Dah mohon dan nak semak bantuan zakat Sabah secara online?Terdapat 3 bantuan yang disediakan oleh Zakat Sabah secara online iaitu sosio dan ekonomi, pendidikan dan mualaf. Mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh memohon secara online di Apps Zakat Sabah Online di pautan https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.
Semak Bantuan Zakat Sabah
Untuk menyemak status permohonan anda diminta ke pautan Zakat Sabah dan login menggunakan kad pengenalan. Selepas login anda boleh semak status Zakat Sabah anda yang telah dimohon.
Seandainya permohonan diterima, anda dikehendaki mencetak borang permohonan untuk dihantar ke Bahagian Zakat dan Fitrah di mana-mana Pusat Zakat Sabah.
Pemohon hanya perlu memasukkan no. kad pengenalan untuk melihat dan semak status permohonan yang telah dipohon di Apps Zakat Sabah Online.
Zakat Sabah
Selain dari mereka yang layak meminta bantuan di Zakat Sabah, mereka yang ingin membayar zakat atau zakat fitrah secara online juga boleh dibuat di pautan Zakat Sabah.
Bantuan Sosio dan Ekonomi
Terdapat empat jenis bantuan utama di dalam skim ini iaitu Bantuan Am, Bantuan Perubatan, Bantuan Bencana Alam, dan Bantuan Pengurusan Jenazah.
Syarat-Syarat Umum Pemohon Bantuan Sosio dan Ekonomi
- Pemohon adalah penduduk asal Negeri SABAH.
- Pemohon bantuan Zakat Sabah mestilah Warganegara Malaysia/ Permastautin tetap.
- Tak mendapat sebarang bantuan ataupun mendapat bantuan tetapi tak mencukupi
- Tidak mempunyai pendapatan tetap atau pendapatan tidak mencukupi
- Bantuan perubatan peralatan pula pemohon mesti bawah 65 tahun dan tidak mempunyai sakit kronik
Bantuan Pendidikan Zakat Sabah
Terdapat dua jenis bantuan utama di dalam skim Bantuan Pendidikan bagi Zakat Sabah ini iaitu Bantuan Yuran dan Tiket dan Bantuan Dermasiswa yang boleh dimohon secara online di Apps Zakat Sabah.
Syarat-Syarat Umum Pemohon
Berikut merupakan antara syarat-syarat umum pemohon Bantuan Zakat Sabah bagi Bantuan Pendidikan
- Had umur pemohon minimum 18 tahun ke atas dan maksimum 28 tahun ke atas
- Pemohon adalah penduduk asal Negeri SABAH.
- Pemohon bantuan Zakat Sabah mestilah Warganegara Malaysia/ Permastautin tetap.
- Tak mendapat sebarang bantuan ataupun mendapat bantuan tetapi tak mencukupi
- Pemohonan hanya boleh sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian
Antara bantuan yang diberikan oleh Zakat Sabah kepada pemohon bagi bantuan pendidikan ialah Bantuan Yuran & Tiket Penerbangan serta Bantuan Dermasiswa.
Bantuan Yuran
Mereka yang mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institusi Perguruan, Kolej Matrikulasi, Asasi, Kolej Komuniti dan ILKA digalakkan memohon bantuan yuran pendaftaran dari Zakat Sabah ini.
Permohonan bantuan pendidikan dari Zakat Sabah adalah secara online sahaja. Keutamaan diberikan kepada golongan fakir miskin dan muallaf. Pemohon mestilah tidak melebihi 6 bulan dari tempoh pendaftaran semester pertama
Bantuan Tiket Penerbangan
Bantuan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Mohon Tiket dan Tuntutan Tiket. Bantuan Mohon Tiket adalah bantuan untuk pembelian tiket manakala Bantuan Tuntutan Tiket adalah bantuan untuk pengguna menuntut pembelian tiket yang telah didahulukan oleh pengguna. Pengguna perlu melengkapkan borang permohonan dalam aplikasi Zakat Sabah Online.
