Taktik dan Teknik Memancing Udang Galah

Antara hidupan sungai yang kerap menjadi buruan ialah udang galah atau lebih sinonim dengan gelaran si sepit biru ataupun jenggo dalam kalangan para pemancing dan juga nelayan sungai.

Udang Galah Buruan Si Pemancing

Untuk memancing udang galah bukanlah semudah yang disangka kerana ia memerlukan teknik yang agak berbeza berbanding dengan memancing ikan.

Teknik memancing udang galah biasanya menggunakan batang pancing dan mesin bersaiz kecil atau sederhana sahaja memandangkan berat udang galah sungai cuma sekitar 50 gram (g) hingga 350g sahaja seekor.

Set Memancing Udang Galah

Boleh tengok set memancing udang galah di shopee. Klik gambar di bawah:

Di bawah ini admin sediakan beberapa taktik dan teknik untuk memancing udang galah.

Teknik Memancing Udang Galah

udang galah

Habitat

Udang galah amat gemar mendiami habitat sampah sarap dan air sedikit berarus kerana di situ dikatakan banyak makanan. Bagaimanapun, ada pendapat mengatakan di mana ada buaya di situ akan udang. Apapun berhati-hatilah ketika memancing. Sentiasa peka dengan keadaan persekitaran.

Bersampan semasa memancing udang galah dikatakan lebih mendatangkan hasil berbanding memancing dari tebing. Jika bersampan akan memudahkan pergerakan untuk mencari lubuk udang. Tidaklah tetap je di 1 kawasan sampai berjanggut menunggu udang galah makan umpan.

Tabiat

Udang juga mempunyai tabiat gemar berkumpul. Apabila pemancing melabuhkan umpan hampir setengah jam tidak mendatangkan hasil, bererti kena beralih ke lubuk lain. Biasanya udang aktif mencari makanan selepas musim hujan dan panas terik dalam masa seminggu. Itulah masa terbaik untuk memancingnya.

Ada juga pemancing yang mengguna pakai petunjuk daun getah gugur menandakan bermulanya musim udang galah. Memancing udang galah memerlukan kepakaran tersendiri. Pada masa yang sama udang galah juga bijak melepaskan diri daripada mata kail.

Baca Juga  Slip Gaji Sebagai Rekod Pendapatan Pekerja

Joran

Joran antara faktor utama kejayaan memancing udang galah. Anda tidak perlu joran sepanjang 5 hingga 6 kaki. Sebaliknya hanya sekadar 1 hingga 1.1 meter. Pastikan hujung joran halus bagi memudahkan pemancing mengesan udang menarik atau memakan umpan.

Tali utama

Kalau boleh gunakan tali yang berdiameter halus supaya kita dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Kita hanya perlukan tali yang berkekuatan 10 hingga 15 paun sahaja untuk udang galah. Bagi yang sering mengalami putus perambut akibat gigitan buntal, anda dinasihatkan menggunakan perambut tali benang.

Mata kail

Gunakan mata kail mata sabit. Boleh cari di shopee >> Mata Kail Sabit. Terdapat 2 jenis mata kail iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Kalau memancing udang galah di sungai, guna mata kail berduri yang bersaiz 1/0 (saiz udang lebih 600 gm), 2 dan 3 adalah digalakkan. Penggunaan mata saiz 2 dan 3, batu ladung saiz 3 dan 4 serta kelembutan batang pancing / joran bersaiz 6 – 10 ib lebih sensitif jika udang mula memegang umpan.

Boleh tengok set memancing udang galah di shopee. Klik gambar di bawah:

Batu ladung

Penggunaan batu ladung amat penting apabila memancing di sungai kerana kebiasaan udang galah menghuni di dasar yang sedikit berarus. Jika lubuk itu tenang batu bersaiz 2, 3 dan 4 sudah mamadai. Jika sungai berarus, batu bersaiz 5 hingga 8 amat sesuai. Beli batu ladung di shopee >> Batu Ladung

Teknik memancing udang

Sudah menjadi tabiat udang galah memakan umpan sekadar mencuit-cuit seperti anak ikan mengacau umpan (ngutis – dialek Kelantan). Untuk menarik mangsa joran diangkat perlahan-lahan. Jangan sesekali kita menyentap seperti memancing ikan. Begitu juga jangan menarik terlalu perlahan kerana udang akan terlepas. Ada juga udang galah agresif yang menarik umpan seperti ikan.

Baca Juga  Senarai Barang Pembersihan Wajib Beli di Eco Shop

Umpan

Pemilihan umpan yang sesuai antara faktor yang menghasilkan tangkapan yang lumayan. Kebanyakan pemancing menggunakan perumpun kerana ianya amat efektif. Ada juga pemancing yang menggunakan umpan cacing, anak udang dan hati ayam yang hiris kecil.

Set Memancing Udang Galah

Boleh tengok set memancing udang galah di shopee. Klik gambar di bawah: Boleh tengok set memancing udang galah di shopee. Klik gambar di bawah:

Leave a Comment

error: Content is protected !!