15 Koleksi Resepi Ikan Patin Yang Sedap dan Mudah Dimasak

Pahang ni memang terkenal dengan resepi ikan patinnya. Lagi-lagi kalau patin masak tempoyak. Dengan kuahnya yang pekat, pedasnya yang membuat kita asik nak hirup kuah, rasa ikannya yang lembut tak terlalu keras.

Macam-macam sebenarnya. Apapun kalini min nak share pasal resepi ikan patin yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh

Bahan bahan

  • Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan patin
  • 1 senduk tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler
  • 1 inci kunyit hidup
  • Air
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak Patin Masak Tempoyak Temerloh

  • Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap
  • Korang nampak bahan-bahan tuh, pegi ambil blender, blender le dengan air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut taste memasing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
  • Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
  • Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam dan gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.
  • Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap. Memang ketagih hirup kuahnya.

Kalau pening jugak beli je pes patin tempoyak ni https://shope.ee/30MVLcV0dc

Resepi Ikan Patin Masak Pais

Resepi Ikan Patin Masak Pais

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan patin potong 2/3
  • 10-15 biji cili api merah
  • 1 cawan tempoyak
  • 1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit (dipotong halus)
    2 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun pisang dan aluminum foil

Cara Memasak Patin Masak Pais

  • Basuh ikan dan kelar rapat-rapat.
  • Kisar cili dan kunyit sehingga hancur.
  • Masukkan tempoyak,garam dan gula. Kisar sehingga sebati. – Garam dan gula secukupnya
  • Hiris halus serai dan daun kunyit.
  • Masukkan ke dalam tempoyak tadi. Gaul rata.
  • Letak ikan atas daun pisang di dalam dan aluminum foil diluarnya. Lumur dengan tempoyak tadi.
  • Balut ikan dengan kemas.
  • Bakar atau kukus ikan sehingga masak.

Resepi Ikan Patin Masak Asam Pedas

Resepi Ikan Patin Masak Asam Pedas

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan patin saiz sederhana
  • 1 bunga kantan – belah 4 (saya tak letak)
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 sb pes asam jawa adabi – guna air asam jawa
  • Garam dan serbuk perasa
  • Kacang bendi secukupnya

Bahan Kisar

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar – saiz sederhana
  • 1 inci halia
  • 1 senduk cili giling – saya guna 20 biji cili kering
  • 1 ibu jari belacan

Cara Memasak Patin Masak Asam Pedas

  • Kisar bawang bawang, halia dan belacan. Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili giling. Masak sehingga cili benar benar masak. Bila naik minyak, masukkan bunga kantan, jika guna bunga kantan.
  • Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak dengan api perlahan sehingga mendidih, baru dimasukkan ikan dan asam jawa.
  • Renih atas dapur dan masuk daun kesum, kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
Baca Juga  Surat Berhenti Kerja Serta Merta Notis

Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Resepi Ikan Patin Goreng Berlada

Resepi Ikan Patin Goreng Berlada

Bahan bahan

  • 2 ekor ikan patin potong kecil dan goreng garing
  • 5 ulas bawamg merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • segenggam cili api merahsedikit belacan*
  • air asam jawa
  • garam dan aji
  • 2 helai daun limau purut dihiris halus..

Cara Memasak Patin Masak Goreng Berlada

  • Tumbuk semua bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
    masukkan air asam jawa.. garam dan aji secukup rasa.
  • masukkan pula daun limau purut. tutup api.
  • masukkan ikan.. gaul rata dengan sambal.
  • sedia untuk dihidang

Resepi Ikan Patin Goreng Kunyit

Resepi Ikan Patin Goreng Kunyit

Bahan bahan

  • Ikan patin
  • Garam
  • Kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak Patin Masak Goreng Kunyit

  • Ikan patin sepotong digaul bersama garam dan serbuk kunyit.
  • Goreng dalam minyak yang tenggelam sehingga garing dan kekuningan.
  • sedia untuk dihidang

Resepi Ikan Patin Masak Kari

Resepi Ikan Patin Masak Kari

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
  • 250ml susu rendah lemak
  • 150gm yogurt
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
    1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 biji terung bulat | belah empat
  • 2 biji cili hijau | belah dua
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya.

