Daftar Program SAVE 2.0: Rebat RM200 Pembelian Air Cond & Peti Sejuk

daftar Program Save 2.0 Shopee

Program Save 2.0

Program SAVE 2.0 ini adalah sebuah program pemberian diskaun e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara ATAU peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Antara Objektif Program Save 2.0

• meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan wang dan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik; dan
• meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran.

Syarat Apply Program Save 2.0

Bagi yang ingin apply antara kriteria yang melayakkan untuk menyertai program SAVE 2.0
Anda mestilah:
1. Warganegara Malaysia;
2. Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB;
3. Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 ATAU 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021; dan
4. 1 akaun bil elektrik, 1 diskauan e-Rebat & 150,000 tebusan pertama sahaja.

Antara jumlah e-Rebat yang dapat dinikmati jika menyertai program SAVE 2, setiap isi rumah layak untuk mendapat e-Rebat 200 ringgit dengan pembelian alat penyaman udara ATAU peti sejuk yang berlabel 4 atau 5 bintang.

Antara barangan elektrik yang boleh dibeli untuk melayakkan untuk mendapat e-Rebat di bawah program SAVE 2.0 adalah peti sejuk atau aircond. Anda layak untuk mendapat diskaun e-Rebat bernilai RM 200 sekiranya anda membeli penyaman udara ATAU peti sejuk cekap tenaga berlabel 4&5 bintang .

Cara untuk mendaftar Program SAVE 2.0 sekiranya ingin membuat pembelian secara atas talian ckup mudah.
Anda boleh melayari laman sesawang rakan strategik platform pembelian atas talian SAVE 2.0 iaitu Shopee dan Lazada dan perhatikan logo program SAVE 2.0.

Baca Juga  Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1444H / 2023M

Kelayakan maksimum isi rumah berkelayakan untuk program SAVE 2.0 adalah satu berdasarkan 1 akaun bil elektrik, 1 e-Rebat (first come,first serve basis).

Program ini berdasarkan konsep first come,first serve basis. Tiada kontrak ye.

Maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan SAVE 2.0 cukup mudah. Pembeli hanya perlu mempunyai no. akaun bil elektrik yang sah. Sila rujuk Link: Cara Mohon mengetahui maklumat lanjut mengenai cara permohonan SAVE 2.0.

Antara faedah daripada Program SAVE 2.0 ini adalah:
• Memberikan faedah penjimatan kos pembelian peralatan elektrik;
• Memberikan kesedaran kepada masyarakat awam mengenai kepentingan pengurusan dan kecekapan tenaga khusunya pelabelan peralatan elektrik telah diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST); dan
• Menyokong aspirasi Kerajaan dalam proses pengalakkan inisiatif penjimatan dan kecekapan tenaga, rendah karbon dan tenaga lestari secara tidak langsung membantu Malaysia mencapai sasaran pengurangan karbon.

Apply di Shopee

cara apply Program save 2.0 Shopee

Cara Dapatkan Voucher RM200 Shopee Melalui Program SAVE 2.0

Untuk mendapatkan baucar ini, anda hanya perlu mendaftar dengan langkah ini:

1.Tekan link ini shopee
2. Isikan maklumat pengguna, akaun pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB.
3.Tick butang pengesahan / persetujuan
4. Hantar.
5. Baucar RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet bagi permohonan yang diluluskan.

Jadi apa lagi. Apply sekarang Program Save 2.0 di Shopee sekarang juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!