Contoh Surat Rayuan MRSM Serta Semakan Permohonan

Keputusan tawaran ke MRSM bagi tahun 2023 telah diumumkan pada 7 Mac 2023. Calon yang berjaya juga akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan ke MRSM.

Bagi yang tidak berjaya untuk masuk ke MRSM, anda boleh membuat permohonan rayuan ke MRSM sehingga 14 Mac 2023.

Permohonan rayuan MRSM dibuka secara online melalui laman web MARA dan anda kena buat rayuan sekiranya keputusan permohonan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan juga tingkatan 4 gagal. Bagi penduduk Selangor, jangan lupa apply Bantuan Pendidikan Zakat Selangor

Rayuan MRSM Secara Online

rayuan mrsm

Cara membuat permohonan rayuan masuk ke MRSM adalah seperti berikut:

Anda kena login dan buat semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM di

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1
SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 4
  • Sekiranya tidak berjaya akan ada butang rayuan MRSM bagi tingkatan 1 atau tingkatan 4 dan anda boleh buat rayuan MRSM secara online sahaja
rayuan MRSM secara online
  • Jika tiada butang rayuan, maksudnya permohonan anak anda telah gagal akibat

1) Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima
2) Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)
*Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel pengambilanpelajar@mara.gov.my

rayuan mrsm online

Karangan Rayuan MRSM Dalam Kotak Rayuan Online

Tentang rayuan dalam kotak rayuan tu, tak perlu tergesa2 untuk buat rayuan tu. Ambil masa untuk siapkan rayuan tu.
Kalau perlukan 4 jam untuk buat karangan 135 perkataan ke 150 perkataam tu, berikan 4 jam tu. Tak rugi sikit pun kalau berikan lebih masa untuk siapkan karangan rayuan anak tu.
Jangan tulis meleret2. Tak perlu nak tulis tentang pencapaian anak di sekolah rendah dalam karangan itu.
Ceritakan apa yg Mrsm boleh buat pada anak saya. Lambung2 la sikit Mrsm tu. Ceritakan bagaimana Mrsm boleh membentuk anak saya untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan juga menunjukkan kecemerlangan dalam aspek sahsiah, kepimpinan, personaliti, rohani & jasmani anak saya kerana Mrsm mempunyai sistem pembelajaran yg cukup kondusif bagi membangun daya intelek, kreativiti, inovasi, rohani & jasmani anak saya..
Saya dalam rayuan itu adalah anak.

Kredit:Tarmixi Hashim

Untuk buat rayuan seperti saranan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Mara tahun lepas, sebaiknya rayuan ditulis dgn ringkas & padat dlm bentuk point seperti di bawah untuk menjimatkan perkataan & ruang :
1.
2.
3.
4.
5.

Contoh Karangan Rayuan MRSM

Berikut adalah merupakan contoh rayuan MRSM tingkatan 1 dan juga tingkatan 4.

Kepada Y.Bhg. Pengerusi Lembaga Pengarah MRSM,

Saya, [Nama Penuh], ingin merayu untuk diterima sebagai pelajar Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada tahun pengajian 2023.

Saya sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di MRSM kerana ia merupakan sebuah institusi pendidikan yang terkenal dengan kecemerlangan akademik dan pengalaman kokurikulum yang menyeluruh. Saya percaya bahawa dengan peluang yang diberikan, saya akan dapat mempertingkatkan prestasi akademik saya dan membangunkan diri saya secara menyeluruh.

Saya juga telah membuat keputusan untuk memilih MRSM sebagai pilihan utama saya kerana ia menawarkan pengalaman hidup yang berbeza daripada persekitaran saya sekarang. Saya percaya bahawa saya dapat memanfaatkan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran sosial dan kebolehan saya dalam pelbagai aspek kehidupan.
Saya telah berusaha sebaik mungkin dalam peperiksaan akademik saya dan memperoleh keputusan yang memuaskan. Selain itu, saya juga aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti kelab sains, kelab bahasa dan sukan. Saya percaya bahawa pengalaman dan kebolehan yang saya peroleh melalui aktiviti-aktiviti ini akan menjadi satu aset yang berharga bagi saya jika diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti MRSM.

Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi perhatian kepada surat rayuan permohonan saya. Saya berharap dapat menerima keputusan yang baik dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di MRSM. Sekiranya diberikan peluang ini, saya berjanji untuk berusaha sebaik mungkin dan memanfaatkan kesemua peluang yang diberikan dengan sepenuh hati.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
[Nama Penuh]

Soalan Lazim F.A.Q

Soalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022

Berikut merupakan Soalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2023.

Bilakah semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat?

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat mulai 7 hingga 15 Mac 2023.

Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran?

Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my

Bagaimana cara untuk membuat rayuan MRSM?

Rayuan MRSM hendaklah dibuat melalui sistem online sahaja. Refer: Rayuan Online MRSM

Bilakah tempoh rayuan MRSM boleh dibuat?

Tempoh Rayuan MRSM boleh dibuat dari 7 hingga 14 Mac 2023 sebelum jam 5 petang.

Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4?

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 21 April 2023.

Bilakah tarikh last pengesahan menerima atau menolak tawaran MRSM?

Pengesahan samaada menerima atau menolak tawaran hendaklah dibuat sebelum 13 Mac 2023.

Bolehkah kalau nak tukar penempatan MRSM?

Pertukaran penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan.

Kesimpulan

Tahniah pada yang berjaya kemasukan MRSM. Yang belum berjaya masih boleh buat rayuan lagi. Banyakkan berdoa. Moga dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH.

4 thoughts on “Contoh Surat Rayuan MRSM Serta Semakan Permohonan”

Leave a Comment