Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum 2022

Parlimen Bubar

parlimen bubur

Pada hari Isnin 10 Oktober 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Sebelum Parlimen dibubarkan, Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan telah menyampaikan Intipati Penting Belanjawan 2023 pada 8 Oktober 2022.

Jadi admin akan ajar anda semua bagaimana untuk semak daftar mengundi, tempat mengundi, undi dekat mana, dan cara-cara daftar mengundi bagi pemohon baru.

PRU15

Susulan pengumuman itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan

Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.

Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan layak mengundi, pergilah mengundi. Masa depan negara di tangan anda. Buat pilihan yang tepat. Sebelum tu, sila semak dulu dekat mana anda mengundi di portal SPR.

Anda boleh download Perlembagaan Persekutuan di sini: Download Perlembagaan Persekutuan

Semakan Daftar Pemilih

Semakan Daftar Pemilih di Portal SPR kini cukup mudah. Ada 2 cara untuk semak. melalui website atau melalui aplikasi semakan daftar pemilih.

Semakan Daftar Pemilih di Portal mySPR

Semakan Daftar Pemilih di Portal mySPR

1. Layari portal https://mysprsemak.spr.gov.my
2. Tekan pilihan Semakan Daftar Pemilih
Semakan Daftar Pemilih di Portal SPR

3. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda

Semakan Daftar Pemilih di Aplikasi mySPR

Semakan Daftar Pemilih di Aplikasi mySPR

1. Muat turun aplikasi MySPR Semak
2. Tekan pada pilihan Semakan Daftar Pemilih
3. Isikan Nombor Kad Pengenalan
4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda

Undi POS Dalam dan Luar Negara

Undi Pos telah dibuka pada tarikh parlimen dibubarkan. Tarikh tutup permohonan undi pos akan dimaklumkan selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya.

Cara-cara Mengundi Pos

Anda boleh download Cara Mengundi Pos di sini: Download Panduan Mengundi POS

Kaedah Permohonan

Borang 1A Untuk Pengundi POS

Bagi Petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media anda boleh muat turun borang 1A di pautan di bawah

Download Borang 1A Untuk Pengundi POS

atau muat turun secara terus di https://www.spr.gov.my

Kemudian hantarkan borang 1A yang telah di isi ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya. sila rujuk alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus di Portal rasmi SPR.

Bagi warganegara Malaysia di luar negara dan agensi/organisasi, anda boleh kemukakan secara dalam talian melalui https://myspr.spr.gov.my/login

Kaedah Permohonan undi pos

Sekiranya anda masih belum ada akaun, sila klik pada PERMOHONAN AKAUN BAHARU

Permohonan Akaun Baru

PERMOHONAN AKAUN BAHARU semakan daftar mengundi

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018 dalam waktu pejabat

atau

mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (Rujuk senarai pejabat SPR Negeri di SINI)

atau

melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

MASA DEPAN NEGARA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Leave a Comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.