Renew Passport Online

Renew Passport Secara Online

Kalau nak keluar negara, passport adalah amat penting untuk proses di imigresen nanti. Jadi sentiasa peka akan tarikh tamat tempoh passport. Sebab ada negara yang memerlukan passport untuk hidup selama 6 bulan sebelum tarikh tamat.

Sebab Renew Passport


Antara sebab kenapa perlu buat pasport atau renew passport ialah
buat passport online

1. Pasport hilang
2. Pasport dah tamat tempoh
3. Hendak keluar negara

Walk In Buat Pasport


Walk-in hanya diterima kalau korang termasuk dalam kategori ni:

  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Warganegara pergi haji (mesti bawa surat tawaran Tabung Haji)
  • Orang kurang upaya (mesti membawa kad pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Permohonan kali pertama
  • Kanak-kanak berumur bawah 13 tahun
  • Individu yang kehilangan pasport mereka (akan memerlukan laporan polis)
  • Orang yang mempunyai pasport yang rosak
  • Pelajar yang berumur di bawah 21 tahun dan belajar di luar negara (mesti membawa surat tawaran universiti/kolej luar negara atau dokumen yang serupa)
  • Bermula 11 Mei 2022, setiap orang adalah wajib buat passport secara online sahaja dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Urusan buat pasport atau renew passport online ini terpakai untuk semua penduduk seluruh Malaysia.

    Artikel kalini akan menjelaskan cara untuk renew passport Malaysia secara online.

    Cara Untuk Renew Passport Online

    1. Sila masukkan url atau klik https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport dan anda akan lihat interface seperti dalam gambar. Kemudian anda tekan “Setuju”

    renew pasport malaysia online

    2. Bila sudah tekan “Setuju” anda akan dibawa ke muka seterusnya. Sila tanda dan isikan detail mengikut maklumat di passport yang telah tamat tempoh tersebut.

    renew passport online malaysia

    3. Isikan juga Pejabat Pungutan yang terdekat untuk anda ambil passport tersebut dan tekan butang carian. Kemudian anda akan dibawa ke halaman seterusnya.

    4. Sila baca detail yang tertulis dengan cermat. Kemudian anda akan dibawa ke tempat untuk upload gambar pasport.

    5. Sila lihat jenis gambar yang boleh dan gambar yang tidak boleh untuk anda uploadkan. Jika tiada gambar pasport, sila ambil gambar terlebih dahulu.

    6. Selesai sahaja uploadkan gambar passport tersebut di ruang yang disediakan. Baca detail yang tertulis dan perbaiki mana yang hendak dibaiki.

    7. Tandakan pada bahagian ‘SAYA MENGAKU GAMBAR…’. Disinilah anda boleh tandakan semua sekiranya gambar sudah mengikut syarat yang ditetapkan seperti yang diberitahu pada awal tadi. Jika ada sebarang masalah mungkin disinilah gambar anda akan ditolak dan permohonan tidak boleh diteruskan. Klik ‘TERUSKAN’

    8. Anda boleh bayar sama ada menggunakan Perbankan Online (FPX) atau guna kad debit/kredit dengan harga RM200 untuk 5 tahun. Klik ‘TERUSKAN BAYARAN’ dan buat pembayaran sehingga selesai.

    buat pasport online

    9. Akhir sekali akan terpapar Pembayaran telah BERJAYA dan WAJIB print resit bayaran tersebut dengan klik pada ‘CETAK RESIT’. Ini kerana resit diperlukan ketika anda mengambil pasport tersebut di tempat yang telah anda tetapkan tadi.

    10. Bawa bersama dokumen seperti pasport lama, bukti pembayaran online serta kad pengenalan ketika mengambil passport yang telah dibuat secara online tadi di tempat ambil pasport yang telah anda masukkan tadi.

  • Nota: Pastikan hantar permohonan pasport secara online sebelum jam 3 petang. Ini kerana kebiasaan jika submit sebelum jam 3 petang, keesokan dah boleh ambil passport di pejabat imigresen yang telah anda pilih tadi.
  • Jangka Masa Siap Passport


    Jangka masa siap biasanya dalam masa 3 hari bekerja sahaja sudah boleh ambil pasport. Anda akan menerima email pengesahan untuk mengambil pasport tersebut. Tapi jika anda hantar sebelum jam 3 petang, biasanya keesokan dah boleh ambil.

    Untuk ambil passport yang dah siap, pastikan datang sendiri. Pastikan korang semak semula tarikh kutipan, masa dan lokasi. Datang awal untuk elakkan kejadian tidak diingini seperti kena balik kerana tempoh masa telah tamat dan sebagainya. Kalau datang lepas pukul 10 pagi, biasanya nombor giliran pun dah habis. Kena patah balik dan datang hari lain.

    Kami harapkan dengan artikel dari kami memudahkan anda memahami prosedur terbaru Jabatan Imigresen Malaysia mengenai bagaimana cara nak renew pasport Malaysia secara online dan buat pembaharuan passport selepas ini.

    Leave a Comment

    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.