Senarai Penuh Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan 2022
Perdana Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan 2022
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ia selepas Seri Paduka Baginda mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (19 November) lalu.
“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
“Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin melalui satu kenyataan.
Berikut dikongsikan senarai Menteri dan Timbalan Menteri di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia ke-10. Buat sementara ini hanya menteri sahaja yang ada manakala senarai nama timbalan menteri masih belum ada.
Apapun kami akan update setelah senarai penuh menteri dan timbalan perdana menteri sudah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri kabinet mengikut pecahan parti: 8 daripada PKR, 6 daripada UMNO, 4 daripada DAP, 3 daripada PBB (Sarawak), 2 daripada Amanah, 1 masing-masing daripada UPKO, PDP, PRS dan GRS, manakala seorang tidak berparti (Menteri Hal Ehwal Agama).
Senarai Penuh Menteri Kabinet
Senarai Penuh Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan 2022
Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Perladangan Dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Sains Dan Teknologi: Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:Datuk Seri Nancy Binti Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri Undangundang Dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara: Ago Anak Dagang
Menteri Agama: Datuk Mohd Na’im Mokhtar
Menteri Belia Dan Sukan: Hannah Yeoh Tseow Suan
Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak): Datuk Armizan Mohd Ali
