FZ WARISAN BISTRO
Tempat makan best dekat Putrajaya
Korang kalau mencari-cari tempat makan sedap di Putrajaya, min suggest satu kedai ni. Antara yang terfamous di Putrajaya tau.
Ini lah dia antara kedai wajib pergi kalau sampai ke Putrajaya tau. Kalau nak makan Nasi ayam dedek yang Famous dekat Putrajaya singgahla ke FZ WARISAN BISTRO.
Dia punya sambal Dedek Rasa Yang Unik & Sedap, hanya boleh dapat di FZ WARISAN BISTRO. Owner sendiri yang masak sambal dedek ni.
Hidangan Nasi Dedek ni lebih kurang macam Ayam Penyet gitu. Ada sambal yang sungguh mantap untuk korang makan bersama sup, nasi dan ayam goreng serta hirisan terung goreng.
Bagi yang tak taan pedas tu hati-hatila makan sambal dedek dia. Sedap tapi dia punya pedas tu tak boleh tahan kalau orang biasa.
Jangan lupa juga pekena tomyam dan sup ekor dia. Betul-betul surrr dan padu pekat. Sekali pekena confirm repeat berkali-kali.
Selain itu, mereka juga ada char kiew tiow, resepi pure dari Penang. Mesti cuba juga tau.
Top Menu
Antara Top Menu Di Fz Warisan Bistro :
– Nasi Dedek Ayam Goreng ( Free Minuman )
– Nasi Dedek Ikan Keli Goreng ( Free Minuman )
– Char Koey Teow Udang (Basah)
– Koey Teow Udang (Kering)
– Koey Teow Kerang (Kering)
– Nasi Goreng Kampong
– Nasi Goreng Cina
– Nasi Goreng Usa
– Tom Yam Kami Serius Power
– Sup Kami Serius Power
Kalau malas nak dine in, bagi yang berdekatan Putrajaya bolehla order melalui Grabfood atau Foodpanda. Yang jauh boleh order melalui Bungkusit.
Alamat
RESTORAN FZ WARISAN BISTRO (google for direction)
📍No.20, P8G1, Presint 8
62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Google Map
Waktu Operasi
Isnin – Ahad (11.00am – 11.00pm)
Hari – hari buka.
Start jam 6 petang – 9 Malam, Order di FZ banyak, so, boleh plan waktu anda nak dine in ya, supaya tak menunggu lama.
Baca juga: Tempat Menarik di Melaka