Sebelum ini kita dah bagi beberapa jenis pantun iaitu pantun cinta 4 kerat, pantun hari guru dan juga pantun perpisahan. Kalini kita teruskan pula dengan Pantun Kasih Sayang.
Sangat sesuai kalau nak beromantik. Maklumlah tengah angau bercinta. Jom hayati pantun kasih sayang yang kami kongsikan untuk saudara dan saudari.
PROMO – Android Smart LED TV Termurah di Shopee –> https://shope.ee/7zjk9xozKr
Pantun Kasih Sayang
Pantun kasih sayang ini merupakan pantun cinta 4 kerat.
Segak gagah putera bistari,
Puteri manja kesayangan ratu,
Seri wajahmu igauan mimpi,
Senyum kerlingan penawar rindu.
Camar laut melayang rendah,
Tampak ikan lalu disambar,
Kasih padamu hinggap menyinggah,
Dalam pelukan bukanlah sebentar,
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung,
Meninjau padi masak,
Batang kapas bertimbal jalan,
Hati risau di bawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan,
Asap api di Tanjung Tuan,
Kuala Linggi bakaunya rendah,
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi ku pandang rendah,
Dua puluh satu bilangan Melayu,
Satu likur bilangan Jawa,
Sama-sama menanggung rindu,
Kalaupun mati kita berdua,
Biarpun jauh di seberang sana
Pergi menjauh wajah ku lihat di dalam mimpi,
Kalau dah kasih sesama
Sungguh kering lautan tetap ku nanti
Surat ku layang untuk berkata
Penyampai hasrat kata di hati,
Kalaulah sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati
Indah nian bulan mengambang
Keliling pula bintang bercahaya,
Wajah tuan bila ku pandang
Bagai melihat pintunya syurga,
Langit cerah awan membiru
Dinihari embun pun jatuh,
Sakit sungguh menanggung rindu
Di dalam air badan berpeluh,
Senja berlalu iramanya merdu
Malam berhiba silih berganti,
Merdu suaramu berputik rindu
Menganyam cinta di tasik hati,
Kata terbukti setulus budi
Sepanjang abad terkalung di jiwa,
Cinta sejati terus bersemi
Selagi jasad terkandung nyawa,
Hilang sepi diraut wajah
Usah terlerai nilainya budi,
Setia janji tak akan berubah
Kasih tersemai tetap abadi,
Petang hari indah di taman
Berjalan-jalan bersuka-ria,
Kanda datang membawa harapan
Ingin mendirikan istana bahagia,
Ku kutip bunga buat karangan
Karangan diletak di atas peti,
Ingin ku sunting bunga di jambangan
Buat penyeri di taman hati,
Ambil tali buat pengikat
Tali sabut panjang sedepa,
Bukankah janji telah diikat
Kedatangan kanda ditunggu setia,
Hendak ke seberang naik penambang
Perahu penambang tidak berpintu,
Usahlah kanda berhati bimbang
Perhubungan kita mendapat restu,
Duduk berehat di pinggir kali
Mengingat kekasih yang telah pergi,
Bukan ku bimbang kekasih kembali
Takut luka berdarah kembali,
Mandi-manda di pinggir kali
Kali jauh naik pedati,
Bukan setakat dia kembali
Ingin pula merayu hati,
Petik mari buah ciku
Ambil yang manis letak di peti,
Kenapa dinda berubah laku
Adakah kasih bertukar benci,
Selat Melaka lautnya tenang
Di situ tempat perahu bugis,
Orang jauh jangan dikenang
Kalau dikenang tentu menangis,
Terkenal gagah Indera Putera
Gagah lagi pahlawan berlima,
Perlukah kanda bersumpah setia
Setia sekata hidup bersama,
Sayang selasih dibuat main
Air perigi dingin terasa,
Hati tidak pada yang lain
Walau dinda jauh di mata,
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat kain,
Barang lepas jangan di kenang
Sudah jadi orang lain,
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan,
Biar jauh beribu batu
Jauh di mata di hati jangan,
Dulang perak cantik terukir
Hadiah untuk tuan puteri,
Jangan dikirim salam terakhir
Kekasih di sini setia menanti,
Cantik indah suntingan melati
Melati desa menarik sekali,
Apakah maksud dinda tak mengerti
Bicara kanda dalam sekali,
Cantik ayu si gadis sunti
Pandai pula menjahit jala,
Baru senang rasa di hati
Air berkocak tenang semula,
Ikan haruan si ikan tenggiri
Dibawa orang dari Linggi,
Padamu kanda ku perhambakan diri
Bawalah daku kemana kau pergi,
Sekian sahaja perkongsian pantun kasih sayang dari kami. Jangan lupa sertakan sekali contoh hadiah untuk perempuan ini jika ingin memberi pantun bersama hadiah.
Tidak lupa juga koleksi ucapan hari lahir untuk isteri ini ye suami-suami sekalian. Berpantun-pantun juga. Ucapan jangan lupa.
Bagi si isteri pula, kami pun ada juga ucapan hari lahir untuk suami tersayang ini.
Moga dipermudahkan segala urusan anda semua.
Sumber gambar: CANVA