Cara Ukur Saiz Kaki Untuk Membeli Kasut Online

Tersalah beli kasut sebab salah ukur saiz kaki? Mesti peningkan kalau beli saiz kasut dekat online. Sampai rumah je salah saiz. Dah membazir. Anak nak sukan. Kedai di kawasan rumah tiada saiz kasut dah untuk dia. Kena beli online. Beli-beli, salah saiz. Dah anak tak dapat kasut untuk sukan.

Kalau ke kedai tiada masalah untuk saiz kasut. Lagi-lagi zaiz kasut lelaki. Sebab kita boleh test terus. Masalah dia bila beli online. Ramai orang tidak faham bagaimana untuk mengukur kasut dan menentukan kasut mana yang harus sesuai untuk diri mereka sendiri.

Kalini nak share cara paling tepat untuk mengukur saiz kaki supaya dapat membeli kasut dengan saiz yang betul bagi keselesaan kaki anda dan elakkan dari kaki melecet. Yang penting agar mudah bagi kita untuk membeli kasut secara online tidak kira shoppee, lazada atau mana-mana tempat untuk beli kasut secara online.

Jenis Saiz Kasut

Saiz kasut yang diketahui ada 5 jenis. Antaranya ialah

  • Saiz US
  • Saiz Kasut UK
  • Saiz Euro
  • Saiz Inchi
  • Saiz Centimeter

Jadi sebelum membeli kasut tu sila pastikan kasut saiz tersebut samada dalam UK, US, Euro, Inchi atau sentimeter untuk mengelakkan kesilapan saiz kaki.

Cara Ukur Saiz Kaki & Menentukan Saiz Kasut Yang Sesuai

Anda memerlukan 3 benda iaitu

  • Kertas A4
  • Pensel
  • Pita Pengukur atau Pembaris

Berikut merupakan cara ukur saiz kasut yang betul

Cara Ukur Saiz Kaki Untuk Membeli Kasut Online
  • Ambil kertas A4 tadi
  • Letakkan kaki anda pada kertas A4 tersebut
  • Tandakan menggunakan pensel dari hujung tumit ke hujung kaki pada kertas itu
  • Kemudian ukur menggunakan pita pengukur atau pembaris
  • Seterusnya padankan ukuran tersebut pada jadual saiz kasut di bawah

Saiz Kasut Untuk Lelaki

Berikut merupakan saiz kasut bagi lelaki. Ada beza sikit dengan perempuan sebab kaki lelaki ni jenis kembang. Terdapat perbezaan saiz antara UK, US, Inches dan Sentimeter ye.

Boleh belajar penukaran dari kaki ke meter atau kaki ke cm dan sebagainya.

US SizesUK SizesInchesCentimeter
65.59.25″23.5
6.569.5″24.1
76.59.625″24.4
7.579.75″24.8
87.59.9375″25.4
8.5810.125″25.7
98.510.25″26
9.5910.4375″26.7
109.510.5625″27
10.51010.75″27.3
1110.510.9375″27.9
11.51111.125″28.3
1211.511.25″28.6
1312.511.5625″29.4
1413.511.875″30.2
1514.512.1875″31
1615.512.5″31.8

Saiz Kasut Untuk Perempuan

Ini pula saiz kasut bagi perempuan. Kaki diorang kebanyakan runcing jadi saiz lebih kecil dari lelaki. Sama macam saiz lelaki tadi. kasutnya berbeza antara UK, US, Inchi atau seintimeter.

US SizesUK SizesInchesCentimeter
428.1875″20.8
4.52.58.375″21.3
538.5″21.6
5.53.58.75″22.2
648.875″22.5
6.54.59.0625″23
759.25″23.5
7.55.59.375″23.8
869.5″24.1
8.56.59.6875″24.6
979.875″25.1
9.57.510″25.4
10810.1875″25.9
10.58.510.3125″26.2
11910.5″26.7
11.59.510.6875″27.1
121010.875″27.6

Saiz Kasut Untuk Kanak-kanak (7-12 tahun)

Ni untuk saiz kasut anak bagi umur 7 hingga 12 tahun. Standard saiz je bagi lelaki mahupun perempuan

US SizesUK SizesInchesCentimeter
3.52.58.625″21.9
438.75″22.2
4.53.59″22.9
549.125″23.2
5.54.59.25″23.5
659.5″24.1
6.55.59.625″24.4
769.75″24.8

Saiz Kasut Untuk Kanak-kanak (4-7 tahun)

Ni pula saiz kasut anak bagi umur 4 hingga 7 tahun. Saiz Kasut standard je bagi lelaki mahupun perempuan

US SizesUK SizesInchesCentimeter
10.5276.625″16.8
11286.75″17.1
11.5297″17.8
12307.125″18.1
12.5307.25″18.4
13317.5″19.1
13.5317.625″19.4
1327.75″19.7
1.5338″20.3
2338.125″20.6
2.5348.25″21
3348.5″21.6

Tips Mengukur Saiz Kaki Untuk Kasut

saiz kasut

Sumber: Airfrov

Masa terbaik untuk mengukur saiz kaki adalah pada waktu petang. Ini kerana saiz kaki mencapai saiz yang paling baik dan tepat pada waktu petang. Ukur saiz kaki ketika petang dianggap paling sesuai untuk menentukan saiz kasut sebenar.

Tips Membeli Kasut Online Sesuai Dengan Saiz

Pastikan anda membaca review terlebih dahulu sebelum membeli kasut dekat online. Ini kerana dari review itu anda akan tahu lebih detail lagi mengenai kasut tersebut. Sebab akan ada yang bercerita tentang saiz kaki diorang untuk padankan dengan kasut saiz yang mana.

Tidak kialah samada nak cari zais kasut lelaki atau saiz kasut perempuan. Kena baca review bagi puas hati. Supaya tidak tersalah pilih. Dari review korang akan tahu dia punya material sedap ke tak. Jadi sila pastikan kasut tersbeut saiz dia samada kena lebihkan atau tak. Paling penting keselesaan..

Kalau nak tahu tukaran kaki ke meter boleh baca: 1 Kaki Berapa Meter Dan 1 Meter Berapa Kaki

Leave a Comment