47 Contoh Teka Teki Bodoh Pecah Perut Jawapan Tak Masuk Akal

Admin nak share teka teki bodoh untuk hiburan anda. Sesuai sangat buat teka teki untuk bebudak.

Teka Teki Bodoh

Kenapa semut kecik?
Sebab mak pak dia pun kecik

Tahu tak apa nama adik noh hujan?
noh banjir

Dalam banyak banyak bola, bola apa yang kita sepak, sakit?
Bolakang pintu

Ikan apa lelaki
Ikan bakar

Kenapa kita takleh bising dalam hospital?
Sebab ada ubat tidur

Spaghetti pregnant jadi apa?
Prego

Dalam banyak banyak ikan, ikan apa boleh nyanyi?
I can see your voice

Teka Teki Bodoh

Dalam bebanyak huruf, huruf apa paling sejuk?
Huruf B, sebab dia duduk between AC

Banyak banyak tempat, tempat apa yang paling tinggi kat dunia?
Masjid. Sebab ada bulan dan bintang

Perkataan ape yg berlawan dengan makanan?
Makiri

Banyak banyak sakit, sakit apa yang paling sakit?
Sakit leher. Sebab paling je, sakit. Paling je, sakit

teka-teki bodoh

Dalam banyak-banyak negara, negara apa paling tak bersih?
Germ-many

Kenapa masuk dalam Apple store tak boleh kentut?
Sebab dalam apple store takda Windows

Apa binatang paling besar dalam dunia Ni?
Ikan paus biru.

Binatang apa yg lg besar drpd ikan paus biru tu 1 inci?
Ikan paus biru celup tepung

Benda apa yang kecik, hitam dan masin?
Semut hitam yang sedang berjogging.

coklat apa tak boleh lari?
toblerone ( tak buleh runnnn)

Melur apa yg menyakitkan sekali?
Melurpakanmu

Kalau trump memerintah apa jadi?
Tak ten-Trump

kenapa mamak tak boleh main bola?
Nanti dia bukak restoran dekat corner

Donut dengan karipap berkawan baik. Satu hari dorang gaduh. Karipap menangis teruk sebab sedih, tapi donut tak. Kenapa?
Sebab donut takda filling

Kenapa dato siti nyanyi tutup mata ?
Sebab kalau tutup mulut dia nak nyanyi camno

contoh teka teki bodoh

Kura-kura kalau mengira jadi apa ?
Kira kira

Kenapa muka macam orang jepun eh?
Sebab muka macam selipar.

Apa nama kucing aris ariwatan?
Kucingkapppp kenangan duluuuu

Huruf apa yang paling jauh dalam jawi.
Nun(ن) jauh di sana.

Pin apa yg paling tajam?
Pinjam duit membe tak reti bayar

Ada 7 sekawan nak pergi jalan jalan naik kereta kancil. Tapi sempit. Apa diorang buat untuk kasi muat semua dalam kereta tu?
Tambah lagi sorang, jadilah lapang (8)

beruang takde telinga panggil apa?
B sebab B(ear)

Binatang apa paling leper?
Cicak tersepit pintu

Kenapa rumah selalu rasa dahaga??
Sebab dia house

The rock kalau boleh terbang orang panggil apa ?
Drone

Corner kalau dia ada anak,dia panggil anak dia apa ?
Bucu.Sebab ala bucu-bucu

Burger apa yang tak sedap?
Burgerlumang dengan dosa.

Kenapa Bezita suka orang Terengganu?
Sebab orang ganu panggil dia kaum Saiyang

10 ekor ikan dalam aquarium, sekor mati. Air dalam tu bertambah ke berkurang?
Bertambah sbb ikan2 lain menangis

Kotak apa yang berdosa?
Kotaksembahyang

Buah apa warna kuning, dalamnya pisang?
Pisang

Kenapa tak boleh makan ayam yg minum coca cola?
Sebab nanti ayam tu bercoke coke

Kat mana nak kahwin senyap2?
Library

A: Aku ada teka teki.
AB: Ok, apa?
A: Aku ada 9 ekor ikan, 3 lemas dalam air, jadi
berapa yang tinggal?
AB: 6 la (Riak)
A: Bodoh!! Ikan mana boleh lemas?
AB: Ciskekkk

Ikan apa perempuan?
Ikan Patin

contoh teka-teki bodoh

Buah ape pandai kawad?
Buah kiwi sebab dia “kiwi kanan kiwi”

Dalam banyak banyak hari, hari apa yang wangi
Hari tuesday sebab baru lepas mandey

Him : maksu,kalau manusia jadi monyet, monyet jadi apa?
Me : monyet jadi manusialah?
Him : Salah. Monyet jadi banyakla

Bf: Sayang , jom main teka teki.
Gf: jom.
Bf: Kalau gajah terbang , nampak apa ?
Gf: Nampak sangat kau bodoh. Gajah mana boleh terbang
Kena kena kena. Hahahahha

Cicak apa yang menyebabkan kematian
Cicaknapas (sesak nafas)

Akhir Kata

Haa. Amacam teka teki bodoh ni. Mesti tergelak sorang-sorang kan baca jawapan dia. Samala. Min pun mengekek gelak ni. Nanti cuba bagi teka teki bodoh ni kat anak atau sedara mara. Kompem gelak besar nanti.

Kalau nak lagi teka teki cuba baca teka teki lucu dengan teka teki haiwan ni.

Sumber teka teki dari bebudak twitter

Leave a Comment