Solat Sunat Witir
Niat dan Panduan Lengkap Solat Sunat Witir (JAKIM).
Bilangan rakaat Solat Witir adalah dalam bilangan ganjil iaitu satu salam bagi setiap dua rakaat, dan ditambah satu rakaat dihujungnya dengan satu salam
Solat sunat Witir ini merupakan solat sunat muakkad. Sunat muakkad ini bermaksud digalakkan untuk melakukan sesuatu amalan tersebut dalam Islam.
Solat Witir adalah solat yang didirikan sebagai pengakhiran bagi solat lain pada satu-satu hari tersebut.
Jadi, hendaklah didahulukan solat lain seperti Tahajjud, solat Tarawih dan solat Hajat sebelum mengerjakan solat ini.
Ini kerana Witir adalah solat pelengkap atau penutup yang tidak ada lagi solat lain selepasnya.
Boleh dapatkan: PANDUAN SOLAT WITIR
Panduan Cara Solat Sunat Witir
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang sunat Tarawih sebanyak 3 rakaat.
Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam.
Sunat Witir ini ditunaikan sepertimana solat sunat lain, namun dengan bilangan rakaat ganjil.
Secara ringkasnya, berikut adalah cara solat witir 3 rakaat yang mudah:
Dilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)
Lafaz Niat Solat Witir
Berikut merupakan niat solat witir 2 rakaat dan 1 rakaat
Lafaz niat sembahyang sunat Witir
Lafaz Niat Witir 2 Rakaat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.”
Lafaz Niat Witir 1 Rakaat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatan Witrin rakaatan Lillahi Ta’ala
“Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.”
Solat witir seperti biasa dan diakhiri dengan salam.
Mulai malam 16 Ramadhan kita disunatkan membaca Qunut. Lafaz Qunut samalah seperti solat Subuh. Jika tidak membaca Qunut disunatkan sujud sahwi.
Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut:
Surah Solat Witir
Bacaan Surah Selepas al-Fatihah
- Rakaat pertama
Surah al-A’la
- Rakaat kedua
Surah al-Kafirun
- Rakaat ketiga
1. Surah al-lkhlas
2. Surah al-Falaq
3. Surah an-Nas
Zikir Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]
Ataupun Ucapkanlah
“SUBHAANAL MALIKIL QUDDUUS” [3x]
Ertinya: “Maha Suci Allah. Maha Raja”.
Doa Solat Witir
Berikut merupakan doa selepas solat witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.
Waktu Witir
Waktu yang sesuai adalah seperti berikut
- Selepas solat Isya, sama ada sebelum solat rawatib ba’diah isya ataupun sesudah solat rawatib ba’diah Isya
- Tidak sah witir sebelum dilakukan solat Isya
- Sebaiknya dilakukan pada akhir solat malam
- Boleh dilakukan sebelum atau sesudah bangun tidur
- Perlu dilakukan sebelum masuk waktu Subuh
Penutup
Kesimpulannya berikut adalah cara solat witir 3 rakaat yang mudah dan ringkas:
- 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)
- Niat sembahyang sunat Witir: Sahaja aku sembahyang sunat Witir 1 rakaat / 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.
- Solat seperti biasa dan diakhiri dengan salam
- Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.
- Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, lagi afdal jika dibaca surah:
- Rakaat pertama – surah Al-A’la
- Rakaat kedua – surah Al-Kafirunn
- Rakaat ketiga – surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas