Slip Gaji Sebagai Rekod Pendapatan Pekerja

Pentingnya Slip Gaji

Menurut Akta Kerja 1955 di Malaysia, slip gaji adalah wajib bagi semua majikan untuk diberikan kepada setiap pekerjanya.

Mengikut Seksyen 24 Akta Kerja, majikan perlu memberikan slip penyata gaji kepada pekerja setiap bulan, yang menyatakan jumlah gaji yang dibayar, segala potongan yang dibuat termasuk jumlah bersih yang diterima pekerja.

Setiap pekerja di syarikat majikan tersebut adalah berhak untuk diberikan slip gaji. Slip gaji yang dikeluarkan kepada pekerja tersebut perlu menyatakan butiran pendapatan serta elaun berkaitan.

Majikan perlu menunaikan kewajipannya kepada pekerja dengan memberikan slip gaji. Ia juga adalah sejenis dokumen perbelanjaan untuk syarikat tersebut terhadap upah dan gaji yang dibayar kepada setiap pekerja.

Mengikut Seksyen 24 Akta Kerja, majikan boleh dikenakan undang-undang termasuk hukuman penjara. Majikan yang disabit kesalahan di bawah Seksyen 24 boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

slip gaji pdf

Slip gaji yang telah dikeluarkan membuktikan mereka adalah sebahagian daripada sesebuah syarikat itu.

Dan slip gaji tersebut juga ada mencatatkan amaun serta potongan berkenaan mengikut surat tawaran yang telah mereka terima semasa mereka diterima bekerja.

Slip gaji juga boleh digunakan untuk pengiraan cukai pendapatan dan pemotongan terhadap cukai bagi mereka yang layak menerima mengikut aktacukai pendapatan.

Slip gaji juga penting sekiranya nak mohon pinjaman dengan bank samada pinjaman loan rumah, pinjaman loan kereta dan sebagainya. Ada bank yang meminta slip gaji selama 3 bulan untuk menunjukkan mereka mampu membuat pembayaran pinjaman tersebut.

Format Slip Gaji

download slip gaji pdf

Format slip gaji hendaklah mempunyai segala maklumat berikut:

  • Nama Syarikat
  • Alamat Syarikat
  • Nama Pekerja
  • Nombor Siri Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan/Passport
  • Nombor KWSP Pekerja
  • Nombor SOCSO Pekerja
  • Nombor LHDN Pekerja
  • Bulan Slip Gaji Diberikan
  • Pendapatan Pekerja (Gaji, Elaun)
  • Pemotongan Gaji Pekerja (SOCSO, EPF, Cukai Pendpaatan, dan lain-lain)
  • Sumbangan Majikan Terhadap Pekerja (EPF, SOCSO, dan lain-lain)

Antara Kepentingan Slip Gaji

Bukti PendapatanSebagai rekod yang jelas dan terperinci tentang jumlah gaji yang diterima, termasuk elaun, bonus, dan potongan.
Lampiran Mohon Kerja BaruAda syarikat yang memerlukan slip gaji lama semasa mereka interview. Apapun anda berhak untuk tidak lampirkan slip gaji kerana ia adalah hak milik persendirian
Detail Kiraan GajiSegala butiran pendapatan ada dalam slip gaji termasuk elaun mahupun potongan
Untuk Memohon PinjamanBank akan meminta slip gaji sebagai syarat untuk mohon pinjaman rumah, kereta dan lain-lain
Cukai PendapatanMudah untuk buat cukai pendapatan

Soalan Tentang Slip Gaji

Syarikat tempat saya kerja tak bagi slip gaji

Tak bagi slip gaji (Seksyen 99A Akta Kerja) boleh didenda RM10K bagi setiap bulan jika anda membuat laporan.

Syarikat tempat saya kerja tak bagi carum kwsp

Mengikut AKta KWSP 91, syarikat tersebut boleh didenda RM20k

Syarikat saya lambat bayar gaji

Lambat bayar gaji (Seksyen 19 (1) Akta Kerja) boleh didenda RM10K

Dalam slip gaji tolak kwsp tapi tiada dalam kwsp app

Hukumnya adalah penjara tak lebih 3 tahun atau denda tak lebih RM10K. Gagal membayar caruman KWSP pada atau sebelum 15hb.

Leave a Comment