Jadual dan Senarai Lokasi Pasar Malam Golden Hill Cameron Highlands 2024

Senarai pasar malam Golden Hill Cameron Highlands untuk rujukan anda. Maklumlah Cameron Highland ni kecik tapi orangnya ramai ya amat. Jadi lokasi pasar malam dalam kawasan majlis Cameron ni akan memudahkan anda.

Pasar Malam Cameron Highlands

Pasar malam di Cameron Highlands ni ada satu je kalau tak salah kami. Jadi sudah tentu akan memudahkan anda untuk ke pasar malam tersebut. Kami juga akan berikan tips untuk ke sini supaya memudahkan anda.

Pasar Malam Golden Hills

Juga dikenali sebagai Pasar Malam Brinchang atau Night Market Golden Hills. Di sini, pelancong boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan produk tempatan.

Sama sahaja macam pasar malam lain, pasar malam goldenhills ni pun jual barang yang sama. Cuma sebab cuacanya yang sejuk dan juga pelabagai jenis makanan dijual berasaskan strawberry. Ada juga ubi stim dan jagung. Memang sedap la makan 2 ni dengan cuaca yang sejuk-sejuk.

Pasar Malam Golden Hills ni betul-betul terletak berhadapan Barrington Square Apartment atau Taman Golden Hills, Brinchang. Berikut merupakan maklumat berkenaan pasar malam ini.

Pasar Malam Golden Hill
  • PASAR MALAM GOLDEN HlLLS/GOLDEN HILLS NIGHT MARKET
  • Lokasi pasar malam :Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100 Cameron Highlands
  • Waktu Operasi : Jumaat – Sabtu (4.00 petang – 11 malam)
  • Cuti sekolah – setiap hari (4.00 petang – 11 malam)

Kalau nak jalan kaki je ke pasar malam ni boleh booking Golden Hill Resort di Agoda: Golden Hills Resort

Tips Ke Pasar Malam Cameron

Untuk ke pasar malam di Cameron ni pastikan datang antara pukul 5 petang hingga 7 malam. Time ni dah ada banyak penjual yang buka gerai. Dan jangan salah tempat ye. Lokasi baru di Golden Hills bukan lagi di Brinchang. Pasar malam Golden Hills ni buka tiap hari Jumaat dan Sabtu.

Baca Juga  17 senarai hadiah untuk perempuan? No 5 Paling Banyak Dijadikan Hadiah

Jiwa kena kental pergi pasar malam ni. Lebih baik datang awal. Bukan apa, parking adalah suatu masalah besar. Ada banyak tempat letak kereta, tapi kereta yang datang ke pasar malam ni lagi banyak.

Pasar Malam Cameron Highlands

Keadaan ni akan terjadi di simpang Golden Hill menuju ke Pasar Malam Golden Hill bila lambat gerak ke sana.

Tips Ke Cameron Highlands

  • Yang mana dari KL boleh ikut Tapah, dari Penang ikut Simpang Pulai.
  • Bertolak awal okey! Sesudah subuh harap dah start enjin. Lambat confem jem oi
  • Merancang itu penting. Kena tahu info tempat-tempat menarik di Cameron
    • Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
    • KEA Farm 8.30am-6pm
    • KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
    • Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
    • Taman Abang steamboat & grill. Harga Dewasa RM39 Kanak-kanak RM29
    • Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)
    • Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)

Bagi yang berada di Ipoh boleh tengok senarai Pasar Malam Ipoh ni. Yang berada di Johor Bahru dan mencari pasar malam boleh tengok senarai Pasar Malam Johor Bahru

Kami pun ada tulis mengenai senarai Pasar Malam KL. Korang mesti nak tahu mengenai pasar malam di Melaka kan. Jangan bimbang. Detail Pasar Malam Melaka ada kami tulis.

Leave a Comment

error: Content is protected !!