Step by Step Cara Semak Bil TNB Online Melalui myTNB App

Bil TNB Online. Semak bil TNB anda secara online tanpa perlu lagi menunggu pembaca meter membuat bacaan dan menghantar bil menggunakan aplikasi myTNB.

Aplikasi MyTNB

cara guna mytnb app

TNB telah memudahkan para pengguna di seluruh Malaysia untuk menyemak akaun ataupun membuat pembayaran dengan bantuan aplikasi myTNBnya sendiri.

Dengan aplikasi myTNB ini, ia memudahkan anda untuk melihat rekod bil tnb samada anda tuan rumah ataupun anda hanya penyewa.

Caranya cukup mudah. Kami akan tunjukkan Step by Step Cara Semak Bil TNB Online Melalui myTNB App.

Cara Semak Bil TNB Online

Ada 2 cara untuk semak dan bayar bil tnb anda iaitu menggunakan apps myTNB ataupun jompay. Admin akan jelaskan kedua-dua cara tersebut.

Bayar Menggunakan Apps myTNB

Download Aplikasi MyTNB
Anda boleh semak bil tnb anda di apps myTNB. Anda kena pastikan anda sudah download aplikasi myTNB terlebih dahulu. Anda boleh download aplikasy mytnb tersebut di playstore ataupun apple store

Daftar Sebagai Pengguna
daftar akaun mytnb app

  • Sila tekan “DAFTAR” atau “REGISTER”
  • Isi maklumat anda seperti nama, no ic, alamat, no telefon
  • Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk pengesahan. Sila pastikan no telefon yang anda masukkan tadi adalah no yang sah
  • Jika anda sudah ada akaun my TNB, maka teruskan login seperti biasa
  • Sekarang anda sudah boleh mula semak bil tnb online
  • Tambah Bil TNB
    tambah akaun tnb online

  • Untuk menambah bil sila klik icon tambah di bahagian atas belah kanan
  • Adakah akaun elektrik ini didaffarkan menggunakan nombor KP anda? Pilih TIDAK/NO
  • Adakah anda berhak untuk tengok kesemua maklumat akaun ini? Pilih TIDAK/NO
  • Isi maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun TNB, nama gelaran akaun dan sebagainya
  • Klik tambah akaun
  • Papar Maklumat Akaun dan Bil TNB

  • Sila pilih akaun mana untuk anda lihat maklumat akaun TNB anda
  • Di sini anda akan dapat lihat detail akaun samada tunggakan atau jumlah penggunaan
  • Kemudian anda boleh pilih samada nak lihat details atau nak buat pembayaran melalui myTNB apps
  • Pembayaran Bil TNB Online di myTNB App
    bayar Bil TNB Online di myTNB

  • Untuk membuat pembayaran di myTNB aplikasi, anda klik sahaja “PAY” atau “BAYAR”
  • Kemudian sila isi berapa jumlah amaun anda nak bayar di myTNB anda
  • Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit / debit atau boleh juga dibayar menggunakan online banking (FPX)
  • If anda malas nak bayar secara online, anda boleh buat bayaran melalui Bayar Bil Elektrik Melalui Shopee

    Bayar Bil Elektrik Menggunakan jompay

    1. Cara untuk bayar bill tnb menggunakan jompay ni cukup senang. Anda login dahulu akaun bank anda. Admin tunjuk contoh di jompay Maybank2u ye.
    bayar tnb guna jompay

    2. Kemudian anda klik account n banking. Pilih bill payment
    jompay tnb payment

    3. Kemudian anda pilih jompay
    bayar tnb guna jompay

    4. Kemudian anda pilih make a one off payment
    jompay electric payment

    5. Kemudian anda masukkan detail akaun tnb anda. Untuk TNB, biller code dia ialah 5454
    biller code tnb

    6. Siap pun pembayaran bil elektrik melalui jompay. Mudahkan

    Memohon Penutupan Akaun TNB

    Tutup Manual

    download borang tutup akaun tnb
    Bagi memohon penutupan akaun elektrik, tuan/puan bolehla mengisi borang yang boleh di download di

    Klik Sini Untuk Download Borang

    Kemudian sila pastikan bahawa semua ruang telah dipenuhi dan satu salinan MyKad/Pasport disertakan bersama. Anda juga dikehendaki hadir di lokasi sewaktu bekalan elektrik dipotong sekiranya meter terletak di dalam kawasan rumah/premis anda.

    Sila hantar borang yang telah dilengkapkan secara serahan tangan atau pos berdaftar ke pejabat TNB (yang paling hampir dengan premis akaun yang ingin ditutup), bersama-sama salinan kad pengenalan.

    Tutup Online

    Atau anda boleh buat penutupan akaun secara online di portal TNB. Sila refer
    tutup akaun tnb online

    Cara Terminate TNB Online

    Contact myTNB

    Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bill tnb atau apa-apa aduan, sila rujuk kepada maklumat berikut:
    1.Telefon/ e-mel
    TNB Careline @ 1-300-88-5454
    e-mel : tnbcareline@tnb.com.my
    2. Laman Sosial Facebook Rasmi TNB Careline
    3. Portal Rasmi (Laman Web)
    Portal MyTNB https://www.mytnb.com.my/

    Bagi yang nak bayar bil unifi mobile bolehla baca Cara Bayar Bil Unifi Mobile Online

    Leave a Comment