Sistem ePenyata Gaji dan Laporan
Sistem ePenyata Gaji dan Laporan digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010. Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.
PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya boleh menggunakan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan untuk untuk menyemak, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.
Kesimpulannya mana-mana pegawai kerajaan boleh menggunakan Sistem ePenyata Gaji secara online dan Laporan untuk semak slip gaji online mereka.
Penyata Gaji Bulanan
Penyata gaji bulanan diproses setelah Unit ePayslip mendapat maklumat gaji dari Pejabat Perakaunan. Penyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.
Ianya boleh dicapai selewat-lewatnya sehari sebelum gaji kakitangan awam bulan berkenaan.
Sila layari http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/pembayaran-gaji untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.
Salinan e-Penyata Gaji JANM melalui QR KOD
Cara untuk mendapatkan salinan e-Penyata Gaji Online JANM dengan QR kod untuk tujuan pinjaman
Tempoh Simpanan Data Sistem ePenyata Gaji dan Laporan
Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:
1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.
Jadi make sure anda download Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan setiap bulan selepas dikeluarkan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan mengikut tempoh yang dinyatakan di atas.
Tatacara Penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan
Klik sini untuk Tatacara Penggunaan
Semakan ANGKASA
Untuk semakan pemotongan gaji ANGKASA, anda boleh layari http://angkasa.coop/bm/index.php/spga/semakan-potongan-gaji-semenanjung untuk menyemak maklumat potongan gaji ANGKASA anda.
Aduan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan
Cara Buat Aduan Penyata Gaji
Pengguna boleh mengemukakan aduan/pertanyaan/kemusykilan/masalah mengenai Sistem e-Penyata Gaji & Laporan kepada emel rasmi Pentadbir Sistem iaitu epayslip@anm.gov.my dan hendaklah disertakan maklumat seperti nama penuh, No. KP, No. Gaji, No. Kod Pejabat Perakaunan, No. Kod Jabatan dan Kod Pusat Pembayar pengadu atau sekurang-kurangnya No. KP dan No. Gaji bagi memudahkan semakan.
Sekian sahaja perkongsian mengenai sistem penyata gaji dari kami. Moga bermanfaat untuk rujukan mereka yang mencari mengenai sistem penyata gaji.
Baca: Contoh Slip Gaji
Selamat Malam, hampir dua minggu saya cuba buka e-penyata gaji tetapi tidak berjaya. Ada diminta untuk masukkan ic dan no gaji, tetapi saya tidak menerima sebarang emel atau mesej berikutan nombor telefon yang pernah digunakan semasa pertama kali mendaftar itu sudah tidak digunakan. Dan, emel yang pernah digunakan semasa mendaftar kali pertama hari itu sudah tidak aktif. Masalah ini sangat mengganggu untuk saya buat semakan terhadap akaun penyata gaji saya. Tolong bagi penjelasan dan pencerahan terhadap permasalahan saya ini, saya berharap pihak Jabatan Akauntan Negara dapat memberi maklum balas berkenaan masalah ini dalam tempoh seberapa cepat yang mungkin dan didahului dengan ucapan terima kasih.