Tips Membeli Dryer Pakaian

Tips Membeli Dryer

Bajet

Pastikan bajet anda sebelum membeli dryer machine. Kalau nak jenis 2 in 1 macam khind boleh baca: Mesin Basuh dan Dryer KhindJangan beli kerana ikut orang lain. Orang lain nak ada mesin pengering baju, kita pun nak juga. Duit poket kita yang kena keluarkan untuk membeli mesin oengering pakaian ni, bukan orang lain.

Jimat Elektrik

Pilih mesin dryer jenis yang jimat elektrik. Biasanya harga dryer lagi mahal. Tapi anda boleh hadkan penggunaan mesin pengering pakaian ni. Dalam seminggu 2 kali guna untuk basuh baju pakai dryer jika anda ingin juga membeli juga dryer machine ini.

Ruang Letak

Ni paling penting. Sebab ada yang jenis single dryer. Jadi makan ruang pula. Nak jimat ruang biasa beli dryer jenis 2 in 1. Tapi harganya lebih mahal berbanding mesin pengering baju yang biasa.

Jenis Mesin Dryer Pakaian

Dryer Jenis Vented

dryer baju terbaik
Dryer jenis vented ni murah. Dalam RM800-RM1500 bergantung pada kapasiti dan brand. Kena ada saluran khas untuk alirkan wap air. Banyak guna elektrik

Dryer Jenis Condenser

mesin basuh pengering
Harga dryer jenis condenser ni dalam RM1300-RM3000 bergantung pada kapasiti dan brand. Selepas pengeringan, air kena buang dari bekas khas yang ada dalam mesin jenis ni. Lagi jimat elektrik berbanding vented.

Dryer Jenis Heatpump

harga mesin dryer
Harga dryer jenis heatpump lebih mahal. Dalam RM2000 ke atas. Bunyi dia lagi senyap berbanding jenis vented dan condenser. Elektrik pun lagi jimat.

Cuba kira balik condenser dengan heatpump dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal.

Contoh Dryer Pakaian Terbaik

Khind 2 in 1 Washer Dryer

machine dryer
Semak harga Mesin basuh dan Kering Khind 2 in 1 dibawah:

[maxbutton id=”1″ url=”https://wasap.my/+60103164902/mesinbasuhkhind” text=”Nak Detail Khind 2 in 1″ ]

Spesifikasi Mesin Washer Dryer Khind:

  • Dimensi: 598 x 608 x 845 mm
  • Kapasiti Mengering: 6kg
  • Kapasiti Membasuh: 10kg
  • Jenis Dryer: Inverter
  • Antara salah satu mesin basuh terbaik jenis 2 in 1 yang boleh bayar bulan-bulan. Mesin basuh Khind ni 10Kg untuk basuh dan 6Kg untuk kering. Dia punyi bunyi style gile bila korang pulas-pulas tombol dia. Boleh set berapa kali nak pusing berapa kali nak bilas dan boleh set untuk nak dry terus. Specialnya mesin basuh Khind 2in1 ni adalah boleh basuh dan keringkan baju sekaligus. Boleh bayar bulan-bulan dalam RM125 je sebulan. Kontrak 3 tahun. Ada insurans dan ada servis warranty lagi selama 3 tahun. Tak perlu risau nak bayar sedebuk untuk mesin basuh siap kering.

    Dryer jenis Toshiba

    Untuk mesin pengering dryer jenis vented boleh beli jenama Toshiba. Boleh baca review dulu di [maxbutton id=”1″ url=”https://shope.ee/3fUnOUJ6xU” text=”Toshiba Dryer Review” ]

    Dryer jenis Midea

    Bagi yang nak dryer jenis condenser cuba jenama Midea. Boleh baca review dulu di [maxbutton id=”1″ url=”https://shope.ee/9em0XAWF5H” text=”Midea Dryer Review” ]

    Dryer jenis Samsung

    Kalau nak beli mesin pengering dryer terbaik dari jenis Heatpump, harganya memang mahal. Tapi elektrik murah. Jenama Samsung. Boleh baca review dulu di [maxbutton id=”1″ url=”https://shope.ee/frBoi6ods” text=”Samsung Dryer Review” ]

    Baca juga: 6 Senarai Jenama Dryer Machine Terbaik

    Kebaikan Dryer

    Ada banyak kebaikan sekiranya anda ada dryer di rumah.
    Sudah tentu anda tak perlu lagi beratur di kedai dobi kan. Lagi-lagi musim hujan. Penuh orang nak keringkan baju di mesin dobi.

    keringkan baju musim hujan

    Lepas basuh boleh terus masukkan dalam dryer. Biar je dryer bergerak sampai pakaian kering. Tak perlu sidai baju lagi. Sangat praktikal untuk orang yang sibuk dan ketika musim hujan.

    Ada dryer yang ada sensor dry. Walaupun default pengeringan sekitar 2 jam, tapi kalau baju dah kering, dryer akan berhenti sendiri. Jadi, boleh jimat elektrik juga di situ. Kalau belum betul-betul kering dia akan tambah masa pengeringan supaya betul-betul kering.

    Jimat ruangan rumah dari segi tempat jemur kain. Minimalise gitu. Tak perlulah ada ampaian lagi kan.

    Antara yang paling best dryer ni boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bersih akan lebih bersih. Filter dryer tu boleh memerangkap macam-macam. Kadang-kadang tak nampak rambut melekat pada baju, tapi bila buka filter akan ada banyak habuk dan rambut terperangkap.

    Ramai juga pengguna dryer perasan bau wangi baju kekal lebih lama dari menggunakan mesin basuh biasa.

    Kekurangan Dryer

    Ada orang cakap warna baju cepat nampak pudar. Dan yang paling teruk baju cepat menggunung tinggi, kena cepat-cepat gantung atau lipat. Hahahahaah

    Baca juga: 5 contoh gadget Noxxa para ibu perlu ada di rumah

    Leave a Comment