Cara Mohon Semula di JPN Bagi Sijil Lahir Hilang Atau Rosak

Sijil lahir atau surat beranak hilang? Jom ketahui cara mohon semula sijil lahir hilang atau rosak akibat bencana alam ataupun malang tidak berbau.

sijil kelahiran malaysia

Surat beranak atau sijil kelahiran merupakan antara dokumen penting bagi seseorang.

Sekiranya anda hilang sijil lahir atau rosak akibat bencana alam dan sebagainya, anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online mahupun secara walk in.

Syarat Kelayakan Permohonan Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN

Permohonan sijil lahir hanya boleh dibuat oleh individu berikut sahaja:

1. Ibu atau bapa kanak-kanak
2. Pemilik sijil kelahiran sekiranya telah memiliki kad pengenalan
3. Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran
4. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran
5. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran
6. Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
7. Firma Guaman
8. Badan Berkanun
9. Agensi kerajaan

Proses Memohon Semula Sijil Lahir

Sekiranya surat beranak hilang, ada 2 proses yang anda boleh buat. Samada walk in ataupun secara online.

Cara Mohon sijil Beranak Sijil Kelahiran Online

Cara Mohon Surat Beranak / Sijil Kelahiran Online

Bagi permohonan secara online, anda boleh mohon secara online Salinan Sijil Kelahiran dengan melayari https://oslhr.jpn.gov.my/.

Permohonan boleh dilakukan oleh pemilik sijil kelahiran, ibu, bapa, adik-beradik, suami/isteri dan anak-anak.

Selepas selesai memohon, datang ke pajabat JPN bagi membuat kutipan sijil kelahiran. Mudah bukan?

Cara Mohon Surat Beranak  Sijil Kelahiran Walk In

Cara Mohon Surat Beranak / Sijil Kelahiran Walk In

Orang ramai boleh datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri seterusnya mengisi Borang JPN.LM12. Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.

Anda boleh download borang JPNLM12 di:

Muat Turun Borang JPNLM12

[

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di https://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:

  • Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
  • Tel : 03-80008000
  • Faks : 03-88808288

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Macam mana cara nak dapatkan kembali jika Surat Beranak hilang?

Sila pergi ke JPN berdekatan atau anda boleh buat sendiri melalui online.

Bagaimana jika Sijil Lahir anak saya sudah lusuh dan rosak adakah boleh dapatkan salinan yang baru?

Ya boleh tiada masalah.

Surat beranak saya hilang, apa perlu saya buat?

Anda kena report polis terlebih dahulu dan buat permohonan baru. Caranya ada kami konsikan di dalam martikel ini.

Bagaimana saya nak daftar bayi saya yang baru lahir?

Anda boleh membaca artikel ini Cara Daftar Kelahiran Bayi Baru Lahir Di JPN

Adakah perlu saya datang ke JPN untuk buat surat beranak baru jika hilang?

Ya. Anda perlu hadir ke JPN selepas anda buat proses Cara Mohon Surat Beranak / Sijil Kelahiran Online

Leave a Comment