Bahan Hiris

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia muda

Cara Memasak Patin Masak Kari

  • Bersihkan ikan patin dan toskan.
  • Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
  • Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
  • Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
  • Kacau rata hingga pecah minyak.
  • Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
  • Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
  • Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
  • Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  • sedia untuk dihidang

Resepi Ikan Patin Masak Asam Pedas Kelantan

Resepi Ikan Patin Masak Asam Pedas Kelantan

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Cili kering(2 3 biji je)

Cara Memasak Patin Masak Asam Pedas Kelantan

  • Blend semua bahan di atas.
  • Kemudian masukkan dalam periuk dan tambah sedikit air…kalau pekat sgt tambah air lagi
  • Biarkan hingga mendidih
  • Masukkan garam,gula secukup rasa dan asam keping (untuk rasa masam-masam sikit)
  • Masukkan daun kesum
  • Last masukkan ikan,..ikan jangan terlalu lama nanti akan hancur isi nyaa.
  • Sedia untuk dihidang

Resipi Ikan Patin Bakar Pes Thai Tom Yum Segera

Resepi Ikan Patin Bakar Pes Thai Tom Yum Segera

Bahan bahan

  • Mesti ada Pes Thai Tom yum Segera
  • Ikan Patin 3-4 Potong
  • Ikan di perap dengan Pes Thai Tom Yum Segera
  • Kemudian dipanggang/bakar.

Untuk Sambal Pes Thai Tom Yum Meletop. (Pedas)

  • Sambal belacang
  • Satu sudu Pes Thai Tom Yum.
  • Ditumiskan… Tambah gula secukup rasa.
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia muda
Baca Juga  Tempat Menarik di Melaka

Sos Pes Thai Tom Yum

  • Cili merah (simpan sedikit untuk hiasan)
  • Tomato
  • Daun ketumbar atau Daun sup (untuk hiasan)
  • Daun salad jika perlu (untuk hiasan)
  • Tumis bahan-bahan ini Dan Masukkan Pes Tom Yum Segera serta sedikit air.
  • Hidangkan Ikan yang telah di panggan.
  • Hiaskan dgn daun ketumbar cili merah.

Cara mudah membuah hanyir ikan patin, rendamkannya dengan air asam jawa atau air perahan limau nipis lebih kurang 10 minit kemudian bilas dengan air bersih dan toskannya.

Resipi Ikan Patin Masak Cuka

Resepi Ikan Patin Masak Cuka

Bahan bahan

  • Ikan patin (sy guna frozen sbb sini susah nak cari fresh)
  • *bawang putih (just kupas kulit)
  • *cili padi
  • *Bawang besar di hiris
  • *halia dihiris halus
  • cuka 4 sudu besar
  • garam
  • biji sawi
  • Air 500ml

Cara Memasak Patin Masak Cuka

  • Ikan patin goreng garing (salut garam dan kunyit)
  • tumis semua bahan bertanda *
  • Masukkan biji sawi setelah bahan tumis layu
  • Masukkan 500ml air (lebih kurang)
  • dah mendidih masukkan cuka.
  • Perasakan dgn garam..
  • masak sampai kuah agak pekat.

Resepi Ikan Patin Bakar

Resepi Ikan Patin Bakar

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan patin sederhana dipotong
  • 1 paket perencah ikan bakar Adabi
  • 2 sudu besar pes sambal serbaguna(ibu sambal)
  • 1 batang serai dihiris serong
  • 1 helai daun kunyit dihiris
  • 3 helai daun limau purut dibuang urat daun
  • Garam dan ajinomoto (perasa)

Cara Memasak Patin Bakar

  • Campur semua bahan, perapkan ikan selama 30minit. Bungkus ikan dan perapan dengan aluminium foil.
  • Bakar pada suhu 200°C selama 30minit.

Untuk sambal sekiranya tak buat ibu sambal, boleh gantikan dengan pes sambal tumis Maggi atau sekiranya tiada, boleh juga kisarkan bawang putih, bawang merah, halia dan sedikit gula melaka. Perahkan sebiji limau kasturi.

Resepi Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi

Resepi Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan patin dipotong
  • 1 kotak santan segera
  • 3 batang serai – diketuk
  • 2 helai daun kunyit – dimayang halus/diikat
  • 3 helai daun limau purut
  • gula dan garam secukupnya
  • Air bila perlu

Bahan Hiris

  • 30 biji cili padi kampung
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup.

