Bagi penjawat awam, sememangnya tarikh gaji dimasukkan ke dalam bank sentiasa ditunggu. Maklumlah senang nak susun perbelanjaan samada untuk bercuti atau menyambut perayaan.
Berikut merupakan Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 yang dikeluarkan secara rasmi oleh ANM.
Isi Kandungan
Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024
Berikut dikongsikan jadual tarikh bayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024. Tarikh gaji 2024 ini adalah adalah untuk semua negeri dalam Malaysia.
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
---|---|---|---|
Januari | 24.01.2024 | Rabu | Hari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis) |
Februari | 23.02.2024 | Jumaat | Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad) |
Mac | 25.03.2024 | Isnin | |
April | 25.04.2024 | Khamis | Hari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis) |
Mei | 24.05.2024 | Jumaat | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat) |
Jun | 13.06.2024 | Khamis | Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa) |
Julai | 19.07.2024 | Jumaat | |
Ogos | 23.08.2024 | Jumaat | |
September | 25.09.2024 | Rabu | |
Oktober | 24.10.2024 | Khamis | Hari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis) |
November | 25.11.2024 | Isnin | |
Disember | 19.12.2024 | Khamis | Hari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu) |
Muat turun Tarikh Gaji Penjawat Awam bagi tahun 2024 di: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024
Semoga dengan jadual gaji kerajaan untuk tahun 2024 ini anda semua dapat mengawal perbelanjaan dengan berhemah. Anda juga boleh semak melalui Sistem e Penyata Gaji Kerajaan ini.
Manakala untuk angkatan tentera boleh semak melalui SPGATM.
Contoh Penyata Gaji Penjawat Awam
Jadi gaji yang penjawat awam akan dapat adalah sama dengan gaji tertera di slip gaji. Contoh slip gaji kerajaan ada kami tunjuk di bawah ini