Cara Semak Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 1)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Bantuan Tunai Golongan B40 yg sebelum ini dikenali dengan nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) oleh PM9 telahpun ditukar nama dan dijenamakan semula oleh Kerajaan Perpaduan di bawah PMX.
Sumbangan Tunai Rahmah

Bantuan Tunai Golongan B40 kini dikenali sebagai SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023.

Amaun Bayaran STR Fasa 1

Bayaran Fasa Pertama akan dikreditkan Secara Berperingkat mulai esok Selasa, 17 Januari 2023 kepada golongan:

  • Isi rumah
  • Warga emas
  • Bujang
  • Pembayaran STR Fasa 1 akan melibatkan 8.7 juta golongan B40. Sebanyak RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar semasa permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

    STR akan dikreditkan secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.
    STR Fasa 1

    STR Fasa 1 membabitkan kategori penerima isi rumah berjumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan akan menerima RM100, manakala 3.5 juta golongan bujang akan menerima RM100.

    Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

    Semakan Status STR (Sumbangan Tunai Rahmah)

    Status kelayakan pembayaran STR fasa 1 sudah boleh disemak mulai 17 Januari 2023.

    Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022. Bagi penerima MyBKM sebelum ini, mereka hanya perlu log in seperti biasa menggunakan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.

    Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

    Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

    Cara Cek Status STR FASA 1

    1. Buka Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk

    3. Klik Semak
    4. Pastikan kata kunci keselamatan betul (sama seperti BKM)
    5. Masukkan kata laluan (sama seperti portal BKM)
    6. Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Pembayaran Fasa 1
    Semakan Pembayaran STR Fasa 1
    7. Sekiranya layak menerima STR Fasa 1, maka akan terpapar status “Layak Fasa 1 STR”
    8. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.

    lupa kata laluan str fasa 1

    TIADA CAJ yang dikenakan bagi semakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Sila berhati-hati dengan pelbagai skim penipuan yang akan cuba menangguk di air keruh untuk menjerat penerima STR.

    Sila rujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

    Lupa Kata Laluan STR

    Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan semasa mula-mla mendaftar dulu, percubaan sebanyak 3 kali diberikan. Sekiranya masih gagal ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

    Reset Password Akaun STR

    Sekiranya anda terlupa password BKM terdahulu, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

    Atau anda boleh klik “TERLUPA KATA LALUAN” sekiranya anda lupa password.

    Akhir Kata

    LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan semakan kelayakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah penerima.

    LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

    Leave a Comment

    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.