Wang Tidak Dituntut (WTD) ini merupakan sejumlah wang kepunyaan mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya, yang tidak dituntut oleh tuan punya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu, sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Apa itu Wang Tidak Dituntut (WTD)
Wang Tak Dituntut atau WTD juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.
Untuk memohon tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD), tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan yang dikemukakan.
Tiada had minima amaun yang boleh dituntut. Anda boleh menuntut semaksima yang ada yang boleh dituntut.
Tiada tempoh masa yang ditetapkan. Wang Tidak Dituntut (WTD) yang diserahkan kepada bahagian berkenaan boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut.
Cara Membuat Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online Dengan eGUMIS
SIla ikuti langkah dibawah untuk membuat Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online Dengan eGUMIS:
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.
Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod Wang Tidak Dituntut (WTD) dari tahun 2006 sehingga sekarang.
Pemohon Yang Boleh Memohon Wang Tidak Dituntut
Permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) hanya boleh dibuat oleh:
- Empunya/pemilik WTD sendiri
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka
- pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
- Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap
Sistem eGUMIS
Kemudahan semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara online telah disediakan oleh kerajaan melalui portal https://egumis.anm.gov.my/
Semakan WTD boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).
Cara Daftar Sistem eGUMIS
Sekiranya anda belum mendaftar eGUMIS, sila daftar terlebih dahulu eGUMIS sebelum boleh membuat Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online
Sila isi semua maklumat yang ditanda * untuk mendaftar sebagai pengguna eGUMIS. Rujuk Manual Pengguna eGUMIS di: Panduan Pengguna eGUMIS.
Sila pastikan alamat e-mel yang digunakan semasa pendaftaran sistem eGUMIS adalah sah bagi tujuan verifikasi.
Sila ambil perhatian bahawa Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.
Download Manual Semakan eGUMIS
Layari Manual Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online Dengan eGUMIS di sini: Manual Semakan eGUMIS