Microwave
Apa Itu Microwave? Microwave merupakan alat pemanas yang dapat memanaskan makanan dengan cepat tanpa perlu menggunakan dapur gas. Contohnya nak panaskan makanan waktu siang tadi untuk dimakan malam atau memanaskan makanan yang telah diletakkan dalam peti sejuk.
Ada banyak jenis microwave. Untuk artikel kalini admin akan berkongsi dengan anda beberapa jenis microwave yang terbaik, tips membeli microwave serta jenis-jenis microwave yang ada. Maklumla sebelum membeli microwave tu kena tengok saiz besar mana yang sesuai dengan dapur kita, apa fungsi yang kena ada, adakah microwave akan guna tenaga elektrik yang banyak, nak beli kena tengok brand dan sebagainya. Jadi teruskan membaca untuk tips membeli microwave yang terbaik.
Jenis-Jenis Microwave
Microwave jenis ini adalah yang terbaik dan biasa digunakan oleh surirumah yang berkehendakkan microwave yang simple dan senang. Fungsinya hanyalah untuk memanaskan makanan yang sejuk dan beku. Kalau nak memasak atau memanggang makanan, kena pakai microwave jenis lain.
Fungsinya hampir sama dengan basic microwave tapi pemanasnya lebih tinggi dari yang basic. Jadi kalau nak masak sup atau mee segera bolehla guna jenis ini. Kalau untuk keluarga besar amat terbaik pakai jenis ini.
Microwave jenis ini adalah yang terbaik jika nak memanggang makanan seperti ayam atau daging atau apa-apa saja masakan yang hendak dipanggang.
Memasak, Memanas, Memanggang malah membuat kek semuanya terbaik jika menggunakan microwave oven ini. Jadi tidak perlulah anda membeli beberapa jenis peralatan elektrik untuk memasak segala jenis makanan. Cukup dengan microwave oven sahaja.
Tips Membeli Microwave
Ada banyak anda kena ambil kira sebelum membeli microwave yang bagus. Antaranya ialah
Tentukan jenis microwave yang hendak dibeli bedasarkan jenis microwave diatas. Pilih yang terbaik dan sesuai.
Cari yang jenis digitial control panel dia. Senang dan memudahkan kalau nak guna. Hanya perlu touch sahaja.
Ukuran Micorwave juga memainkan peranan. Kalau anda ada ruang yang kecil, cukuplah beli yang sederhana. Jika ada ruang yang mencukupi, terus beli yang serba serbi boleh dimasak menggunakan microwave tersebut. Ukur dulu diameter ruang anda dan bandingkan dengan microwave yang hendak dibeli. Barulah anda akan mendapatkan microwave yang sesuai dan terbaik untuk anda dengan ruang yang ada.
Kapasiti microwave juga memainkan peranan yang penting. Jika anda sekadar nak memanaskan makanan, belilah yang bersaiz kecil .Tapi kalau nak guna untuk memanggang, memasak kek dan sebagainya yang memerlukan ruang besar yang terbaik sekali adalah jenis oven terus.
Kebiasannya ada sesetengah microwave boleh memasak semua jenis makanan dan ada juga yang terhad. Jadi pilihla yang terbaik bersesuaian dengan anda lebih-lebih lagi jika anda kaki masak.
Pilihlah microwave yang mempunyai turntable. Ini akan memudahkan anda untuk meletakkan makanan diatasnya tanpa mengotorkan ruang dalam microwave.
Kalau jenis yang nak masak stim atau buat kek, pilihla yang ada metal rack. Ini kerana yang microwave yang ada metal rack adalah terbaik untuk memanaskan keseluruhan makanan. Proses pemanasan menggunakan microwave yang ada metal rack juga akan menjadi sekata.
Pilih microwave yang terbaik mengikut bajet yang sesuai dengan anda. Jangan berhutang semata-mata nak memenuhkan nafsu. Nanti menyesal.
Pastikan microwave yang anda beli itu mempunyai jenama dan jaminan. Ini kerana terdapat microwave yang tiada jenama malah tiada jaminan yang akan menyebabkan anda pening di kemudian hari sekiranya menghadapi masalah. Jadi microwave yang terbaik semestinya yang berjenama dan ada warranty.
Cara basuh Microwave
Resepi Menggunakan Microwave
Ada pelbagai resepi yang boleh menggunakan microwave. Samada anda nak membuat kek, sup, memanggang, stim dan sebagainya dengan microwave. Anda boleh download resepi tersebut di link di bawah ye.
Kesimpulan
Itu sahaja tips membeli microwave yang kami kongsikan. Sebelum membeli microwave, pastikan anda membaca terlebih dahulu review yang ada yang ditulis oleh pembeli. Ini akan memudahkan anda supaya tidak pening kepala kerana beli microwave yang banyak masalah.