Cara Memasak Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi

  • Panaskan periuk kemudian masukkan bahan kisar halus bersama dengan serai dan daun kunyit, daun limau purut dan bila sudah harum masukan masukan ikan patin dan gaul hingga rata.
  • Masukkan santan pekat kemudian kacau rata dan persakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  • Akhir sekali, biarkan mendidih di api kecil dan apabila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Resepi Patin Tempoyak Padu

Resepi Patin Tempoyak Padu

Bahan bahan

  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 biji cili merah
  • 7 biji cili api
  • 900ml air
  • 5 – 6 sudu makan tempoyak
  • 2 keping asam keping
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu teh gula
  • 1 ekor ikan patin
  • 1 ikat daun kesum
Baca Juga  Kelebihan Allano Lotion Amway Untuk Kulit, Tangan, dan Badan

* Tips nak kuah licin dan tak berketul : Kacau tempoyak dengan air sampai sebati sebelum masak atas dapur

* Tips untuk dapatkan kuah yang pekat : Lebihkan tempoyak atau kurangkan air dan masak sampai pekat sebelum masukkan ikan

Resepi Pais Patin Pahang

Resepi Pais Patin Pahang

Bahan bahan

  • Patin cuci bersih
  • Cilipadi
  • Kunyit
  • Tempoyak
  • Daun kunyit
  • Daun pisang
  • Aluminium foil

Cara Memasak Pais Patin Pahang

  • Dalam lesung, tumbuk cilipadi sekali dengan kunyit, gula dan garam.
  • Bila dah tumbuk sebati, masuk tempoyak dan daun kunyit yang dihiris halus gaul sekali dalam lesung
  • Kemudian letak daun pisang yang dah dilayur atas aluminium foil. Ratakan tempoyak td atas daun pisang ikut banyak mana nak. Lepastu letak ikan patin dan lapiskan sekali lagi dengn tempoyak. Senang cerita pastikan ikan tu bersalut dgn tempoyak
  • Next, lipat aluminium foil kemas kemas dan bakar dalam magic pan.
  • Api sederhana, balik balik kan ikan jika perlu. Renjiskan air dalam magic pan untuk isi ikan yang juicy.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Kesum

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Kesum

Bahan bahan

  • Ikan patin 1ekor angaran sekilo
  • Cili besar 6/7 biji
  • Cili api ikut nak pedas mana
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Timun tua
  • Kunyit hidup

Cara Memasak Pais Patin Masak Tempoyak Daun Kesum

  • Blander cili besar cili api n kunyit hidup
  • Masuk kan dalm periuk bahan2 blender buka api perlahan
  • Masuk kan tempoyak (nak sedap tempoyak baru)
  • asam keping 2 keping didih kan
  • letak timun tua daun kesum n bunga kantan
  • last sekali letak ikan patin biar mendidih perlahan2
  • Jangan terlalu kacau isi ikan patin lembut mudah hancur
  • agak2 masak tutup api..tabur garam
  • rasa masam masin n manis bagi balance
  • nak sedap bagi pedas skit. selamat mencuba

Resipi Ikan Patin Masak Sambal Cili Api

Resipi Ikan Patin Masak Sambal Cili Api

Bahan bahan

  • Ikan patin- anggaran 600gm (SEMUA JENIS IKAN SESUAI untuk MASAKAN NI, AYAM PUN BOLEH)
  • **Bawang kecik-5ulas
  • **Bawang putih-2ulas
  • **Cili padi/kecik-15bijik(nak pedassss lagi, sila tambah ikot tahap masing2)
  • Bawang besar(dihiris)
  • Asam keping
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kunyit(utk goreng ikan)

Cara Memasak Pais Patin Masak Tempoyak Daun Kesum

  • Gaul ikan guna garam, kunyit pastu goreng. Dah siap goreng ikan ketepikan dan jangan buang minyak. Kita tumis pakai minyak goreng ikan tu aje nantii.
  • Tumbuk bahan yang bertanda ** tapi jangan sampai lumat sangat. Sedang2 sedap untuk digigittt, terasa bawang2 dia nanti(WAJIB TUMBUKKKK GUNA LESUNG BATU)
  • Tumis bahan2 no 2 tuu tadii dalam minyak goreng ikan. Sampaiiiii bawang2 semua tuu kekuningan atau layuu. Masukkan asam keping, bawang besar yang dah dihiris . Perasakan dgn garam dan bahan perasa.
  • Tadaaaa. Dah siapppp. Menu paling mudah di alam semesta

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!