Semakan Tawaran Serta Rayuan ke Tingkatan 6

Tingkatan 6 Bidang Sains Sosial dan Bidang Sains

Calon-calon yang berminat untuk masuk ke tingkatan 6 semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan tidak perlu melakukan permohonan untuk mengikuti bidang sains atau bidang sains sosial tingkatan 6.

Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan ke tingkatan 6 untuk mengikuti bidang sains atau sains sosial.

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 boleh dibuat mulai 3 hingga 17 Julai 2023 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my

Murid yang tiada capaian internet boleh merujuk kepada sekolah asal untuk bantuan bagi permohonan rayuan mengikut kaedah yang bersesuaian.

Kelebihan Tingkatan 6

  • Sijil diiktiraf Antarabangsa (Calon berpeluang melanjutkan pengajian di universiti tempatan & luar negara)
  • Kos Pengajian Murah
  • Silibus Pengajian berasaskan sistem Modular (Semester)
  • Tempoh Pengajian yang pendek (3 Semester/ 1.5 Tahun)
  • Pendedahan Kerja Kursus
  • Calon berpeluang menduduki peperiksaan ulangan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan (Sem 1 & Sem 2)

Subjek Wajib Tingkatan 6

  • Pengajian Am
  • MUET
  • Lain2 subjek tertakluk kepada pakej subjek tawaran sekolah/pusat Tingkatan 6 masing2 (Sains Tulen/ Sains Sosial/ Aliran Agama)

Senarai Mata pelajaran STPM

Terdapat 22 mata pelajaran yang ditawarkan untuk subjek tingkatan 6 sains dan juga bidang sains sosial. Pelajar tingkatan 6 hanya perlu memilih 4 atau 5 subjek sahaja termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.

KodMata Pelajaran
900Pengajian Am
910Bahasa Melayu
911Bahasa Cina
912Bahasa Tamil
913Bahasa Arab
920Literature in English
922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
930Syariah
931Usuluddin
940Sejarah
942Geografi
944Ekonomi
946Pengajian Perniagaan
948Perakaunan
950Mathematics (M)
954Mathematics (T)
958Information and Communications Technology (ICT)
960Physics
962Chemistry
964Biology
966Sains Sukan
970Seni Visual
932Tahfiz AL-Quran

Tingkatan 6 STPM

Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu jurusan bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan jurusan bidang Sains.

Murid perlu melapor diri secara bersemuka di KTE/PTE yang ditawarkan berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa serta yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Baca Juga  Contoh Surat Rayuan Ke MRSM

Tarikh melapor diri ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 pada 16 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan A dan 17 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan B.

Yuran Tingkatan 6 Sains dan Sains Sosial

Yuran peperiksaan bagi empat dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.

Syarat-syarat Kelayakan Tingkatan 6 Bidang Sains Sosial dan Bidang Sains

semakan tingkatan 6 2023

Syarat kemasukan ke tingkatan enam semester 1 tahun 2023

Syarat Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi Calon Sekolah Kerajaan

  • Syarat Am

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2023.

  • Syarat Khas

Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.

Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

Bidang Sains Sosial (Agama) – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit.

Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu untuk Bidang Sains Sosial (Agama) – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit.

Syarat Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi Calon Sekolah Kerajaan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)

  • Syarat Am

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari pada tahun 2023.

  • Syarat Khas
Baca Juga  Contoh Senarai Bantuan Pendidikan Untuk Pelajar IPT

Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.

Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

Bidang Sains Sosial (Agama) – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.

Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu untuk Bidang Sains Sosial (Agama) – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.

Syarat Permohonan Ke Tingkatan Enam (Aliran Tahfiz) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

  • Syarat Am

Mestilah warganegara Malaysia

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari pada tahun 2023.

  • Syarat Khusus

Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-
‘Arabiah al-Mu’asirah/ Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath Bahasa
Arab.

Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran

  1. Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran
  2. Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ AlSyariah/ Manahij al-‘Ulum al-Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah

Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz.

Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester.

Rayuan Kemasukan ke Tingkatan 6

Rayuan Kemasukan ke Tingkatan 6

Terdapat 3 cara rayuan ke tingkatan 6 boleh di buat. Calon boleh membuat rayuan untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 ke JPN/PPD berkenaan dengan menggunakan borang berikut mulai 3 Julai 2023.

  1. Borang T6BRU
  2. Borang T6BKK
  3. Borang T6BCP
Baca Juga  Kalkulator Tukaran Unit Berat

Borang Rayuan Tingkatan 6

Borang T6BRU

Calon sekolah yang layak tetapi tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 boleh memuat turun borang T6BRU dalam talian dengan melengkapkan borang T6BRU.

Borang T6BKK

Calon yang tidak memenuhi syarat kemasukan mengisi borang T6BKK mulai 3 Julai 2023 hingga 17 Julai 2023 kecuali calon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian.

Borang T6BCP

Borang T6BCP pula adalah untuk calon persendirian/sekolah swasta/Sekolah Menengah Agama Negeri SPM tahun 2022, yang ingin memohon ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 di Sekolah Kerajaan.

Tarikh Tutup dan Semakan Permohonan Rayuan

Tarikh tutup permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam bagi bidang sains dan sains sosial adalah sebelum atau pada 17 Julai 2023.

Semakan keputusan rayuan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 boleh dibuat pada 24 Julai 2023.

Soalan dan Jawapan

Bilakah sesi pengajian Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2023 bermula?

Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A akan bermula pada 16 Julai 2023 dan sekolah dalam negeri kumpulan B akan bermula pada 17 Julai 2023.

Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam?

Boleh. Calon yang menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara perlu membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi Borang Rayuan Umum Kemasukan ke Tingkatan Enam (T6BRU).

Bilakah permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dibuka?

Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dibuka mulai 3 Julai 2023 hingga 17 Julai 2023.

Bilakah tarikh melapor diri murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun
2023?

Tarikh melapor diri ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 pada 16 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan A dan 17 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan B.

Baca juga Semakan Keputusan Permohonan UPU Online Bagi lepasan SPM Sesi Akademik 2023/2024

Leave a Comment

error: Content is protected !!