Surah Al Mulk: Rumi dan Kelebihan Serta Terjemahan

Surah al Mulk merupakan surah ke-67 dalam al-Quran. Terdapat 30 ayat dalam surah AL Mulk ini. Nama Al Mulk diambil dari ayat pertama surah ini yang mengandungi al mulk.

Artikel kalini akan berkongsikan surah AL Mulk Rumi, terjemahannya, maksudnya serta kelebihan bagi yang membacanya.

Maksud Al Mulk

Al Mulk bermaksud kerajaan atau kekuasaan. Surah Al Mulk adalah surah yang membawa keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding kita dari seksa kubur.

Rasulullah SAW bersabda:

” Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

Surah Al Mulk rumi

Baginda bersabda:

“Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.”

“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

Surah AL Mulk Jawi

Bacaan Surah Al Mulk Rumi

Berikut merupakan bacaan sural al mulk full dalam rumi ayat 1 hingga 30.

Surah Al Mulk Rumi Ayat 1
Tabarakallazi biyadihil mulku wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 2
allazii khalaqal mauta wal ḥayata liyabluwakum ayyukum aḥsanu ‘amala, wa huwal ‘azizul gafur

Surah Al Mulk Rumi Ayat 3
allazi khalaqa sab‘a samawatin tibaqa, ma tara fi khalqir raḥmani min tafawut, farji‘il baṣara hal tara min futur

Surah Al Mulk Rumi Ayat 4
summarji‘il baṣara karrataini yanqalib ilaikal baṣaru khasi’aw wa huwa ḥasir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 5
wa laqad zayyannas sama’ad dun ya bimasabiḥa wa ja‘alnaha rujumal lisy syayatini wa a‘tadna lahum ‘azabas sa‘ir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 6
wa lillazina kafaru birabbihim ‘azabu jahannam, wa bi’sal masir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 7
iza ulqu fiha sami‘u laha syahiqaw wa hiya tafur

Surah Al Mulk Rumi Ayat 8
takadu tamayyazu minal gaiz, kullama ulqiya fiha faujun sa’alahum khazanatuha alam ya’tikum nazir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 9
qalu bala qad ja ana nazirun fa kazzabna wa qulna ma nazzalallahu min syai’in in antum illa fi dalalin kabir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 10
wa qalu lau kunna nasma‘u au na‘qilu ma kunna fi asḥabis sa‘ir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 11
fa‘tarafu bizambihim, fa suḥqal li’aṣḥabis sa‘ir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 12
innallazina yakhsyauna rabbahum bil gaibi lahum magfiratuw wa ajrun kabir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 13
wa asirru qaulakum awijharu bih, innahu ‘alimum bizatis sudur

Surah Al Mulk Rumi Ayat 14
ala ya‘lamu man khalaq, wa huwal latiful khabir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 15
huwallazi ja‘ala lakumul arda zalulan famsyu fi manakibiha wa kulu mir rizqih, wa ilaihin nusyur

Surah Al Mulk Rumi Ayat 16
a’amintum man fis sama’i ay yakhsifa bikumul arda fa iza hiya tamur

Surah Al Mulk Rumi Ayat 17
am amintum man fis sama ‘i ay yursila ‘alaikum hasiba, fa sata‘lamuna kaifa nazir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 18
wa laqad kazzaballazina min qablihim fa kaifa kana nakir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 19
awalam yarau ilat tairi fauqahum saffatiw wa yaqbiḍn, ma yumsikuhunna illar rahman, innahu bikulli syai’im basir

Surah Al Mulk Rumi Ayat 20
am man hazallazi huwa jundul lakum yanṣurukum min dunir raḥman, inil kafiruna illa fi gurur

Surah Al Mulk Rumi Ayat 21
am man hazallazi yarzuqukum in amsaka rizqah, bal lajju fi ‘utuwwiw wa nufur

Baca Juga  Lagu Negeri Johor Dengan Lirik, Audio dan Video

Surah Al Mulk Rumi Ayat 22
afamay yamsyi mukibban ‘ala wajhihi ahda am may yamsyi sawiyyan ‘ala siraṭim mustaqim

Surah Al Mulk Rumi Ayat 23
qul huwallazi ansya’akum wa ja‘ala lakumus sam‘a wal absara wal af’idah, qalilam ma tasykurun

Surah Al Mulk Rumi Ayat 24
qul huwallazi zara’akum fil ardi wa ilaihi tuḥsyarun

Surah Al Mulk Rumi Ayat 25
wa yaquluna mata hazal wa‘du in kuntum sadiqin

Surah Al Mulk Rumi Ayat 26
qul innamal ‘ilmu ‘indallahi wa innama ana nazirum mubin

