Reconcile Bank Statement atau nama lain dia ialah Penyata Penyesuaian Bank merupakan salah satu prosedur yang kena ada dalam perakaunan sebelum tutup sesuatu akaun.
Fungsi Bank Reconciliation
Fungsi reconcile ni adalah untuk memastikan rekod syarikat dan juga rekod bank adalah betul dan sebagai check dan balance mengapa wujudnya perbezaan sesuatu nilai dekat akaun bank dan juga akaun syarikat.
Bila ada penyata ni senang nak cari perbezaan nilai buku tunai (lejer yg syarikat rekod) dengan jumlah sebenar dalam akaun bank.
Kiranya bank reconciliation dibuat atas sebab nak pastikan cash dan payment (duit tunai di tangan dan cek) adalah direkodkan dengan tepat dalam akaun bank.
Contoh Bank Reconcile
Berikut merupakan contoh bank statement dan juga Reconcile Bank Statement bagi sesebuah syarikat
Contoh Bank Statement

Contoh Bank Reconciliation

Format Bank Reconciliation
Format bank reconciliation ni cukup mudah. Anda boleh tengok gambar dan download format tersebut

Download template di Template Bank Recociliation
Perbezaaan Nilai Akaun Bank dan Di Dalam Penyata Bank
Ini adalah antara beberapa sebab wujud perbezaan nilai antara akaun bank dan Reconciliation Bank Statement:
- Cek yg dikeluarkan syarikat belum didepositkan oleh penerima (outstanding checque)
- hibah, dividend dan revenue yang direkodkan bank masih belum direkodkan dalam akaun syarikat
- revenue yang diterima oleh syarikat masih belum direkodkan dalam bank
- expenses(perbelanjaan) yang direkodkan oleh bank tidak direkodkan dalam akaun syarikat
- cek tak layan atau tak laku sebab duit tak cukup dalam bank atau ada kesilapan pada cek
Itu sahaja. Maknanya baki penyata bank tidak sama dengan baki di lejer bank sebab ada beberapa transaksi belum lagi jelas. Ini tidak termasuk transaksi yang ada tertinggal untuk direkod.
Cara Membuat Reconcile Bank Statement
Lebih mudah jika anda mempunyai sistem perakaunan tetapi jika tiada anda boleh lakukan Reconcile Bank Statement dengan
- Rekod transaksi keluar dan masuk bank di dalam satu lejer. Anda boleh gunakan Excel untuk lebih mudah. Rekod secara bulan dan bulan.
- Di dalam penyata bank, bandingkan senarai cek yang dikeluarkan oleh syarikat dan deposit dengan cek yang tertera dalam penyata untuk mengenal pasti cek yang belum disahkan dan deposit dalam perjalanan.
- Dengan menggunakan baki tunai yang tertera dalam penyata bank, tambah balik sebarang deposit dalam perjalanan. Tolak cek yang masih belum disahkan. Ini akan memberikan baki tunai bank yang diselaraskan.
- Selepas itu, gunakan baki tunai akhir syarikat, tambah sebarang faedah yang diperoleh dan jumlah nota penerimaan.
- Kurangkan sebarang caj perkhidmatan bank, penalti, dan cek tanpa dana. Ini akan menghasilkan baki tunai syarikat yang diselaraskan.
- Selepas penjelasan, baki bank yang diselaraskan sepatutnya sepadan dengan baki tunai syarikat yang diselaraskan pada akhirnya.
Bank Reconciliation Menggunakan Sistem Niagawan
- Menu > Account / Reports.
- Klik Bank Reconciliation.
- Select Year > Month.
- Select Source : Cth CIMB Bank.
- Mula semak urusniaga Duit Masuk, dan select : Debit.
- Klik pada Butang ✔️ sekiranya rekod adalah sama tarikh seperti dalam Statement Bank.
- Sekiranya ada perbezaan, boleh klik pada Butang ▶️ untuk Edit, klik Butang Simpan dan once done klik Butang Back.
- Ulang step yang sama bagi semak transaksi Duit Keluar, dengan select : Kredit.
- Nilai Debit dan juga Kredit haruslah sama as Statement Bank. Untuk Ending / Closing Balance, boleh semak di Cash Book Statements > Accum.
Sekiranya syarikat tidak menggunakan sistem accounting dan payment yang dikeluarkan tidak menggunakan voucher boleh buat secara manual dengan format Bank Recon atau rekod ikut asas tunai iaitu apa yang ada dalam Bank Statement. Kalau syarikat tiada payment voucher, kena buat payment voucher.
Untuk menyemak samada bank reconcile yang kita buat adalah betul atau tidak, baki akhir di bank statement mesti sama dengan baki akhir penyata bank pada bulan tersebut. Jika tidak, kenalpasti rekod yang ada di penyata bank tetapi tiada di UBS atau redo bank reconciliation
Sekiranya bank reconcile ada terlebih sejumlah RM xxx.00 dari bank statement dimana semakan melalui cek, voucer, resit dah pun dibuat pastikan masukkan nilai ending balance Bank Statement yang betul. Kebanyakkan sebab adalah salah tengok nombor. RM10000 kita lihat sebagai RM1000 dan sebagainya.