Semakan Keputusan Permohonan UPU Online Bagi lepasan SPM Sesi Akademik 2023/2024

Semakan Keputusan UPU Online

Mereka yang berkelayakan boleh menyemak keputusan permohonan UPU Online 2023 pada 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari hingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sesi Akademik 2023/2024 akan diumumkan pada 7 Julai 2023.

Semakan Status UPU Online

Keputusan permohonan UPUOnline boleh disemak mulai 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari hingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang.

Antara platform yang boleh dilayari bagi menyemak keputusan online UPU ialah:

Semakan Keputusan UPU Online

Secara atas talian melalui pautan

Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar

Pengesahan setuju samada untuk menerima atau menolak tawaran ke UPU bermula pada 8 Julai 2023 hingga 16 Julai 2023 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam 2 (ILKA).

Surat tawaran rasmi bagi mereka yang berjaya dan menerima kemasukan ke UPU akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 8 Julai 2023 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Rayuan UPU Online

Tempoh rayuan UPU akan dibuka selama 10 hari bermula 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang

Bagi pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di laman web

https://upu.mohe.gov.my

dalam tempoh 10 hari mulai 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang. Manakala rayuan pemohon untuk ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh terus melalui institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada institusi berkaitan.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA adalah tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaaan berkenaan UPU Online permohonan boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan
Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:
No tel : 03 – 8684 2363
Emel : upu@mohe.gov.my
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/

Leave a Comment