah awak menunjuk ajar.
Pohon sagu jatuh ditebang,
Pohon duku dibuat sarang;
Jangan ragu jangan bimbang,
Cinta ku hanya untuk kau seorang.
Limau purut jatuh ke batu,
Jatuh digegas di angin lalu;
Jangan diturut hati nan rindu,
Badan yang segar menjadi layu.
Limau purut lebat di pangkal,
Batang selasih condong uratnya;
Hujan ribut dapat ditangkal,
Terpaut kasih apa ubatnya?
Kembang cempaka ke peraduan,
Tempat bertandang bidadari;
Kasih sayang dalam pangkuan,
Penghibur hati payah dicari.
Terbang balam si dua-dua,
Hinggap di atas pokok sentul;
Abang pandang, adik tertawa,
Hati dalam sudah tersimpul.
Kembang sayap si burung merak,
Merak betina mulut terlopong;
Di sana berkenan di sini pun hendak,
Cari penyakit kepala bingung.
Ke laut menabur bijan,
Ke darat menabur padi;
Hajat hati mengambil intan,
Intan di dalam peti besi.
Tiga petak tiga penjuru,
Dua ekor kambing di dalam;
Sama sesak sama rindu,
Sama tak tidur siang dan malam.
Tengah malam masuk beradu,
Labuh tirai tertutup kelambu;
Cintamu laksana air madu,
Manisnya sampai jantung kalbu.
Ikan siakap ikan haruan,
Ikan tenggiri ikan gelama;
Hendak ku harap kasihmu tuan,
Masih tersangkut di takuk lama.
Encik puan orang di kota,
Sayang todak dalam perahu;
Sebab tuan hatiku cinta,
Makan tak hendak tidur tak mahu.
Pantun 2 Kerat
Bila cinta sudah melekat,
Tahi onta serasa coklat.
Cinta bermula degan senyuman,
mekar dengan ciuman
Untuk apa bicara cinta
Jika itu akan membuatmu terluka
Untuk apa bicara cinta
Jika hatimu tak terbuka
Amacam. Korang ada lagi tak pantun cinta nak share? Kalau ade komen-komen lah ye.
Bagi yang bakal berkahwin tu dah ade ke idea hantaran kahwin? Kalau belum dah boleh fikir dah.
Koleksi ucapan hari lahir untuk suami tersayang dan Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Tersayang ni sesuai diberi bersama dengan pantun cinta di atas.
Pantun Hari Guru pun ada untuk korang tulis dekat kad dan bagi pada guru. Tidak kiralah apa majlis sekalipun ynang berkaitan dengan guru.
Kalau ada rakan-rakan sepejabat yang bakal ke tempat kerja baru, ucapkanlah pantun perpisahan 2 3 rangkap untuk dia.
Gambar Sumber dari Canva