Semakan Haji dan Permohonan Rayuan Haji 2023 Melalui Aplikasi THIJARI

Tawaran Haji

rayuan tawaran haji bakal haji
TH telah mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023. Sehubungan itu, pendeposit Tabung Haji yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

Tarikh Semakan Tawaran Haji 2023

semak tawaran haji

Bakal Haji boleh menyemak tawaran haji melalui THiJARI pada hari Rabu, 22 Mac 2023 jam 12.00 tengah hari. Bagi yang tidak dapat dan ingin membuat rayuan, bolehla teruskan membaca. Diingatkan juga bahwa pendeposit tidak boleh membuat rayuan melalui cawangan Tabung Haji. Rayuan hanya melalui aplikasi THiJARI.

Bakal haji yang terpilih menunaikan haji, akan diberitahu melalui
Semakan Tawaran Haji 2023

1. SMS
2. Emel
3. Pos
4. Panggilan Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Bakal haji juga boleh menyemak dan menjawab tawaran melalui website THiJARI.

Proses Rayuan Haji

Rayuan Haji melalui online akan dibuka pada Isnin, 27 Mac 2023. Berikut merupakan proses rayuan haji melalui aplikasi Thijari

1. Mohon rayuan
2. Pilih kategori rayuan
3. Semakan rayuan
4. Status rayuan

Cara Permohonan Rayuan Haji Online

Thijari Tabung Haji

  • Login ke aplikasi THiJARI atau layari pautan berikut: www.thijari.com.my
  • Perayu mestilah mendaftar akaun bersama Tabung Haji terlebih dahulu
  • Kalau belum, sila daftar terlebih dahulu di Cara Daftar THiJARI
  • Kemudian, pilih menu Perkhidmatan Haji
  • Pilih menu Rayuan Haji
  • Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan > Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan
  • Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan
  • Seterusnya, baca dan pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istita’ah
  • Klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan rayuan
  • Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan
  • Sila pastikan pemohon klik Muat Turun
  • Surat maklum balas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan
  • Salinan surat maklum balas permohonan rayuan akan dihantar ke email pemohon

Contoh Alasan Rayuan

Terdapat beberapa pilihan kategori dan Contoh Alasan Rayuan di Thijari iaitu:

  • Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
  • Isteri untuk mengikut suami Terpilih
  • Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bakal haji Mualaf
  • Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
  • Bakal haji Daftar lama
  • Lain-lain Rayuan

Siapakah yang layak membuat rayuan

  • Semua pendeposit TH
  • Telah mendaftar haji
  • Telah mendaftar Aplikasi THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa (18 tahun ke atas) sahaja boleh mendaftar THiJARI)

Cara Daftar THiJARI

1. Layari laman web berikut: www.thijari.com.my atau muat turun aplikasi ini di telefon bimbit anda.
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
3. Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi.
4. Selesai.

Setelah mendaftar di aplikasi THiJARI, anda boleh semak langkah-langkah membuat permohonan rayuan haji 2023 seperti di bawah.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan RayuanHaji Online melalui Aplikasi THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my
SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Soalan Lazim & FAQ

1. Perlukah bakal haji yang telah membuat rayuan pada tahun lalu membuat semula rayuan haji mereka?

Jawapan: Ya. Rayuan perlu dibuat semula kerana rayuan hanya sah pada tahun semasa sahaja.

2. Bolehkah bakal Haji berumur lebih 65 tahun membuat rayuan?

Jawapan: Buat masa ini Kerajaan Arab Saudi menetapkan jemaah haji perlu berumur 64 tahun ke bawah pada tahun 2022. Rayuan akan dipertimbangkan sekiranya ketetapan umur ini disemak semula oleh Kerajaan Arab Saudi.

3. Bagaimanakah status bagi mahram yang mendaftar bersama Bakal Haji berumur lebih 65 tahun?

Jawapan: Hanya bakal haji wanita berumur 44 tahun dan ke bawah disyaratkan perlu mempunyai mahram. Bagi wanita yang memerlukan mahram, mahramnya perlu berumur 64 tahun dan ke bawah. Bagi bakal haji lelaki, tidak perlu mahram untuk tunai haji.

Leave a Comment