Mi Box S dan Mi Stick
Sekarang sejak virus covid 19 melanda dunia, permintaan android box di rumah semakin tinggi. Maklumlah duduk rumah je. Tentulah kena ada entertainment kan. Antara jenama popular yang menjadi permintaan ramai ialah android box dari Xiaomi iaitu Mi Box S dan juga Mi Stick.
Kedua-duanya mampu menukarkan tv anda menjadi smart tv namun begitu ada perbezaan antara keduanya. Bukan sahaja harga malah terdapat beberapa spek yang membezakan keduanya.
Perbezaan Mi Box S dan Mi Stick
Berikut adalah merupakan perbezaan antara Mi Box S dan juga Mi Stick
Dari gambar di atas anda dapat membuat keputusan sendiri mana yang lagi berbaloi untuk anda dapatkan. Tapi kena tengok spec tv juga ye. Kalau tv anda tak support 4k Display, jangan gatal ambil Mi Box S. Baik beli je Mi Stick yang lagi murah. Lagipun Mi Stick ni support tv yang ada Full HD sahaja dan juga yang mempunyai USB di belakang TV. Kalau Mi Box S ni sambung Lan Cable. Tapi kalau malas guna lan cable just beli je Usb Converter dekat Shopee.
Perlu diingatkan juga pengunaan apa jua android box bergantung kepada speed langganan internet anda ye.