Surat Rasmi Permohonan Perkhemahan Tahunan

Nak buat surat rasmi tapi tak tahu buat ayat? Dapatkan 51 template surat rasmi untuk memudahkan kerja anda sekiranya memerlukan surat rasmi. Hanya perlu edit semula bahagian tertentu dalam Microsoft Word sahaja.

template surat rasmi

Link: Klik Sini

Surat Kiriman Rasmi (Permohonan)

Soalan : Persatuan Pengakap sekolah kamu akan mengadakan Perkhemahan Tahunan. Sebagai setiausaha, kamu perlu menulis surat kepada Pengetua sekolah kamu untuk memohon mengadakan perkhemahan tersebut. Tulis surat tersebut dengan selengkapnya.

Contoh Surat Rasmi Permohonan Perkhemahan Tahunan

Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Menengah Alor Akar,
25250 Kuantan, Pahang.
__________________________________________________________
Tuan Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Menengah Alor AKar,
25250 Kuantan, Pahang.____________________JARAK__________________________ 05 MAY 2019

Tuan,
Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap

Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Menengah Alor Akar ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ;
Tarikh : 10 May 2012 hingga 11 May 2019
Tempat : Padang Sekolah
Peserta : 40 orang ahli pengakap

3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.

4. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Baca Juga  Contoh Resume Bahasa Melayu Terbaik Untuk Mohon Kerja

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Aiman Hakim
…………………………………
(AIMAN HAKIM BIN ILHAM)
Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Menengah Alor Akar.

Download Contoh Surat Rasmi : Contoh Surat Rasmi

Diharap agar perkongsian Contoh Surat Rasmi Permohonan Perkhemahan Tahunan ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua.

Join telegram kami: Contoh.My

Ada nak tanya khabar pada rakan-rakan atau saudara mara? Jangan lupa guna format surat tidak rasmi ye.

Alang-alang tulis surat tidak rasmi tu, tambahkan la 2 3 rangkap dari pantun cinta untuk yang tersayang, pantun perpisahan andainya nak berpisah.

1 thought on “Surat Rasmi Permohonan Perkhemahan Tahunan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!