Teka teki lawak paling tradisional ialah teka teki teka-tekuk, ular mati atas pokok. Dulu time kecik selalu denga teka teki ni kan.
Kekadang anak-anak suka dengar teka-teki ni. Ada masa bila diorang bagi teka teki dekat kita, jawapan dia memang luar dari akal.
Teka-teki ni sesuai diberikan lagi-lagi time perjalanan jauh untuk hilangkan bosan.
Kekadang jawapan teka teki ni ada tak masuk akal. Lawak pun ada dia punya jawapan. Boleh bergelak ketawa sesama keluarga.
Pengenalan Teka Teki
Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan “teka-teki” mempunyai maksud yang berikut:
- soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg jawabannya harus diduga, soalan utk menduga akal: kanak-kanak biasanya sangat suka akan
- sesuatu perkara yg susah atau sulit diselesaikan: manusia itu selalu merupakan ~ yg setiap waktu boleh memberikan macam-macam keganjilan yg tidak terduga-duga; ~ silang (kata) teka-teki dgn mengisi huruf dll dlm petak-petak; ~ terbang teka-teki dgn menyebutkan huruf-huruf Jawi yg harus dijawab dgn kata yg dieja dgn huruf-huruf itu; berteka-teki mengucapkan teka-teki, bertanya jawab dgn teka-teki: biasanya percakapannya itu dijalankan dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Contoh Teka Teki Lawak & Jawapannya
Jom kita lihat beberapa senarai contoh teka teki lawak pecah perut yang popular dimana ada yang senang ada yang susah dia punya jawapan.
Jadikan teka teki yang kami berikan ini sebagai rujukan anda untuk anda main bersama keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja.
Jawapan teka teki juga ada diberikan.
Teka Teki Haiwan
Berikut merupakan teka teki lawak berunsurkan haiwan dimana soalan atau jawapannya mengandungi haiwan
Soalan 1: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam, maka ayam jadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyak
Soalan 2: Dia lembu, tapi bukan lembu?
Jawapan: Gambar lembu
Soalan 3: Siang ia mati?
Jawapan: Ikan
Soalan 4: Ikan apa yang separuh jawa separuh inggeris?
Jawapan: Belukang. sebab “blue” inggeris manakala “kang” jawa
Soalan 5: Kenapa biri-biri jalan lambat?
Jawapan: Kalau laju dah jadi buru-buru
Soalan 6 ulat bulu kalau dia nak lalu ia kata apa?
Jawapan: Ketepila (caterpillar)
Soalan 7: Banyak-banyak binatang, binatang apakah yang kurang adab?
Jawapan: Kutu. Sebab dia duduk di atas kepala.
Soalan 8: Lalat yang tidak terbang dipanggil apa?
Jawapan: Lalat berjalan.
Soalan 9: Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan: Kalau dua belah macam mana nak berdiri
Soalan 10: Ikan apakah yang boleh diberhentikan sementara?
Jawapan: Ikan paus(pause)
Soalan 11: Hantu ini boleh terbang, aktif pada malam, tetapi tak ada gigi, apa hantu ini?
Jawapan: Burung Hantu
Teka Teki Buah-Buahan
Teka-teki buah-buahan ini samada memberi jawapan dalam bentuk buah ataupun soalan berkaitan buah-buahan
Soalan 1: Dilihat dari jauh seperti epal, dilihat dari dekatpun seperti epal, tetapi ianya bukan epal. Jadi apakah itu?
Jawapan: Gambar epal
Soalan 2: Dalam nenas ada apa?
Jawapan: Spongebob
Soalan 3: Buah apakah kalau kita nak makan, kena langkah dulu?
Jawapan: Buah dam
Soalan 4: Buah durian dan kelapa jatuh atas kepala, yg mana akan sakit?
Jawapan: Kepala la yang sakit.
Teka Teki Kenderaan
Teka-teki berbentuk jenis kenderaan. Kekadang pening kepala dengan jawapan dia.
Soalan 1: Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan: Kereta kabel
Soalan 2: Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen. Macam mana dia nak pergi ke tempat tu?
Jawapan: Dia buat muka seposen je. 50 sen + 10 sen = 60 sen.
Soalan 2: Jika anda menunggang motorsikal, tiba tiba ada 2 ekor binatang iaitu ular dan biawak melintas maka yang mana satukah dahulu anda akan pijak?
Jawapan: Brek motor.
Teka Teki Manusia
Mengandungi soalan atau jawapan yang berkaitan dengan manusia
Soalan 2: Jika anda terjumpa mayat manusia dan bangkai binatang di suatu tempat, yang mana akan anda tutup terlebih dahulu?
Jawapan: Hidung la
Soalan 3: Benda apa yang orang lain boleh tengok, cuma awak tak boleh tengok?
Jawapan: Belakang awak
Soalan 4: Mak apa paling susah?
Jawapan: Alamak
Soalan 5: Terang kecil, gelap besar. Apakah ia?
Jawapan: Anak mata
Teka-Teki Lain-Lain
Antara jenis teka-teki yang umum.
Soalan 1: Kenapa buku matematik sentiasa sibuk?
Jawapan: Banyak masalah
Soalan 2: Tak ada kepala, ada leher. Ada tangan, tak ada jari. Ada badan, tak ada kaki?
Jawapan: Baju
Soalan 3: Permainan apa yang paling berat sekali?
Jawapan: Catur (sebab kena bawa raja, permaisuri, kuda dan sebagainya)
Soalan 4: Benda apa, kepala bujur satu kaki?
Jawapan: Raket badminton
Soalan 5: Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk sekali?
Jawapan: Stone cold
Soalan 6: Negara apakah yang ejannya huuruf berganda?
Jawapan: Uganda
Soalan 7: Benda apa bila masuk segitigia, bila keluar bergulung-gulung?
Jawapan: Spendar
Soalan 8: Kita ada buku cerita, buku warna, buku latihan. Tetapi ada satu buku yang tidak dipanggil buku, apa dia?
Jawapan: Kamus
Soalan 9: Masa hidup kita menyanyi, masa mati, kita tepuk tangan?
Jawapan: Lilin
Soalan 10: Kotak apakah yang paling berat?
Jawapan: Kotak penalti
Soalan 11: Nak ambil punya susah, last-last bila dapat buang macam tu je?
Jawapan: Tahi hidung
Soalan 12: Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
Jawapan: Sama berat. Sebab sama-sama 1kg.
Penutup
Amacam koleksi teka teki lawak ni. Dah gelak ke belum? Kalau belum lagi dan masih tak puas hati apakata layan teka teki lucu ni pulak. Baru tau susah atau senang teka-teki yang kami berikan ini.
Nak lawak lagi boleh baca teka teki bodoh ni. Kompem tergelak-gelak korang.
Sekian itu sahaja jenis teka-teki dari kami. Selamat berhibur bersama kawan-kawan, keluarga. Ada yang tekaki-teki senang sangat, dan ada juga teka-teki susah sangat jawapan dia.
Anda ada teka-teki lain nak dikongsikan dengan kami? Komen aje di bawah.