Kalini nak share teka teki haiwan. Jawapan memang tak masuk akal jugak kadang-kadang. Sebelum ni contoh.my dah share pasal teka teki lucu dengan teka teki lawak. Selamat membaca
[iklancontoh1]
Soalan Teka Teki Haiwan
PROMO – Android Smart LED TV Termurah di Shopee –> https://shope.ee/7zjk9xozKr

- Sebab apa siput babi jalan lambat?
- Binatang apa yang kurang ajar?
- Ikan ni sangat rajin. Tak suruh pun ia buat
- Haiwan ni selalu je penat
- Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk
- Haiwan apakah yang mempunyai dua huruf sahaja
- Ikan apa yang boleh dibuat ikat
- Bagaimana masukkan gajah ke dalam peti ais
- Bagaimana masukkan zirafah ke dalam peti ais
- Hutan terbakar, binatang apa yang hmasih hidup
- Kenapa bangau berdiri angkat kaki sebelah je
- Jika anjing mempunyai kutu, maka biri-biri mempunyai apa?
- Di musim sejuk, apakah gelaran buat sang Burung?
- Apakah gelaran untuk lembu yang sedang marah?
- Kenapa katak selalunya bahagia?
- Rusa (deer) tanpa mata dan kaki dipanggil apa?
- Banyak kaki, ada gunting.
- Sangat kecil, berwarna coklat agar kemerahan, kalau digigit, sakit rasanya. Api ada di namaku, tekalah siapakah saya.
- Dimiliki oleh kerbau, kambing, dan rusa.
- Burung apa yang terlampau besar untuk terbang?
- Kucing apa ada tiga kaki?
- Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam. Apakah itu?
- Malam dia hidup, siang dia mati. Siapakah dia?
- Bagaimana anda tahu carrot itu baik untuk mata anda?
- Ayam apa yang bertelur di mana saja?
- Saya mempunyai ketulan di belakang saya dan saya tinggal di atas pasir. Saya kuat dan saya membawa awak ke atas tanah
- Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
- Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
- Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
- Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
[iklancontoh2]

Jawapan Teka Teki Haiwan

- Sebab semasa berjalan, asyik berfikir samda ia siput ke babi
- Kutu sebab duk merayap je atas kepala
- Ikan bandaraya. Kerja cuci akuarium je 24 jam
- Anjing sebab asyik terjelir je
- Penguin
- Udang. U dan G
- Ikan tilapia
- Bukak peti ais dan masukkan gajah
- Bukak peti ais keluarkan gajah dan masukkan zirafah
- Zirafah sebab ia ada dalam peti ais tadi
- Kalau angkat dua- dua kaki macam mana nak berdiri
- Bulu biri-biri
- Burrrrrung
- Moo-ram (muram)
- Kerana katak makan apa-apa sahaja yang mengganggu mereka
- Masih tiada idea
- Ketam
- Semut Api
- Tanduk
- Burung Besar
- Kucing Cacat
- Telur Tembelang
- Ikan. Bila kena siang dia mati la
- Sebab arnab tidak pernah pakai cermin mata
- Ayam betina
- Seekor unta
- Anak kucing
- Beruang (ber-wang)
- Anak kuman
- Ikan sardin cap ayam
[iklancontoh1]

Soalan Teka Teki Haiwan Dalam Bentuk Pantun
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Jawapan: Ayam
Pagi-pagi pergi ke kebun
Menebas rumput guna parang
Waktu siang matanya rabun
Waktu malam matanya terang
Jawapan: Burung Hantu
Pecah kaca jatuh berderai
Jatuh berderai ketika menyusun
Taringnya tajam bila menyeringai
Bila mengaum terasa gerun
Jawapan: Harimau
[iklancontoh1]
Naik basikal ke rumah Pak Harun,
Untuk melihat perlawanan gasing,
Binatang ini sangatlah gerun,
menggigit mangsa terkoyak daging.
Jawapan: Ikan Jerung
Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Jawapan: Ketam
Buat jahat selalu dikecam,
Buat baik selalu dipuja,
Binatang ini giginya tajam,
Kalau berehat mulut ternganga,
Jawapan: Buaya
Sakit terkena duri semalu
Ketika menangkap ikan siakap
Kalau adik ingin nak tahu
binatang apa pandai bercakap
Jawapan: Burung Tiung
Dari mudik menuju ke muara
Untuk mencari buah kelapa
Tahukah adik binatang apa
Darahnya hitam tulangnya satu?
Jawapan: Sotong
Berwajah cantik berbadan langsing,
Menjadi impian muda dan mudi,
Binatang ini berpinggang ramping,
Kalau menggigit sakitnya tidak terperi,
Jawapan: Kerengga
[iklancontoh2]
Pisang emas pisang restali
Bila dimakan manis sekali
Binatang ini kesayangan nabi
Mukanya comel jinak sekali.
Jawapan: Kucing
Jatuh di parit lutut berdarah
Sebab habuk masuk ke mata
Binatang ini menghisap darah
Bawa penyakit kepada manusia
Jawapan: Nyamuk
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan : Ular dan katak
Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa binatang tandung di hidung.
Jawapan : Badak
[iklancontoh3]
Sumbe gambar: CANVA