SPGATM: Login Sistem Online Penyata Gaji Angkatan Tentera

SPGATM login merupakan Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM) atau UGAT dimana sebuah portal khas yang diwujudkan untuk membuat semakan penyata slip gaji bagi ahli Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak kira tentera darat, udara, laut dan sebagainya.

CARA SPGATM LOGIN Website UGAT

Berikut merupakan cara ATM untuk menggunakan SPGATM login di website SPGATM dan melihat slip gaji mereka secara online.

  • Sila layari https://spgatm.ugat.mil.my/ untuk login SPGATM secara online
  • Masukan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam dan emel yang sah untuk login SPGATM UGAT buat kali pertama.
  • Kemudian sila tukar nama pengguna dan kata laluan
  • Jika anda terlupa nama pengguna boleh klik bahagian ‘Lupa nama pengguna.

Sekiranya nak login sistem SPGATM tetapi ia down atau tidak boleh diakses, sila tunggu 5 minit untuk aksesnya sekali lagi.

SPGATM Login Untuk Semak Slip Gaji ATM

SPGATM login
Website spgatm online login

Portal SPGATM juga membolehkan tentera membuat semakan serta memuat turun penyata gaji bulanan ATM secara online.

Untuk pekerja kerajaan yang lain boleh membuat semakan slip gaji mereka sendiri di e-penyata-gaji-online penjawat awam.

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji ATM

Untuk jadual tarikh pembayaran gaji ATM boleh disemak seperti yang dikongsikan pada gambar dibawah ini.

SPGATM login bagi Tarikh Pembayaran slip Gaji Angkatan Tentera Malaysia bagi Tahun 2023

Kami juga sudah terbitkan artikel tarikh gaji penjawat awam 2024. Anda boleh baca disitu ye kalau nak cek bila tarikh gaji 2024.

Skim Gaji Permulaan Tentera

AkademikGaji Permulaan
SPMRM1,459.00
SPMVRM1,564.00
SKM Tahap 2RM1,630.01
SKM Tahap 3RM1,696.02
DIPLOMA PERUBATANRM1,894.05
DIPLOMA KEJURUTERAANRM2,026.07

Gaji Dan Imbuhan Mengikut Pangkat

Berikut merupakan gaji minimum terendah dan imbuhan tetap khidmat tentera mengikut pangkat yang disandang apabila menghadiri Latihan Berterusan dan Khemah Tahunan.

Baca Juga  Contoh Rumusan
PangkatGaji MinimaElaun Khidmat
PJMRM1,459.00RM115.00
PBTRM1,564.00RM115.00
LKPLRM1,788.00RM115.00
KPLRM2,298.00RM115.00
SJNRM2,418.00RM160.00
SSJNRM3,189.00RM160.00
PW IIRM3,599.00RM220.00
PW IRM3,854.00RM220.00
LT MRM2,585.00RM300.00
LTRM3,238.00RM350.00
KAPTRM4,047.00RM400.00
MEJRM4,405.00RM525.00
LT KOLRM5,425.00RM550.00
KOLRM6,190.00RM600.00
BRIG JENRM6,945.00RM800.00
slip gaji ATM SPGATM

Elaun Tentera

Antara elaun tentera yang boleh didapati dan akan ada tertera dalam payslip gaji ATM SPGATM ialah

  • Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai RM 1500.00 setiap 3 tahun sekali
  • Elaun Pakaian Tahunan Pegawai RM 500.00 setahun
  • Tuntutan perjalanan ke tempat kerja
  • Elaun Bantuan Sara Hidup
  • Elaun Kepakaran bagi yang layak
  • Elaun insentif khas ATM RM 200.00 sebulan

Kemudahan Yang Diberikan

  1. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  2. Rawatan Perubatan
  3. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  4. Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  5. Peluang melanjutkan pelajaran
  6. Kemudahan Kediaman

INSENTIF

  • Pemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
  • Bonus tahunan (jika ada).
  • Khairat kematian RM3000.00.

Soalan dan Jawapan berkaitan SPGATM Online

Saya telah menekan lupa katalaluan bagi SPGATM login, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?

Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh alamat emel yang didaftarkan di dalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan anda menyebabkan maklumbalas tidak sampai kepada anda. Anda perlu melaporkan perkara ini kepada Pegawai Gaji Pasukan anda bagi membolehkan anda mendaftar semula ke dalam sistem.

Siapa pengguna SPGATM?

Pengguna SPGATM terdiri daripada semua pegawai dan anggota tentera yang masih berstatus aktif dan masih berkhidmat dalam perkhidmatan KDYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.

Bagaimana cara daftar sistem SPGATM

Sila hubungi pegawai tentera yang menguruskan gaji di tempat anda bertugas

Apakah maklumat yang perlu disertakan sebagai keperluan kali pertama untuk memasuki SGATM?

Secara default anda perlu memasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama anda memasuki SGATM. Walaubagaimanapun anda dikehendaki untuk menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.

Bilakah penyata gaji bulan semasa boleh diakses melalui SPGATM?

Penyata gaji atm boleh diakses selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh gaji pada bulan berkenaan. Sila Refer untuk maklumat gaji ATM tahun 2023

Tetiba sahaja saya didaftar keluar semasa sedang mengakses SPGATM?

Portal SPGATM hanya membenarkan seorang sahaja untuk masuk dan kemasukan ke SPGATM secara serentak mengugunakan login yang sama adalah tidak dibenarkan.

Bagaimana untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC dalam SGATM melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet?

Bagi membolehkan anda memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC, anda perlu memastikan peranti anda mempunyai aplikasi pdf reader terlebih dahulu. Kegagalan anda untuk memenuhi keperluan tersebut akan menyebabkan anda gagal untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC tersebut dan dokumen tersebut hanya boleh dipaparkan sahaja (view only).

Leave a Comment

error: Content is protected !!