Tips Membeli Air Fryer

Air Fryer

Air Fryer sekarang ni menjadi antara barang elektrik yang wajib ada di rumah. Ada berbagai jenama air fryer di luar sana dengan pelbagai bentuk. Ada yang sesuai untuk family besar ada yang untuk family kecil.

Kalau taip je dekat shopee tu, penuh keluar air fryer. Mesti keliru nak beli yang mana 1 kan.

Sebelum beli air fryer tu, ada beberapa perkara kena ambil tahu terlebih dahulu. Jangan tengok rakan facebook kita beli, kita pun beli. Nanti membazir jadinya.

Jadi di sini kami akan berkongsikan mengenai tips untuk membeli air fryer yang sesuai dengan anda.

Tips Membeli Air Fryer

Antara tips untuk membeli air fryer ialah

  • Jenis Air Fryer
  • Air fryer ni ada 3 jenis kebiasaannya iaitu jenis basket, jenis turbo dan jenis halogen.

    Air Fryer Jenis Basket
    Air Fryer Jenis basket
    Basket air fryer ni bentuknya lebih kurang macam termos. Ada pemegang di bahagian depan untuk memudahkan makanan di masukkan ke dalam basket. Macam buka laci gitu.

    Air Fryer Jenis Turbo
    Air Fryer Jenis Turbo
    Turbo air fryer ni dibuka dari atas untuk memasukkan makanan.

    Air Fryer Jenis Halogen
    Air Fryer Jenis Halogen
    Halogen Air Fryer ni kurang popular tapi ada je yang mencari. Fungsinya lebih kurang macam oven dan jenis lutsinar. Mudah untuk nampak makanan dekat dalam samada dah masak atau tak.

  • Digital atau Manual

    digital manual air fryer
    Ni pun salah satu tips kena tengok sebelum beli air fryer. Samada kita nak beli untuk diri sendiri, atau sebagai hadiah atau untuk orang tua kita.

    Sebab ada yang jenis manual pusing-pusing macam tombol tu dan ada jenis digital. Jadi kena tengok semua ni. Samada kita suka yang manual atau digital.

    Kalau manual tu pusing-pusing tombol masa dan suhu sahaja.

    Manakala air fryer jenis digital ni biasanya ada beberapa button kena set.

    Jadi ikut anda nak yang mana 1.

  • Kapasiti
  • Kapasiti air fryer juga memainkan peranan yang cukup penting. Tengok saiz keluarga sebab air fryer ni ada yang sesuai untuk keluarga kecil dan sesuai untuk keluarga besar.

    Ada air fryer yang muat untuk seekor ayam terus. Kalau yang ni sesuailah untuk 1 keluarga yang ramai.

  • Kekerapan Penggunaan
  • Kalau anda jenis masak seminggu sekali tu boleh la pilih jenis yang biasa je. Tapi kalau jenis kerap tu better pilih yang high end seperti brand philips dari amway. Ada 4 kali bayar tu Philips Airfryer .

  • Mudah Dicuci
  • Ni pun kena ambil kira. Ada air fryer tu basket dia jenis non stick. Kalau non stick ni mudah sikitla nak basuh. Dan ada juga yang basket dia melekat yang memerlukan cara lain untuk mencuci air fryer tersebut.

    Memangla tak pakai minyak kalau guna air fryer ni. Tapi dalam makanan tu sendiri ada minyak dia. Minyak ni la yang kena basuh.

  • Kuasa Watt
  • Kebiasaannya kalau air fryer jenis besar kuasa watt dia tinggi. Ini kerana ruang dia besar jadi kena kuasa watt yang besar untuk memanaskan makanan.

  • Jenama
  • Jenama air fryer di luar sana sangat banyak. Ada brand yang dikenali seperti philips, khind, toshiba dan ada juga tak dikenali. Jadi kena ambil kira juga perkara seperti ini.

  • Fungsi Tambahan
  • Ada jenis air fryer ni terdapat fungsi tambahan yang membezakan ia dengan yang lain. Ada yang siap boleh buat roti bagai. Ada yang kena defrost makanan dulu ada yang boleh masuk macam tu je. Jadi kena tengok juga semua ni.

  • Ruang
  • Ini juga main peranan. Kena pastikan ada ruang untuk air fryer tersebut. Pastikan jangan ruang sempit sebab air fryer ni akan mengeluarkan haba ketika memasak makanan.

    Ini adalah beberapa tips untuk anda sebelum beli air fryer. Kalau sudah puas hati boleh baca 12 Senarai Jenama Air Fryer Terbaik di Malaysia

    Tips Masak Guna Air Fryer

    Jangan isi makanan sehingga penuh. Nanti ada yang tak masak sekata.
    Pastikan ada ruang belakang air fryer untuk pengudaraan.
    Kalau jenis malas mencuci basket bahagian dalam tu beli je pelapik dia jenis aluminium foil tu dekat sini Shopee Malaysia . Jadi letakkan je makanan dalam pelapik tu.

    Tips Cuci Air Fryer

    Untuk cara mencuci air fryer korang boleh tengok video di bawah ye

    Leave a Comment

    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.