Contoh 33 Koleksi Pantun Hari Guru

Hari guru disambut pada setiap 16 Mei setiap tahun. Ia disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru di seluruh negara yang bagaikan lilin membakar diri demi pelajaran anak muridnya.

Pantun cikgu

Oleh itu apakata kita sebagai anak murid, hadiahkan guru kita beberapa pantun hari giru sebagai menghargai jasa guru kita itu.

Pantun hari guru ni sesuai dibacakan ketika perhimpunan dimana ketua pelajar berucap menyampaikan ucapan untuk guru sekolah diseliti dengan ucapan terima kasih kepada guru tersebut.

Ataupun boleh juga selitkan pantun ini bersama dengan kad hari guru. Nampak special sikit kan. Jangan lupa juga hadiah hari guru untuk mereka.

33 Koleksi Pantun Hari Guru

Pantun Hari Guru

A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Terang bulan indah bercahaya,
Cahaya membias ke tengah laman,
Kasih murid akan gurunya,
Berjaya terbias di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Pantun selamat Hari Guru

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Di pagi hari membeli sagu
Sagu di beli bersama baulu
Selamat hari guru buat cikgu
Semoga cikgu riang selalu

Angin menderu dengan sepoinya
Di anak tangga duduk sendirian
Kasih guru akan muridnya
Masa ada rela korbankan

Hendak berburu keluar kota
Seluas alam bumi terlentang
Tanpa guru siapalah kita
Ibarat malam tanpa bintang

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Sains

Putik bau mekar dilaman
Kembang pulut kumbang terpikat
Hargai guru sepanjang zaman
Agar hidup beroleh berkat

Pantun Guru

Puan wani dan puan ain,
Pergi ke pasar membeli cuka
Guru ibarat cahaya lilin
Menyuluh hidup tiap ketika

Istana kota berbelas tingkat
Tinggi langit dari pandangan
Sama kata sama sepakat
Hari guru marilah raikan.

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pantun Hari Guru 1

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pantun Guru 2

Tampak berbekas rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang

Baca Juga  Contoh Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik Tahun 5

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Pantun selamat Hari Guru 2

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Bagai perunggu si langit senja,
Awan berbalam luas membentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Tinggi gunung tak tergapai,
gunung biru jauh di seberang.
Kalau murid menjadi pandai,
hati guru pun ikut senang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Itu sahaja berkenaan pantun hari guru. Kalau korang ada contoh yang lain cuba komen di bawah.

Pantun hari guru ni bukan sahaja sesuai untuk hari guru, time jamuan perpisahan guru, hari jadi guru atau apa-apa event berkaitan cikgu sesuai pakai pantun hari guru di atas ye.

Kalau mencari-cari pantun cinta boleh la cuba. Ada pantun 4 kerat, 2 kerat malah 6 kerat juga tau.

Gambar Sumber dari Canva

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!