How To Terminate Unifi

Telekom Malaysia kini telah mengemaskini polisi pembatalan perkhidmatan mereka. Kalau nak terminate langganan unifi, cukup mudah je caranya. Untuk terminate akaun unifi anda kena ikut langkah di bawah. Kalau salah langkah, nanti membazir masa pula.

Membatalkan Perkhidmatan Unifi Anda

cara nak terminate unifi

Notis terminate Unifi 30 Hari Online

Anda perlu sediakan notis untuk menamatkan perkhidmatan 30 hari sebelum anda tarikh penamatan sebenar.
Notis ini boleh dihantar ke beberapa saluran unifi seperti:

Baki Tertunggak

Pihak TM akan mengira dan memberikan bil terakhir yang menunjukkan baki tertunggak akaun unifi anda. Setelah pembayaran dibuat, pihak TM UniFi akan meneruskan penamatan pada hari 31 dari notis penamatan unifi anda yang telah di hantar ke saluran unifi.

SMS Terima

Untuk akaun unifi, anda akan menerima SMS apabila pesanan penamatan akaun unifi anda selesai. Kemudian anda perlu pulangkan semula BTU (peralatan)/modem anda di mana-mana cawangan TMpoint dalam masa 7 hari dari tarikh penamatan untuk mengelakkan caj penalti BTU (peralatan).

Tujuan Notis Penamatan

Tujuan untuk memberikan notis 30 hari adalah untuk membolehkan pihak TM mengeluarkan bil pra-akhir akaun anda dan memberikan anda masa yang mencukupi serta menyelesaikan sebarang tunggakkan dan baki penggunaan yang belum selesai dari tarikh notis itu diserahkan.

Setelah penyelesaian pembayaran, pihak TM akan menamatkan servis anda dalam masa 30 hari.

Penamatan UniFi Dalam Tempoh Kontrak

Kontrak UniFi ni 2 tahun atau 24 bulan tau. Sekiranya anda ingin menamatkan langganan sebelum capai 2 tahun akan ada denda/penalti dikenakan. Jadi kalau nak terminate unifi tu bagilah habis kontrak dahulu.

Baca Juga  Surat Berhenti Kerja 24 Jam Notis

Kiraan Penalti Unifi

Kiraan penalti unifi

Sekiranya anda melanggan pelan unifi RM89 sebulan, baru pakai sebanyak 14 bulan, baki kontrak lagi 10 bulan maka penalti/denda yang akan dikenakan adalah sebanyak:

RM89 x 10 bulan = RM890 bulan

Jadi anda dikehendaki menyelesaikan bil yang belum dijelaskan termasuk penalti/denda sebelum permintaan penamatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ini, sila rujuk Terma & Syarat perkhidmatan unifi anda.

Penamatan UniFi Selepas Tempoh Kontrak

Selepas dah habis 2 tahun atau 24 bulan anda langgan unifi, kemudian anda nak terminate unifi atau batalkan langganan, tiada denda dikenakan.

Anda tidak akan dikenakan caj penalti bagi penamatan yang dibuat selepas tempoh kontrak langganan minimum 24 bulan/2 tahun.

Berminat nak cek UniFi Coverage atau daftar UniFi? Klik icon whatsapp di bawah:

daftar pakej UniFi

16 thoughts on “How To Terminate Unifi”

  1. Hai, nak tanya saya cuba relocate wifi pergi rumah baru. Installer dh datang nak relocate Tapi dekat sana takde unifi service provider pulak. Coverage ada cuba tempat nak sambung terlalu jauh. Masih dalam kontrak untuk satu tahun lagi. Boleh cadangkan tak tamatkan je atau macamana?

    Reply
    • awak pergi tmpoint. bagitau nak relocate ke tempat sekian2. dan jika tm kata takde coverage situ, maka oleh sebab alamat tu takde coverage, maka tm sepatutnya akan waive kontrak dan tamatkan perkhidmatan sebab bukan salah awak tempat tu xde coverage

      Reply
    • sama.sy pnya line ambil yg rm89.tpi bln2 kna bayar rm137.untuk bln may ni dia naik plak rm156.knpa ye.tba2 roter rosak

      Reply
  2. unifi ni scam orang. masa nk tamatkn dye ckp nk upgrade kalau stay dan murahkn tengok2 di downgrade ke 30mbps dari 100mbps. memang sampah unifi ni. lpas tu perbaru contract lpas downgrade. bijak teknik scam dye.

    Reply
  3. unifi ni scam orang. masa nk tamatkn dye ckp nk upgrade kalau stay dan murahkn tengok2 di downgrade ke 30mbps dari 100mbps. memang sampah unifi ni. lpas tu perbaru contract lpas downgrade. bijak teknik scam dye

    Reply
  4. Hai nak tanya kalau baru pakai unifi mobile baru je seminggu yang bayar bulan2 pakai bil tu in case nak tamatkan bole ke ? Sebab first time guna 😭 guna pun sebab urusan kerja dah kalau slow sangat line pun susah jadi susah nak buat kerja dekat rumah 😭, someone helppp

    Reply
  5. Hai nak tanya kalau baru pakai unifi mobile baru je seminggu yang bayar bulan2 pakai bil tu in case nak tamatkan bole ke ? Sebab first time guna guna pun sebab urusan kerja dah kalau slow sangat line pun susah

    Reply
  6. saya dah mohon pindah unifi dari 30.9.24 lagi. tapi sampai sekarang tak dapat relocate sebab infra fully utilized. nak tanya macam mana dgn bill bulanan saya? lagi satu saya pindah tak jauh dari alamat asal selang 2 buah rumah saja. banyak kali datang dan call kata akan update selepas itu bagi tau lagi tak kan amik masa lebih dari 14 hari bekerja untuk urusan pindah,sekarang kata lain pulak. baru dapat update yang saya punya akan di pasang bulan november 2024 nanti. kalau saya nak terminate ada masalah tak. saya dah tak berminat dengan unifi. servis lambat tapi potong unifi cepat.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!