Cara Tukar Kad ATM Maybank Online

Tukar Kad ATM Maybank

Zaman kini anda tidak perlu lagi pergi ke bank untuk menukar kad yang rosak atau kad bank yang tamat tempoh. Hanya tukar kad secara online sahaja. Lagi mudah dan menjimatkan masa. Tidak perlu lagi menunggu dan beratur panjang. Dengan syarat kad nak tukar tu bukan kad hilang atau lupa nombor pin.

Berikut kami kongsikan cara untuk memohon penukaran kad ATM Maybank (debit card) secara online tanpa perlu ke bank lagi.

Kad akan terus dihantar ke rumah anda dalam 9 sehingga 30 hari waktu bekerja. Caj RM12 akan dikenakan untuk penukaran kad bank tersebut. Jadi sila pastikan baki dalam akaun mencukupi.

Cara Tukar Kad ATM Maybank Online

Untuk tukar kad ATM Maybank, sila ikut langkah-langkah di bawah:

Pastikan anda sudah ada akaun maybank2u dan pastikan anda sudah log masuk ke akaun maybank anda.

  • Langkah 1
  • Log Masuk Maybank2u di sini (www.maybank2u.com.my)

  • Langkah 2
  • Pergi ke bahagian Settings

    Cara Tukar Kad ATM Maybank Online

    Sekejap. If nak langgan ASB melalui maybank boleh ke: Maybank ASB Financing

  • Langkah 3
  • Pergi ke bahagian Cards

    Tukar Kad ATM Maybank

  • Langkah 4
  • Klik … tersebut

    Kad ATM Maybank

  • Langkah 5
  • Kemudian anda masukkan detail yang diminta. Boleh refer video youtube di bawah untuk pemahaman lebih lanjut

    Tengok video cara tukar kad maybank secara online

    https://www.youtube.com/watch?v=y1JNN-1FFuc

    Kesimpulan

    Sentiasa berhati-hati dengan kad bank anda sendiri. Kalau hilang takut ada orang lain terambil dan menggunakannya tanpa pengetahuan anda. Sentiasa berjaga-jaga. Kalau hilang kad bank dah jadi satu kerja untuk menggantikannya. Mana tahu ada kecemasan dan anda memerlukan kad bank tersebut.

    Baca juga: Cara Daftar Akaun MAE Maybank2u

    Baca Juga  7 Contoh Ucapan Salam Maulidur Rasul 2024, Koleksi Pantun dan Poster

    Leave a Comment

    error: Content is protected !!