Surah Al Mulk Rumi Ayat 27
fa lamma ra’auhu zulfatan si’at wujuhullazina kafaru wa qila hazallazi kuntum bihi tadda‘un

Surah Al Mulk Rumi Ayat 28
qul ara’aitum in ahlakaniyallahu wa mam ma‘iya au rahimana fa may yujirul kafirina min ‘azabin alim

Surah Al Mulk Rumi Ayat 29
qul huwar rahmanu amanna bihi wa ‘alaihi tawakkalna, fa sata‘lamuna man huwa fi dalalim mubin

Surah Al Mulk Rumi Ayat 30
qul ara’aitum in asbaha ma’ukum gauran fa may ya’tikum bima’im ma‘in

Maksud Surah Al Mulk

Berikut merupakan maksud surah al mulk dari ayat 1 hingga ayat 30.

Surah Al Mulk Ayat 1
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1)

Surah Al Mulk Ayat 2
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)

Surah Al Mulk Ayat 3
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (3)

Surah Al Mulk Ayat 4
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (4)

Surah Al Mulk Ayat 5
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. (5)

Surah Al Mulk Ayat 6
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (6)

Surah Al Mulk Ayat 7
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (7)

Surah Al Mulk Ayat 8
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?” (8)

Surah Al Mulk Ayat 9
Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ” (9)

Surah Al Mulk Ayat 10
Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”. (10)

Surah Al Mulk Ayat 11
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka. (11)

Baca Juga  Contoh Senarai Ucapan Hari Lahir Buat Keluarga Mahupun Sahabat

Surah Al Mulk Ayat 12
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (12)

Surah Al Mulk Ayat 13
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (13)

Surah Al Mulk Ayat 14
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (14)

Surah Al Mulk Ayat 15
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (15)

Surah Al Mulk Ayat 16
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16)

Surah Al Mulk Ayat 17
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17)

Surah Al Mulk Ayat 18
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (18)

Surah Al Mulk Ayat 19
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (19)

Surah Al Mulk Ayat 20
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (20)

Surah Al Mulk Ayat 21
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (21)

Surah Al Mulk Ayat 22
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (22)

Surah Al Mulk Ayat 23
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”. (23)

Surah Al Mulk Ayat 24
Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”. (24)

Surah Al Mulk Ayat 25
Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?” (25)

Surah Al Mulk Ayat 26
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”. (26)

Baca Juga  Surat Berhenti Kerja BM BI (Notis 24 Jam, Sebulan)

Surah Al Mulk Ayat 27
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”. (27)

Surah Al Mulk Ayat 28
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”. (28)

Surah Al Mulk Ayat 29
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”. (29)

Surah Al Mulk Ayat 30
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”. (30)

Hadis Kelebihan Surah Al Mulk

1. Ada suatu surah dalam Al Quran yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sehingga dia diampuni, yaitu: surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

2. Surah Al Mulk adalah penghalang dan penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur. (HR. Tirmidzi)

3. Dahulu Nabi tidak tidur malam sebelum baginda SAW membaca surah As Sajdah dan surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi)

4. Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Para sahabat di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut “Al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur).(HR. An Nasai)

Surah Al Mulk Sebelum Tidur

Bagi mereka yang membaca surah al-Mulk sebelum tidur, mereka akan terhindar dari azab kubur. 

Ini diceritakan di dalam sebuah hadis di mana An-Nasaie meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Bagi mereka yang mengamalkan surah al-Mulk pada waktu malam adalah mereka akan dilindungi oleh satu malaikat ketika tidur.

Ini boleh dimana Abdullah Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Aku telah menemukan di dalam Al-Quran sebuah surah tiga puluh ayat, barangsiapa membacanya sebelum tidur; tiga puluh perbuatan baik ditulis untuknya, tiga puluh kesalahan dihilangkan sehingga tiga puluh darjah. Allah S.W.T. menghantar malaikat untuk melebarkan sayapnya ke atasnya dan melindungi dia dari segala-galanya sehingga dia bangun.“

Antara Kelebihan Lain Al Mulk

  • Mudah Masuk Syurga
  • Bagi mereka yang membaca surah al-Mulk sebelum tidur, mereka akan terhindar dari azab kubur. 
  • Mereka yang mengamalkan surah al-Mulk pada waktu malam adalah mereka akan dilindungi oleh satu malaikat ketika tidur.
  • Mereka yang mengamalkan surah al-Mulk dalam rutin harian adalah mereka akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Mereka yang selalu membaca ini, Allah SWT akan mengampunkan segala dosa mereka.
  • Meningkatkan keimanan dan ketakwaan

Jom dengarkan bacaan Al Mulk oleh Mishary Rashid Alafasy

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!