Bantuan Dermasiswa
Bantuan Dermasiswa dari Zakat Sabah ini terbahagi kepada tiga jenis bantuan antaranya ialah Borang Dermasiswa, Dermasiswa Lanjutan dan Dermasiswa Tiket Tamat Pengajian.
Borang Dermasiswa | Bagi Siswa Siswi yang mendapat tawaran ke Universiti yang diiktiraf |
Dermasiswa Lanjutan | Bagi Siswa Siswi yang melanjutkan pelajaran ke Universiti yang diiktiraf |
Dermasiswa Tiket Tamat Pengajian | Bagi Siswa Siswi yang telah tamat pengajian di Universiti yang diiktiraf |
Bantuan Mualaf
Terdapat satu jenis bantuan utama di dalam skim ini iaitu Bantuan Am Mualaf.
Syarat-Syarat Umum Pemohon
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan telah memeluk Islam dari tahun 2000
Senarai Pusat Zakat Sabah
Berikut merupakan senarai Pusat Zakat Sabah serta cawangan dia di seluruh Negeri Sabah
Cawangan Pusat Zakat Sabah | Alamat Cawangan Pusat Zakat Sabah | No Telefon Cawangan Pusat Zakat Sabah |
---|---|---|
Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) | Tingkat 1, Blok A & B, Wisma MUIS Peti Surat 11666, 88818 Kota Kinabalu Sabah | Talian: 088-279206 / 279203 Faks: 088-260246 |
BAHAGIAN ZAKAT & FITRAH (MUIS) CAWANGAN SANDAKAN | Tingkat 1, Bangunan Urusetia Negeri Batu 7, Jalan Labuk Sandakan | No. Telefon : 089 675 067 No. Faks : 089 660 149 |
BAHAGIAN ZAKAT & FITRAH (MUIS) CAWANGAN TAWAU | Tingkat 1, Blok C, Lot 10 Taipan Commercial Centre, Jalan Kuhara Tawau | No. Telefon : 089 777 027 No. Faks : 089 776 028 |
BAHAGIAN ZAKAT & FITRAH (MUIS) CAWANGAN BEAUFORT | Tingkat 1, Blok C, Lot 20 New Beaufort Jaya Beaufort | No. Telefon : 087 222 110 / 087 214 377 No. Faks : 087 214 378 |
BAHAGIAN ZAKAT & FITRAH (MUIS) CAWANGAN KOTA MARUDU | Tingkat Bawah, Blok A3, Lot 1, Bandau Commercial Centre, Jalan Kota Marudu-Pitas Kota Marudu | No. Telefon : 088 663 277 No Faks : 088 663 276 |
BAHAGIAN ZAKAT & FITRAH (MUIS) CAWANGAN KENINGAU | Tingkat Bawah, Blok 1, Lot 1, Kota Plaza 1, Jalan Masjid Keningau | No. Telefon : 087 339 791 No. Faks : 087 339 792 |
BAHAGIAN ZAKAT & FITRAH (MUIS) CAWANGAN LAHAD DATU | Lot 6, Circular Block A, Level 1, Harbour Town Lahad Datu | No. Telefon : 089 863 511 No. Faks : 089 863 510 |
Soalan dan Jawapan
Kenapa bila saya semak bantuan Zakat Sabah di Zakat Sabah Online status masih telah dihantar?
Bantuan hanya akan diproses jika dokumen sokongan lengkap dihantar. Baca semula arahan dalam portal permohonan
Saya terlupa password untuk login di Zakat Sabah. Apa saya kena buat?
Sila klik bahagian “Lupa kata laluan? Klik di sini”
Sekiranya ada masalah mengenai permohonan bantuan Zakat Sabah, Apa saya kena buat?
Anda boleh hubungi di talian mana-mana cawangan atau terus ke cawangan Zakat Sabah
Bagi penduduk Selangor yang ingin memohon atau semak bantuan Zakat Selangor boleh ke: Zakat Selangor
Bagi penduduk Kedah yang ingin memohon atau semak bantuan Zakat Kedah boleh ke: Zakat Kedah
Assalamualaikum..sy terlupa no hp yg brdftr..bagaimana ya